memori_2011

memori 2011, tentang apa ye?
huu..bukan nak cerita, tentang kisah sedih atau pengalaman di 2011 yang sudah tiba dipenghujungnya hari ini..
Memori 2011 ialah cebisan daripada memori cerita-cerita yang aku layan sepanjang tahun 2011 ni, jom check it out!


.<-------gashbel..exciting and arising the spirit to fight!

city hunter-----> action and love


 <---cinderella sister...conflict, tears, love
and his smile, if he say that the moon is square, I will believe him^_^heee

--Owh, that's all. Just a piece of my memories of course^^--

jom_kalahkan_stress












Selalu dengar tentang cara-cara untuk mengatasi stress ataupun tekanan? Pernah amalkan tapi tak berkesan? Ingin mencuba alternatif lain? Apa salahnya mencuba kan, jom lihat top 3 cara-cara untuk mengalahkan stress

 1. Benafas.
Tarik nafas sedalam-dalamnya, sedut udara dan segala yang ada di persekitaran anda, bukan menggunakan mulut tetapi gunakan kedua lubang hidung anda, sedut segala yang muat kedalamnya, anda akan mendapat bekalan yang secukupnya malah mungkin lebih untuk menyalurkan oksigen dan beberapa lagi benda ke otak anda yang sedang tension lalu meneutralisekannya dengan pantas.

2. Muzik.
Ini merupakan teknik yang paling disarankan. Pakai pendengar telinga ataupun headphone anda, pasang muzik ke volume yang paling maksimum. Seterusnya menyanyilah sekuat hati anda, jangan risau tentang pitching, kesalahan lirik ataupun suara anda yang sumbang mambang. Selepas beberapa jam bernyanyi anda akan dapati ketensionan anda berkurangan, ini secara saintifiknya adalah disebabkan ketensionan anda telah berpindah. Tapi syarat utama untuk melakukan teknik ini ialah anda mestilah berada di dalam bilik yang tertutup bersama teman sebilik yang memang tidak berapa menyukai anda kerana pemindahan tahap ketensionan dapat di 'transfer 'kan dengan mudahnya.

3. Pengurusan Masa.
Tertekan kerana banyak sangat kerja perlu dibuat? Usah risau, senang sahaja untuk mengatasinya. Lupakan semua kerja, tanggujawab dan segalanya, buat-buat hilang ingatan sekejap. Pasang laptop anda dan layan anime ataupun cerita Korea, mengikut citarasa anda, yang terbaik cerita yang membolehkan anda gelak terbahak-bahak sampai tergolek dan berguling-guling tanpa henti. Lakukan teknik ini selama setengah ke satu jam sebelum ingatan anda kembali lagi. Ulanginya jika kepala anda terasa berat melebihi 10kg disebabkan ketensionan yang terkumpul.

Itu sahaja tips untuk kali ini, selamat mencuba^^

paper_cut_anime

Baru terjumpa paper cut anime ni hari ni @ NALDZ GRAPHICS.net, what a cute and creative art^^..hee nak try buat satulah nanti :)

anime25
anime22
anime15
anime13

one word_cute

                                          


and the cutest words....^^


lupa

Segalanya dah makin menyepi..
sepi tanpa kata, sepi tanpa rasa, sepi tanpa deria,
aku dah mulai lupa apa yang pernah aku minta,
dah tidak mampu terkata motivasi serta perkataan yang membina,
entah apa yang pernah aku impikan dulu, adakah aku sudah terlupa semuanya?

sekali dihentam gelora,
semena sahaja terlupa segalanya..

Apa yang aku tahu, lain rupanya bila dirasa
apa yang pernah dirasa, lain pula perisanya bila dirasai semula 

Kesedaran bahawa kini aku telah lupa,
tahu yang aku sedang alpa,
pudar ingatan tentang siapa sebenarnya aku di dunia
terdetik di hati penyesalan yang menghentak dinding jiwa
dan aku mulai rasa semua ini ada hikmahnya...
bangun dan terjatuh, resam dunia,
kalah dan dikalahkan, adat pemainan kita
yang penting akhirnya bukan kejatuhan, bukan pula kekalahan,
tapi bagaimana aku bangkit dan cuba lagi menggapai kemenangan
kemenangan yang hakiki, yang abadi dan yang pertama menjadi dambaan hati

suka_awak 2


saya tulis ni walaupun saya tak tahu bolehkah awak membacanya..

Dah lama saya suka pada awak
dah lama saya perhatikan awak
dari jauh..
sebab saya segan,
segan nak ajak awak buat dosa
awak faham 'kan apa maksud saya..

Bila lihat awak saya terkaku, kelu tak terkata apa,
saya tak pasti awak sedar atau tidak kewujudan saya,
tapi tak apa..

kalau nasib saya baik saya terjumpa awak
adakala saya lihat awak senyum, manis tak terkata
tapi ada ketika awak muram, saya pun ikut sama mencuka
saya memang suka pada awak
selalu lihat awak berjalan dengan member
perempuan semuanya,
saya memang suka tengok awak, sejuk hati saya
tapi saya tak pernah tatap wajah awak lama-lama
sekali sahaja setiap kali jumpa
sebab kalau cuma sekali tak dosa ^_^

saya diam tak kata apa
tapi saya sedang berusaha
saya nak berjaya, saya nak bina kerjaya
awak mungkin tak tahu saya siapa
tapi sampai masa saya nak masuk meminang awak,
nak awak jadi isteri saya

saya tahu kalau jodoh tak akan ke mana
betul, saya belum kenal awak siapa sepenuhnya
tapi awakpun tak kenal saya juga
kira samalah ya
bila dah bersama kitakan saling kenal dan bermesra
sekarang belum masanya
saya harap nanti
kita boleh terima satu sama lain seadanya
kita akan saling melengkapi
dan saling memahami

saya suka awak
dan saya harap satu masa nanti awak berpeluang baca isi hati saya ini
bila awak dan saya menjadi suami isteri

-nukilan yang tidak berkait dengan sesiapa, imaginasi semata- (kalaulah betul)heee

super_power

Bibi...bipp..!!!
Amaran kecemasan, seseorang perlukan pertolongan. Apa lagi, BERTUKAR!
eeh..yaya bertukar jugak ke ea?huuu

Kita berTUKAR ke mode serius pulaklah ya.. ehemm..

