Segalanya dah makin menyepi..
sepi tanpa kata, sepi tanpa rasa, sepi tanpa deria,
aku dah mulai lupa apa yang pernah aku minta,
dah tidak mampu terkata motivasi serta perkataan yang membina,
entah apa yang pernah aku impikan dulu, adakah aku sudah terlupa semuanya?
sekali dihentam gelora,
semena sahaja terlupa segalanya..
Apa yang aku tahu, lain rupanya bila dirasa
apa yang pernah dirasa, lain pula perisanya bila dirasai semula
Kesedaran bahawa kini aku telah lupa,
tahu yang aku sedang alpa,
pudar ingatan tentang siapa sebenarnya aku di dunia
terdetik di hati penyesalan yang menghentak dinding jiwa
dan aku mulai rasa semua ini ada hikmahnya...
bangun dan terjatuh, resam dunia,
kalah dan dikalahkan, adat pemainan kita
yang penting akhirnya bukan kejatuhan, bukan pula kekalahan,
tapi bagaimana aku bangkit dan cuba lagi menggapai kemenangan
kemenangan yang hakiki, yang abadi dan yang pertama menjadi dambaan hati
0 komen dan kritikan:
Post a Comment