Cintaku keranaMu

Cintaku keranaMu.

Dalam hidup ni aku cenderung untuk menyukai dan menyayangi banyak benda.
 Yelah, dunia ni tercipta cantik dan indah kejadiannya, susah untuk mengelak dari mencintai dunia. Keindahan saat mentari terbit dan terbenam saja sudah memukau, belum lagi megahnya gunung yang terhampar indah, tenangnya saat melihat lukisan awan biru, segarnya mata memandang kehijauan tumbuhan..itu baru lukisan alam, belum lagi panorama di dalamnya.

Antara begitu banyak benda yang aku suka dalam hidup ni, tak semuanya membawa aku ke jalan kebaikan dan menemukan aku pada apa yang aku cari, bahkan banyak yang mungkin membawa aku jauh dari ketenangan hati dan mendekatkan aku pada sesuatu yang aku cuba jauhi. Saat ini aku berteka-teki, mungkinkah aku telah terpikat pada sesuatu yang patut aku jauhi? Sedangkan banyak benda yang aku suka, padahal ia bukan yang terbaik untukku.

Dalam kebuntuan mencari jawapan pada soalan yang tiba-tiba sahaja muncul di sanubari, aku terfikir sesuatu, kenapa aku suka, kenapa aku sayang dan kenapa aku cinta? Jika selama ini aku tahu apa tujuanku di sini, kenapa perasaan ini perlu diragui? Sekarang ini cuma satu yang terdetik, cuba melengkapkan ruangan jawapan pada persoalan tadi;
Cintailah sesuatu kerana Allah, sayangilah sesuatu dan sukailah sesuatu hanya keranaNya. Semoga ini mampu memadamkan semua keraguan yang menjelma.

0 komen dan kritikan:

Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/