Aku rasa semua orang ada memegang cita-cita (masa kecikla) untuk menjadi seorang super hero (iya kan jelah ye). Tak mustahil juga jika baya-baya aku ni pun masih ada yang memendam hasrat yang sama. Best apa ada super power, boleh benteras kejahatan dan bantu orang yang memerlukan. Hurm..tapi kuasa macam mana yang korang idam-idamkan? (ala ce lah bayangkan dengan imaginasi korang yang kreatif tu)..

Walaupun tak ramai di antara kita ada kuasa super saiya, kuat macam Superman, boleh gayut-gayut cam Spiderman, ataupun boleh terbang macam Yaya (huuu), tapi aku percaya setiap dari kita memiliki kuasa tersendiri, yang terpendam masih belum ditemui ataupun yang dah terpapar jelas dan diketahui.

Apa kuasa yang korang ada? Aku tak boleh jawab tu, sebab kuasa tu ada dalam diri korang, cuma korang sendiri yang mampu pastikan sendiri. Eh, tapi jangan pulak ada yang lompat dari tingkap nak tengok ada kuasa terbang tak karang..hehe.

Percaya pada diri sendiri, setiap dari kita ada kelebihan dan kuasa masing-masing. Ada banyak kuasa jahat dan halangan yang sukar untuk kita tempuhi, tapi ingat satu, dalam dunia ni cuma satu yang kita perlu kuasai untuk tewaskan segalanya, apa dia? Diri kita sendiri. Seandainya kita mampu kuasai diri kita, tiada apa yang dapat menghalang kita!
 إن شاء الله

Takutnyeee


Kenapa dalam dunia ni aku takut pada banyak benda???

Kenapa, kenapa, dan kenapa, aku terus memerah otak ini untuk mencari jawapannya.

Tapi yang menjadi kemusykilannya sekarang, adakah jawapan itu berada dalam otak aku yang kecik ni? Adakah semua persoalan yang terbit bak mentari di pagi hari (woo), dan ayat yang muncul dan berakhir dengan tanda '?' (s0al) di akhirnya, adakah semua jawapannya dah terkandung dalam wikipedia yang berada di otak aku ni?

Entahlah, aku masih belum mampu nak explore kesuluruhan otak ni, mengkaji setiap inci dan pelosok serta menganalisa kesemuanya. Tapi baru sekejap tadi aku tertaip sesuatu, dan berjaya menjawab persoalan aku bersangkutan dengan ketakutan ni. Adalah ayat ni yang berbunyi (buat bunyi sikit taw);

Hanya orang takut yang bisa berani, kerana keberanian adalah melakukan sesuatu yang ditakutinya. Maka bila merasa takut, anda akan punya kesempatan untuk bersikap berani.

Menjawab persoalan aku bahawa ketakutan itu datang untuk memberi aku peluang untuk jadi berani. Dan biasanyalah kan, bila takut kita akan lebih berwaspada dan buat lebih banyak persediaan. Mungkin itulah sebabnya ramai orang takutkan kematian (ooo..)

Oh, dan satu lagi yang terjawab, jawapan itu berada di mana-mana. Kalau aku boleh terjumpa ayat kat atas tu di hujung jari, mesti banyak lagi yang boleh aku temui dan bongkarkan di luar sana, dunia yang luas terbentang dengan ilmu 'kan.

Hee..renung-renungkanlah seandainya ada apa-apa yang mampu direnung tu^_^

suka_awak

Saya ingatkan....
Suka itu rasa manis macam gula
suka buat saya rasa bahagia
suka buat saya senyum sampai ke telinga

tapi lain dengan suka kat awak
suka pada awak buat saya jadi gila
suka pada awak buat tidur saya tak lena
mimpi indah saya jadi tak berwarna, hitam putih je
saya pun tak pasti kenapa...
saya dah terjangkit kat awak kowt,
awak kan buta warna..

tapi saya tetap suka kat awak,
sebab awak bergaya,
awak nak jadi hero macam dalam cerita
saya tanyalah kenapa,
awak tak jawab tapi nak sangat jadi macam dia
duduk kat hospital bahagia
sebab awak nak jadi macam keluangman, hero malaya awak kata
awak memang pelik, tapi saya suka
See full size image

huu..cerita ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah koma, ini cerita rekaan semata-mata..^_^

puitis_kata hati

Ini kata yang terlahir dari hati...

Rasa suka terbit bak kelahiran mentari pagi...
kan muncul setiap hari
cinta pula umpama arora yang sungguh memikat hati...
tapi sukar untuk dicari
nak melupa seperti meniti hari yang panjang tak bertepi...
lelah menunggu kelamnya hati
sesukar melupa cinta sejati seperti sakitnya membenci orang yang disanjungi

Namun, andai tautan cinta terlerai sudah
biar benci meneman sepi, biar luput ditelan hari
dari dibelenggu cinta yang tiada beerti

Angka usia

Dulu aku selalu fikir yang usia membawa banyak perbezaan, mengubah segalanya sehingga aku katakan aku nak cepat dewasa, sebab aku nak buat apa yang aku tak mampu buat sekarang, sebab aku nak jadi apa yang tak mampu aku jadi sekarang, sebab aku nak tinggalkan diri yang sekarang dan menjadi aku yang baru.

Tapi sebenarnya usia cuma angka.
Sampai di tahap aku sekarang, aku tersedar usia tak membawa perubahan, usia tak mampu mengubah siapa aku. Aku dapat melihat mereka yang lebih muda daripada aku berfikiran matang dan mampu melakukan banyak benda. Aku jugak dapat lihat mereka yang lebih tua daripada aku berfikir seperti anak kecil...usia cuma angka, dan angka tak mampu merubah perangai dan sikap seseorang.

Mungkin aku sering terlupa tentang resepi hidup ini. Rencah kehidupan bukan dengan melihat hari esok dan menantikan masa depan datang pada aku. Tapi kehidupan hari ini, siapa aku hari ini, itulah yang akan menentukan di mana aku pada masa hadapan.

