rumah oh rumah

Aktiviti hari ini, mencari rumah untuk di sewa! 


Sungguh ku tak sangka bahawa mencari rumah sewa ni sangat - sangat seronok, haha..
Seriously, mula-mula tu agak bosanlah, klik sana sini tekan butang yang sama kat lappy ni,
tapi tiba-tiba jadi exciting bila... tuan rumah telefon balik!

"Hello, siapa bercakap ni?"
"Ehm, saya....., yang nak sewa rumah tadi."
"Ya, abang nak bagitahu pasal rumah ni.."

Apa yang seronoknya? part abang tu..hehe
suara dia macho giler kowt, muka tak tahulah cane,
pastu dia kata;

"Sekarang adik ni dekat mana?"
"Saya dekat KL."
"Saya pun tak ada dekat sana sekarang ni, ada kursus dekat KL.."

alamaks...dalam hati ingatkan dia nak ajak jumpa dekat KL ke..

"Nanti dalam 6 hb saya balik, paling awal 7 kita jumpa dekat sana ye."
"hehe..okay!"
haha

first time cari rumah, fun and exciting! ^_^

tapi rumah belum jumpa lagi...pencarian bersambung....

cuti dan vlog

Salam 1 Malaysia ^_^

Di bawah ini ialah dialog di dalam drama terbaru yang bertajuk...'jap, belum habis lagi', ya itulah tajuknya;

"Cuti sudah habis bro,"  Aron Aziz bersuara seraya mengatur langkah gagah.
"Choki choki pun sudah habis bro," balas Aman Wan dengan penuh bergaya sambil memakan habis choki choki terakhirnya.
"Eaaa..jap, belum habis lagi lah, ada berbaki beberapa hari lagi, kira   okeylah tu kan, bro," sampuk aku dengan aksi yang lagi bergaya dari diorang! 
The End.

Itulah dia, jadi sepanjang cuti ni, cerita - cerita bosan, tidur, makan, termenung, berangan tolak tepi,
kita story satu benda ni, VLOG!

nope, aku tak buat vlog ler, giler nak bwat vlog, tangkap gambar mati tu pun aku dah gabra gila..huhu
ini cerita tentang vlog yang aku layanz sepanjang cuti, sebelum cuti dan sebelum aku start belajar lagi.
Ini dia, senarai top 5 di hatiku;

5-----------------------------------> ShahrinCool
4--------------------------> AmanWan
3------------------->Aiman Azlan
2------------> AnwarHadi
1------->Mat Luthfi

rasanya mesti ramai yang familiar dengan vlog-vlog ni,
ini top 5 di hatiku ye, top 5 kat negara ni tak kisahlah, sebab aku suka yang ni jugak, haha

(^_^)tak payah bagi link kut, sebab korang jerit je pun you tube dah bleh detect dah vlog diorang. kuikui
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/