Jadi berhenti habiskan masa dengan berfikir apa akan jadi esok atau masa hadapan.
Buat yang sebaik mungkin untuk jalani hari ini !




Bayangkan..
Apa yang lahir dari mata pena, disebut menjadi bait kata, terhasil, tumbuh, bercambah, dan berbunga menjadi nyata. Seolah satu ilusi yang menjadi reliti, satu mimpi yang direalisasi.

Al-kisahnya, di suatu malam yang gelita bernama semalam, aku tak dapat melelapkan mata lalu tercarilah movie dan cerita untuk menjadi peneman mata. Lalu, berjumpalah aku dengan cerita yang diberi tajuk, InkHeart. Berkisar tentang orang yang memiliki 'silver tongue', bilamana apa yang dibacanya menjadi nyata. Hebat kan..




Berbalik kepada kehidupan sebenar, rasanya itu idaman semua penulis (kalau betullah) dan pembaca jugak^^, untuk melihat watak yang dicipta betul-betul wujud depan mata. Watak superhero, gadis jelita, putera idaman...hehe. Tiba-tiba putera idaman muncul dengan menaiki kuda putih, eh kejap macam outdated pulak. Hmm..muncul putera idaman (walaupun bukan putera sebenar), seromantik dan sebaik Seth Tan dalam cerita Nora Elena, ahh..lebih dari cukuplah tu kan^^

^^nak bayangkan dunia ni macam kisah dongeng, apa sahaja boleh berlaku, keajaipan mungkin muncul bila-bila sahaja^_^. So, let's explore the world!

Lembaran Baru^^


Dengan ini, bahawasanya, disaksikan serangga dan unggas malam serta nyamuk yang duk tak puas berlegar di telinga dan bermain pusing-pusing di kaki, aku mengambil keputusan untuk memulakan hidup yang baru!

Jadi dengan serta mertanya, aku meletakkan tanda noktah pada penantian yang kosong dan permainan jiwa yang melampau. Titik! 
Tak ada persoalan marah ataupun tension di sini, cuma sedikit penat menjalani jalan yang lurus tapi rasa macam berlekuk, berada di jalan yang rata, tapi rasa macam berbonjol-bonjol. Malah saat cuaca cerah terasa hujan mencurah-curah. 

Jadi, di perenggan yang baru ni harapnya bolehlah melihat dunia ini penuh dengan harapan. Aku nak cuba melihat dunia yang indah ini, hayatinya, belajar lebih banyak benda, nak mencoretkan lembaran baru ni dengan lebih banyak puitis dan ayat positif serta membongkar rahsia-rahsia baru. Jom, terokai dunia bersama^^ 

My feeling

Sekali lagi perasaan ni sesuatu yang pelik dan sukar nak dirungkai..
makin lama hidup, makin rumit perasaan ni.
Kalau dulu, sedih, suka, gembira..kamus penafsiran perasaan ringkas saja.
Sekarang, sedih pun ada banyak variasi, gembira, ada bermacam tahap..boleh ke tafsiran perasaan dimuatkan dalam satu kamus..macam mustahil pulak.


Waktu ini, aku sahkan, yang aku tak tahan lagi bermain dengan perasaan!
Kalau main dengan budak-budak, at least kalau penat bolehla cakap, dahla yea, dah tak larat nak main nanti kita sambung lagi. Kalau perasaan ni, aku cakap dah ke, cukup ke, still jugak dia menerobos jiwa aku, mengelocak dan menggolak kehidupan aku. Tak senang duduk dibuatnya..

Pernah jugak terfikir, nak jadi robot, tak mahu rasa apa-apa. Tapi robot dalam cerita Absolute Boyfriend pun lama-lama ada perasaan. Tengok cerita tu tersedar pulak, untungnya ada hati dan perasaan ni. Banyak benda dalam dunia ni diberikan pada aku, tapi aku tak reti nak manfaatkan dan hargainya sebaiknya. Tak apalah, sekali sekala aku rungsing sebab perasaaan, tapi ada jugak masanya perasaan ni mampu buat aku senyum dan gembira . So, better aku hargai perasaan ni:)

Cintaku keranaMu

Cintaku keranaMu.

Dalam hidup ni aku cenderung untuk menyukai dan menyayangi banyak benda.
 Yelah, dunia ni tercipta cantik dan indah kejadiannya, susah untuk mengelak dari mencintai dunia. Keindahan saat mentari terbit dan terbenam saja sudah memukau, belum lagi megahnya gunung yang terhampar indah, tenangnya saat melihat lukisan awan biru, segarnya mata memandang kehijauan tumbuhan..itu baru lukisan alam, belum lagi panorama di dalamnya.

Antara begitu banyak benda yang aku suka dalam hidup ni, tak semuanya membawa aku ke jalan kebaikan dan menemukan aku pada apa yang aku cari, bahkan banyak yang mungkin membawa aku jauh dari ketenangan hati dan mendekatkan aku pada sesuatu yang aku cuba jauhi. Saat ini aku berteka-teki, mungkinkah aku telah terpikat pada sesuatu yang patut aku jauhi? Sedangkan banyak benda yang aku suka, padahal ia bukan yang terbaik untukku.

Dalam kebuntuan mencari jawapan pada soalan yang tiba-tiba sahaja muncul di sanubari, aku terfikir sesuatu, kenapa aku suka, kenapa aku sayang dan kenapa aku cinta? Jika selama ini aku tahu apa tujuanku di sini, kenapa perasaan ini perlu diragui? Sekarang ini cuma satu yang terdetik, cuba melengkapkan ruangan jawapan pada persoalan tadi;
Cintailah sesuatu kerana Allah, sayangilah sesuatu dan sukailah sesuatu hanya keranaNya. Semoga ini mampu memadamkan semua keraguan yang menjelma.

settle sudah

Keserabutan yang melanda sebelum ini, dah hilang bak awan kelabu yang lenyap ditiup angin lalu entah ke mana. (mm..sesuai ke ek). Tak kisahlah, yang penting nak habaq mai, otak ni dah tak serabut cam dulu lagi. But, something tell me that it will appear again..wa..menakutkan.

Selalu macam tu, time happy aku duk teringat kat benda-benda yang kurang happy, supaya tak ter'over gembira. Macam jugak waktu aku gelak, cuba ingatkan kat diri aku benda-benda yang sedih, supaya tak melampau sangat sampai gelak terguling-guling. Dan sekarang, time masalah ni dah mula belayar pergi dari pelabuhan kat otak ni, aku duk fikir yang suatu hari nanti tak mustahil untuk masalah ni kembali semula ke perlabuhan kan..

Tapi, walau apapun, hari ni dah berlalu, kapal yang singgah sekejap dah berlayar pun, aku duk fikir pasal kapal tu lagi pun tak bagi apa-apa kebaikan kan. Jadi, lebih baik aku tengok ke hadapan, fikir apa yang perlu aku buat seterusnya, tapi kena jaga perlabuhan elok-elok jugak, jangan bagi kapal sebarangan senang-senang masuk dan buat kecoh kat perlabuhan aku ni. mm..seriously, bukan senang nak settlekan problem, don't create another one okay (kalau bolehlah) ^_^

Keserabutan melanda


Haish, kebelakangan ni dilanda keserabutan yang dasyat.
Nak tahu dasyat macam mana? Ni bukan dasyat tahap mandi tak basah, tidur tak lena dah ni.
Ni tahap...macam mana nak terang ya..
Ha, tahap nak terang pun dah tak tahu macam mana. Duduk diam pun serabut, kalau bercerita lagilah serabut.
Bila dah berhadapan dengan benda macam ni baru faham apa maksud jiwa kacau ni.

Dalam jiwa yang kacau ni, tak sedarlah terbuat benda yang tak pernah aku buat, tercakap benda yang pelik-pelik, ter'acting yang terlebih-lebih, nasib baik belum sampai tahap ter'over touching dan menangis teresak-esak lagi. Member aku cakap tadi, untunglah jadi aku, tak menangis pasal balak, menangis pun depan laptop sebab tengok movie je. Untung ke?hehe

Tapi betullah kan, hati dan perasaan ni memang sesuatu yang perlu dilindungi. Memanglah kadang-kadang teringin nak buat apa yang orang lain buat, teringin nak ikut hati..tapi sekali dah biarkan hati ni merayau sendiri, sekali dah kurang berwaspada terhadap pergerakan hati dan perasaan ni, susah nak pastikannya berada dalam kawalan balik. Untunglah orang yang masih mampu menjaga hatinya dengan baik tu 'kan.

Owh, kisah keserabutan yang dasyat ni dah nak berakhir dah kowt. Ada masanya aku perlu ubah sikit diri aku (yang suka sangat berfikir ni), lupakan apa yang mampu aku lupakan, tak payah fikir benda yang rumit dalam-dalam sangat. Hee.. mungkin boleh apply masa aku belajar add math dulu, dapat soalan yang aku tak faham, memanglah aku macam fokus je tengok soalan tu. tapi otak ni tak fikir apa dah, dia berehat sendiri sebab tak mahu pemikiran jadi complicated.

So, bila berhadapan dengan benda yang menyerabutkan otak ni, anggap je macam soalan add math ya. ^_^

perjuangan ini...belum selesai!

Bagaimana aku nak terus berjuang kalau aku terlupa apa tujuan aku bertarung?
Dalam terangpun ada bebayang gelap, di kala mentari memancar terik juga ada sudut gelita,
jadi tak mustahil dalam terang yang bersuluh, dalam hidup yang berpetunjuk, sesekali aku terjatuh,
sesekali aku terlena, sesekali aku terhanyut dalam bayangan kelam.


Maaf andai aku tak bisa melihat cahaya yang memancar,
sungguh aku mencuba memandang dan mencari cahaya kebenaran.
Tapi kekadang mataku kabur, terpejam walau aku cuba sedaya upaya memandang.
Aku tak pernah jadikan ini alasan untuk berhenti, mungkin pernah aku katakan alangkah baik jika semuanya cukup sampai di sini, kerna kadang aku diselaputi lelah, aku digenangi resah, pasrah yang tak berpenyudah, menahan aku untuk bangkit di kala rebah.


Tapi tika ini, dalam kelam, dalam samar, aku terpanah kerlipan cahaya yang tak kutahu terbit dari mana.
Hati ini terdetik, jiwa ini bergetar, naluri ini bersuara, "perjuangan ini masih belum selesai!" Aku tersedar dari lena, dan aku tak mahu bermimpi lebih lama. Jagakan aku, biarku berdepan realiti ngeri, biar aku rasa kepahitan ini, ku perlu tempuh segala onak dan duri jika aku mahu melindungi segala yang aku sayangi.


Hidup ini mungkin payah, aku mungkin pernah terhenti kerna lelah, tapi ini bukan penyudah. Selagi diberi peluang, sekalipun cahaya yang menerangi ini hilang sekali lagi, meninggalkan aku dalam sepi. Aku tak akan berhenti kerna ini perjuanganku, biar selemah mana aku sebagai manusia, biar betapa banyak kekurangan yang ada, perjuangan ini tak akan terhenti selagi belum datang panggilan dari Ilahi untuk aku meninggalkan dunia yang fana ini.

Mungkin...

Sekali lagi aku berada di sini,
di posisi terendah, di titik terbawah,
keinginan untuk mengalah merajai lagi,
aku sekali lagi rebah dalam gundah...

Entah kenapa aku biarkan,
mengizinkan diri ini untuk disakiti,
membiarkan fikiran ini meracau tanpa haluan,
senang benar membiarkan hati ini melilau tanpa pantauan..

Apa yang selama ini aku cari, apa yang aku ingini, sekelip mata menyepi
aku berhenti berharap, aku berhenti menaruh mimpi
diri ini tak mampu lagi untuk terus membohongi
yang semuanya kan jadi realiti..

Sampai bilakah aku akan terus dilitupi bayangan kegelapan ini?
Mungkinkan datang cahaya menerangi diri ini,
mungkinkan menjelma harapan sekali lagi..
mungkin...
mungkin aku kan mampu bermimpi kembali

Siapa aku..

Siapa aku di matanya?
Adakah aku masih wujud di hatinya?


Dulu semuanya aku,
menangkan aku, 
sentiasa berpihak pada aku,
sampai aku rasa tak perlu buat semua tu...


Aku benci pada perubahan,
kenapa sekelip mata semua tu berubah


Aku pulang,
aku fikir aku masih lagi di hatinya,
aku masih lagi permatanya,
aku masih lagi si kecil yang disayanginya..
tak, aku tipu, aku tahu semua tu dah berubah..
semakin lama aku semakin luput dari ingatannya,
semakin jauh dari hatinya,
semakin terhindar dari kasihnya.
Benarkah??


Aku di sini dan berharap bisa memeluk kasihnya,
mampu merasai kehangatan sayangnya,
masih lagi bertahta dalam hatinya...
Aku tak meminta banyak benda,
aku tak hajatkan banyak perkara,
Kembalikanlah dia pada ku,
kembalikanlah hatinya pada kami,
kembalikanlah sayangnya seperti dulu
Aku sanggup korbankan apa sahaja,
andai aku mampu  melihat redup matanya,
melihat senyum gembiranya..


Aku ingin dia bahagia,
aku ingin dia gembira,
walau aku bukan sesiapa lagi padanya...
Ya Allah, 
cuma sekali ini sahaja,
cuma satu ini sahaja,
kembalikanlah dia seperti dulu...

Lupuskah kisah silam......

Lupuskah kisah silam bersama masa?
'Segala yang dah berlaku, baik kita lupakan sahaja, lihat ke masa hadapan, itu yang lebih penting!'


Itu apa yang orang selalu kata, tapi maaf kalau aku kata yang aku tak berfikir benda yang sama..


Kita berada di sini, di waktu sekarang, cuba berkayuh ke masa hadapan, jadi dapatkah kita tutup lembaran masa silam selamanya, atau persoalannya sekarang, mampukah kita??


Masa silam, sekarang, dan masa hadapan adalah satu perjalanan yang sama, bukan tiga dimensi yang berbeza.


Jangan pernah fikir apa yang berlalu akan terus berlalu..
Setiap perkara yang pernah kita buat
setapak kita berpijak,
selangkah kita berganjak,
satu huruf yang kita sebut,
satu perkataan yang kita tutur..
Akan menjadi titik tolak dan tambah dalam hidup kita.

Masa silam kan menerjah kembali,
Sekalipun tidak bertentangan mata,
kan terdetik di hati,terbit di minda.

Telah nyata bumi ini bulat, 
nanti masa silam kan datang menemui kita umpama roda,
berputar bersama masa, bukan pudar bersamanya,
nantikanlah saat ia tiba...




Pilih?an

Cepatnya masa berlalu kan...betullah macam madam cakap, "time is not running, time flies."
Bulan ni bulan yang sangat buzy bagi aku, masa bukan terbang biasa-biasa dah, dah macam naik roket dengan full speed, tak terasa apapun, alih2 dah sampai ke hari ni.


Tapi bukan tu aku nak cerita sebenarnya, ada baiknya jugak masa tu terbang, kalau dia duk merangkak, bila aku nak balik beraya. Uhm, dalam pada itu nak menyampaikan rasa jelous sebab my bro dapat balik berbuka & sahur kat rumah bermula hari ni..waa..dengki, nak balik rumah jugak..takpe2 perjuangan di sini masih perlu diteruskan, wait for me taw dady and mommy.


Okay, now need to go straight to the point..uhu, dalam hidup ni aku selalu dihadapkan dengan banyak pilihan. Tapi pilihan-pilihan tu bukan macam nak pilih kiri ke kanan, A ke B, atau O ke X..pilihan yang diberi tu invisible, tak boleh nak dilihat sampai kadang-kadang aku fikir aku tak ada jalan lain selain satu tu je.. dan pada kadang yang lain, uhuk, pilihan tu macam; sama ada aku nak jalan terus dan meredah bara api kat depan tu ataupun aku nak undur ke belakang, terjun dalam jurang kat belakang tu.

Hmm..pilihan sentiasa ada, pintu-pintu keluar pun selalunya ada lebih dari satu. Tapi kenapa sukar nak buat pilihan..yang gelap tu tak bersuluh, yang tersembunyi tu pulak halimunan, apa nak buat? Hurm..


Apa aku perlu buat? Sebenarnya tak penting ada berapa banyak pilihan atau ada berapa banyak pintu dan jalan. Apa yang penting ialah, jalan yang aku dah pilih, pintu yang aku dah bukak dan masuk, pilihan yang aku dah buat, aku kena pastikan aku manfaatkan sepenuhnya, buat yang terbaik, jangan biarkan ada sedikitpun titik penyesalan muncul di akhir nanti. Apa yang aku dah pilih, itulah yang terbaik, jangan pernah fikir untuk berhenti, jangan pernah terlintas untuk berundur, saat aku masuk dan mula melangkah, aku patut tahu dari sinilah aku akan mengorak masa depan, di jalan inilah aku akan mencipta keajaipan dan merangkul semilion kejayaan.


Jadi sekarang, jalan ini telahku pilih, jadi di sinilah rekod dunia akan tercipta, di jalan inilah aku akan menakhluk dunia, wahaha..dan aku perlu pastikan di akhir jalan ini nanti, aku mampu menyimpan bekalan yang secukupnya, menimba ilmu setingginya, dan menjadi aku yang sebaiknya..إن شاء الله







Takkan berhenti berharap..

Aku selalu takut untuk menaruh harapan yang tinggi, sebab aku takut aku akan terkecewa.
Tapi terkadang aku melampaui batasan, berharap pada sesuatu yang terlalu tinggi, sesuatu yang tak mungkin terjangkau dek tangan aku yang pendek ni...

Salahkah berharap pada sesuatu yang tak mungkin?
Berdosakah untuk ku bermimpi sesuatu yang mustahil tuk jadi realiti?
Jadi perlukah aku berhenti berharap, jangan lagi melayar mimpi?

Harapan ini jalan untukku terus mengemudi kehidupan, impian ini ialah haluan untukku terus maju ke hadapan, jadi, maaf, walau aku dikecewakan, walau aku dijatuhkan, walau sekarang aku rebah dan tak berdaya, tapi aku tetap akan bangkit untuk kembali bermimpi dan berharap sekali lagi.

Anime Girl

Cerminan Perbuatan

Kenapa ya kita susah nak sedar tentang kesilapan yang kita dah buat?
Siapa yang tak pernah terasa dengan seseorang, terguris dan rasa tak berapa nak puas  hati dengan cara dia diperlakukan? Benda ni sesuatu yang biasa kan,  dalam sehari boleh beberapa kali kita rasa macam tu. Hatta, cuba fikir pulak, berapa banyak kali orang terasa dengan kita, berapa banyak kali kita mengguris hati orang, dan berapa banyak kali kita memperlakukan orang dengan cara yang tak sepatutnya? Pernahkah kita fikir tentang semua tu?


Memang lumrah hidup ni, bukan senang untuk kita tahu kesilapan kita, dan tak mudah untuk kita sedar dengan kesalahan yang kita buat secara tak sengaja. Jadi daripada kita bertanya, "kenapa orang memperlakukan aku sebegitu? Apa salah aku? Apa masalah dia?" 'Kan lebih baik kita jaga perlakuan kita, mungkin kalau kita lebih teliti, kita akan sedar dan dapat melihat cerminan perbuatan kita.





Kita selalu melihat cermin, tapi cukup kenalkah kita siapa yang berada di dalam cermin itu?

Be unique

Rasa suramlah..haish...
Kenapa setiap semester mesti ada satu tahap di mana aku akan rasa tersangat down dan tak bersemangat??
Aku pernah cakap dulu, sangat susah untuk graf aku menaik, tapi sangat senang dia nak turun, menjunam terus. Aku akan perlukan banyak masa untuk cuba mendaki semula...


Tapi tak pernah cabaran dan halangan menjatuhkan aku selamanya. Abang aku pernah cakap, sebenarnya untuk setiap masalah, ada banyak pintu penyelesaiannya, aku perlu lihat dengan teliti dan cari pintu yang terbaik. Sir pulak cakap hari tu, jangan jadikan masalah sebagai beban, aku akan rasa terbeban, jadikan masalah sebagai cabaran yang perlu aku atasi, aku akan cuba mengatasinya dengan semangat. Jadi, tak salahkan untuk lihat sesuatu dengan cara kita yang tersendiri, sebab kita ni makhluk yang ada keunikan tersendiri, jadi setiap yang kita pandang pun unik jugalah kan..^_^

To be me

Dari dulu keinginan aku satu je, nak jadi diri sendiri dan terima diri aku seadanya... 
Baru-baru ni sir ada cakap, apa yang penting ialah apa yang kita sendiri rasa. Kita dah berusaha sedaya upaya, tapi orang tak nampak dan tak hargai, apa yang kita patut rasa? Penting sangat ke pengiktirafan dari orang lain? Jadi aku setuju dengan sir, yang penting ialah kita sendiri rasa dan berpuas hati dengan apa yang kita dah buat, berbangga dengan usaha kita sendiri!
Memang sebelum ni aku rasa agak down, mungkin sebab aku dah terlupa untuk letakkan diri aku sebagai panel no1, aku kena terima diri aku dan hargai apa yang aku dah buat, itu langkah utama yang sepatutnya aku buat sebelum risau tentang apa yang orang lain nak dan fikirkan.


Dalam hidup ni kita memang sentiasa belajar kan, walau kadangkala kita belajar benda yang seakan sama, tapi apa yang kita faham dan dapat mungkin berbeza setiap kali. Jadi, hari ni aku nak bermula dengan belajar sekali lagi cara untuk menjadi diri aku^_^.

Perasaan

Hari tu ada orang cakap kat aku, jangan mainkan perasaan orang.
Sebaiknya aku tak mainkan perasaan aku sendiri kan, haish...
Perasaan ni sesuatu yang sensitif kan, tanpa sebab pun boleh terusik, tanpa sayap pun boleh berada di awangan.
Satu yang aku tak suka, perasaan ni tak mudah aku nak kawal. Kan best kalau ada alat kawalan untuk kawal perasaan aku ni, semakin lama masa, semakin terikat rasa, semakin dalam perasaan yang tercipta...Tapi semua perasaan tu cuma permainan emosi dan jiwa, kadang-kadang apa yang aku rasa tu bukannya betul sangat pun kan..

Seriously aku takut bila aku rasa happy, perasaan memainkan minda dan hati aku, dan selalu aku bimbang terperangkap dalam perasaan yang aku cipta sendiri, mungkin aku dah jauh dari realiti tanpa aku sedari....
Tapi kali ni, biarlah seketika, aku nak biarkan melodi ini berirama, perasaan membuai minda, dan hati bercekerama. ^_^

Berubah lagi..

Perubahan berlaku di sekeliling walau tanpa aku sedari. Aku ingatkan semester ini banyak yang tak berubah, terasa seolah aku berada pada masa yang tak beranjak sedikitpun. Tapi aku salah...

Di sini dan sana, semua dah berubah. Keadaan mungkin tak banyak yang berubah secara zahirnya, tapi perasaan, pemikiran, cara, kenapa sekejap aja semua tu boleh bertukar ye? Aku? Aku berubah tak?...entah kenapa semua ni buat aku sedih.

Biarlah dunia berubah, biarlah segalanya berubah, biarkan semuanya berubah ke arah kebaikan. Tak tahu kenapa hati ini terasa sayu dengan perubahan yang berlaku..kenapa agaknya ya...

Because I'm Stupid

I'm really such an idiot you're the only one in my heart
You, who have eyes for someone else
You probably don't know how I feel
You day probably will not include me
Not even in your memories
It's only me, the one watching you
who is silently crying
watching the shape of your back is kind of happiness to me
even though, to the very end, you do not understand my heart
when I want to see you
At times when I really can't bear it
The words "I love you" always lingering on my lips
I am alone crying for you
I am alone missing for you

Birthday prank

Seriously aku tak faham kenapa orang suka kenakan orang waktu birthday orang tu...mm.. Kononnya untuk bagi orang tu teringat sampai bila-bila hari jadi dia tu, kira kenangan yang susah dilupakanlah tu. Buat dia marah, sedih, pastu nangis..

Time birthday aku hari tu, bukan diplankan, something jadi taw..aku dah boleh rasa sesuatu nak jadi malam tu.. Perasaan aku marah, sedih, geram, bersatu, dan orang yang buat tu langsung tak tahu time tu birthday aku, so memang dia tak rasa apa-apa.. Sampai sekarang aku ingat benda tu, tapi itu bukan memori yang aku nak ingat, sebaliknya aku nak cuba lupakan. Kenapa? Sebab setiap kali aku teringat benda tu aku rasa marah, boleh jugak kalau nak cakap aku berdendam dengan orang tu.. Memang tak baik kan..

Tapi itulah yang aku nak cakap, apa gunanya birthday prank? Kalau dengan bf nak something surprising pulak, yang romantik. Kalau tiba-tiba bf baling kek kat muka ke, baling telur ke, korang nak ke? Kenapa dengan member nak buat semua tu???

Owh, sebelum terlupa, hari ni hari jadi my member, so nak wish happy birthday! Semalam yang sampai nangis2 tu bukan aku yang plan taw...

Memory I don't have

Aku ni kenapa pulak macam ni? Marah ke? Sedih ke? Tak adalah, tapi bila dengar diorang cerita tentang kisah silam, tentang benda-benda yang berlaku dulu, tapi dalam cerita tu aku tak ada, sedih tak?? Huhu..tangkap jiwang pulak. Kalau boleh aku nak ada dalam memori semua orang (over tak??) Hee..bukan apa aku selalu kena terima yang kadang-kadang memori ramai orang dah cukup sempurna walaupun aku tak ada dalam pita memori tu. 

Hari ni semua orang sibuk bercakap dan bercerita pasal memori, zaman sekolah, beberapa tahun dan bulan yang lalu, awatnya? Hari ni hari memori sedunia ke??


So, aku nak ucapkan dekat kat korang semua, selamat hari memori sedunia!
Hargailah memori yang korang ada, walaupun korang cuma boleh dapat ingat dan senyum sorang-sorang je dengan memori tu, ketahuilah itu salah satu perkara yang membahagiakan..heee

Ceritera Ayu Ca

Cute Baby Anime Girl Pictures, Images and Photos

Mmm..rupanya masih ada lagi yang tak tahu kenapa aku bubuh namaku Ayu Ca dekat fb..hee ingatkan sejarah tu dah tersebar luas macam sejarah pembukaan Melaka atau sekurangnya macam asal usul penciptaan telefon oleh graham bel ke..huhu terlebih imagining pulak.


Al kisah bermula..tak mahu cite panjang berjela, time nak bwat fb dulu tak tahu nak bubuh nama apa, tak ada nama comercial, nama glamour pun biasa-biasa je. So, setelah berfikir berejam, berhari dan berminggu dekat depan laptop ni akhirnya aku decide bubuh nama Ayu Ca. Ayu tu memang nama panggilan aku la kan. Yang nak diceritakan ni pasal Ca kat belakang tu. 


Rupanya ramai yang tak perasan, sebenarnya aku letak Ca tu sebab itu group aku masa part 1. Memang the best lah. Memang memoriable sangat. Semenjak part 3 kitorang terpaksa seperate, tak ada lagi group C, tinggal A dengan B je. So, bila coursemate panggil aku Ayu Ca diorang sebenarnya ingatkan aku yang aku dari group C..heee


Selalunya benda yang dah lepas ni tinggal kenangan, dan kenangan tu sememangnya sesuatu yang berharga. Tapi kenangan yang masih wujud, yelah macam aku kat sini, eventhough tak ada group C dah, tapi still masih wujud member2 dari group C, ini lagi best sebab aku masih boleh hargai semua yang aku masih ada ni kan. Yup, ada member yang dah tak ada kat sini, tapi sesekali teringat kenangan dulu tu tersenyum jugak.


Ek eleh, macam dah bertahun pulak kan, tapi still masa berlalu cepat sangat, memori ni pun tak bertahan lama sangat, so better said thing that I still remember, selagi aku masih ingat dan rasa.


Owh, serious dah berjela dah ni..hee..oh, yang a kat belakang tu stands for accountancy ok, kut ada yang masih tertanya di situ. Hee..so, harap sangat kitorang yang tinggal ni akan grade sama2 nanti. Amin.

Interpretasi

Hari ni aku terfikir tentang sesuatu...setiap kata-kata, intonasi, gerak tubuh; macam mana nak membaca semua itu dengan tepat??


Interpretasi atau dalam bahasa mudahnya tafsiran ataupun makna ni mempunyai maksud yang luas kan, sebab pemikiran kita dan idea yang kita ada, berbeza secara individu. Mungkin kadangkala apa yang kita fikir sama dengan orang lain, tapi pada kebanyakan masanya, kita ada cara kita sendiri untuk mentafsir sesuatu, untuk menilai sesuatu. Persoalan yang bermain di fikiran aku sekarang, wajarkah seseorang cuba mempengaruhi ataupun bertindak mengubah apa yang kita fikirkan? Salahkan jika apa yang kita terjemahkan berbeza dengab orang lain?


Bagi aku setiap benda boleh diterjemah dengan berjuta cara, sebaris ayat boleh mempunyai beribu maksud, sepatah perkataan boleh dinilai dengan pelbagai erti, dan satu lirikan mampu mengandungi berpuluh ribu maksud yang tersirat. Jadi tidak salah jika apa yang kita terjemahkan berbeza dari yang lain.  Tapi alangkah bagus kalau kita mampu menterjemah sesuatu yang biasa menjadi luar biasa, sesuatu yang buruk menjadi indah, sesuatu yang negatif menjadi positif dan bukan pula menginterpritasi secara sebaliknya.



Hidup ini

Rollercoaster Rush

Hidup ini umpama mimpi,
sesuatu yang tak pernah dibayang mungkin sahaja terjadi,

Hidup ini seperti cuaca
panas, redup, betukar tanpa dipinta

Hidup ini tak ubah seperti roller coaster
naik turun, terasa debarnya

Hidup umpama memandu sebuah kereta
kita pemandu yang menentukan arah tuju
kita pemandu yang menentukan had laju

Hidup ini punya banyak dimensi dan persepsi
Tak kisahlah seumpama apa hidup ini
satu perkara yang harus disedari;
hargai hidup ini !

Lefhanded! Sukar ke?

Pernah ke korang persoalkan benda ni? 13 peratus daripada manusia di dunia ni kidal..mm.. mungkin kerana peratusan yang kecil tu kebanyakan barang dan mesin yang dicipta mengutamakan pengguna tangan kanan. Antaranya;



Aku pun sebenarnya tergolong dalam golongan 13% manusia yang unik ni, hee.. nak kata ada masalah disisihkan oleh teknologi atau persekitaran mahupun keadaan tu taklah sangat. Tapi pernahlah jugak hadapi masalah kecil macam nak guna alat pemotong kulit buah, pembuka susu, malah nak tulis dekat papan putih tu pun agak sukar sebab aku biasanya sengetkan buku ke arah kanan.

Ramai orang cakap orang yang kidal ni lebih berjiwa seni, akupun tak pasti betul ke tak, tapi ramai je orang yang bertangan kanan kat luar sana jadi penulis dan pelukis kan.. Bagi aku tangan ke, ketinggian ke, kecomelan ke, semuanya tak membawa banyak perbezaan. Kita yang menentukan siapa diri kita kan, jadi tak kiralah apa yang kita ada, apa yang kita tak ada, ataupun perbezaan kita, jangan pernah jadikan itu alasan untuk masuk ke zon kehidupan yang salah.

Kenapa_ya_sistema

Bila aku sorang kena, aku melatah, kalut tak tentu pasal.....
Bila orang lain kena sekali, aku relaks, tengok diorang merungut sambil aku berfikir cari jalan.
Kenapa ya sistem aku berfungsi macam tu?



Mulakan dengan__

Waktu rehat dahpun tamat, bila nak menyambung kembali pengembaraan kehidupan ni macam-macamlah mula dirasa dan beraneka perisalah bermain kat pemikiran yang lurus ni..huuu


Yeap, kena semangat! Hee..tapi macam-macamlah pula dugaan yang mendatang, cuba nak menghalang perjalanan aku la tu, ingat aku cuak? (agak cuak gak sebenarnya) Tapi bilamana jalan dah dibina, siap bertar lagi, walaupun tak lurus sebaliknya berliku dan banyak corner, akan aku lalui juga, kalau kaki ni dah tak larat berjalan nanti aku cari scooter sebuah^_^


Bagi yang akan memulakan perjalanan & pengembaraan baru, ataupun yang nak meneruskan kembali perjuangan yang lama (macam aku ni), aku ucapkan selamat berjaya untuk korang semua. Apa-apapun kita mulakan dengan   بسم الله 


jom mulakan perjuangan..vrom2








Ubat Boring

Boring??
Korang pernah tak berada dalam keadaan boring? Bagaimana boring atau dalam bahasa Malaysianya bosan ni terjadi? Mehla aku cerita sikit apa yang aku tengah hadapi ni; tak tahu nak buat apa, tak ada idea, walau sekuat manapun aku usaha nak perah otak ni, tak keluar-keluar jugak idea. 

Biasanya aku ubati boring ni dengan;
1. main game atau apapun yg sewaktu dengannya
2. tengok tv atau online
paling senang dan tak memenatkan sekali;
3.tidur
tapi bagi kes boring yang tak mampu diselesaikan dengan 3 cara ni, aku ada satu lagi cara;
4.makan

mm...sebenarnya ada banyak lagi cara lain yang lebih efektif, tapi aku tak naklah cerita semuanya sekali gus, nanti korang pulak yang boring kan. 
so, jumpa lagi di next entry^_^

Result oh result

Perasaan ini berdebar, bukan baru, tapi sudah hampir sebulan lamanya jantung ini deras degupannya. Inginku perlahankan, tapi tidak terdaya. Lalu hari ini aku bertekad untuk menghentikan semuanya. Lalu aku memberanikan diri menekan kekunci komputer di hadapanku, menaip alamat laman sesawang yang sebenarnya tidak inginku lawati, namun ku gagahi juga. Akhirnya ini masa yang ditunggu-tunggu, aku menekan tetikus pada tulisan biru yang tertulis ‘examination result’. Degup jantungku makin deras menanti apa yang akan terpapar di kaca monitor.
               Error in loading”
“Eh, kenapa pula ni?” hatiku membentak keras.
“Wei, result keluar esoklah! Relaks lah bro,” kawanku bersuara walaupun aku belum lagi membuka mulut untuk bertanya.
“Eh, ye ke?” aku berfikir dalam hati.
“Betullah!” dia bersuara lagi, kali ni betul aku tak tanyapun dekat dia.
“Esok jangan buka Student Portal, lambat bro. Kau check kat e-mail jelah. Apa-apa esok kau chill je taw, ingat aku ni sentiasa ada untuk bagi semangat kat kau."
"Thanks," balas aku. Tak lama lepas dia keluar aku terpikir, kenapa pulak dia cakap macam tu? hmm..
- Cerita ini rekaan semata-mata, maknanya tak ada kena mengena dengan sesiapa-

Ehm..sekarang aku nak tanya pulak, apa perasaan korang sekarang ni? Bedebar? Takut? Kalau tak rasa apa-apa tu mungkin korang dah tertinggal deria rasa korang tu kat mana-mana.

Adakah otak korang sedang berputaran memikirkan apa yang akan terjadi esok?


Tapi, walau apapun rasanya lebih baik kalau tanda ? ni terjawab kan, jadi kita semua boleh mulakan langkah baru.
Esok akan timbullah riak dari wajah-wajah korang yang pelbagai rupa. 
gembira
sedih
marah / tak puas hati
Ahaks..
Walau apapun aku doakan yang terbaik untuk korang semua, dan jugak diri aku..hee..cuak pulak tetiba.
Okeylah, good luck you guys.
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/