Hari ni aku terfikir tentang sesuatu...setiap kata-kata, intonasi, gerak tubuh; macam mana nak membaca semua itu dengan tepat??
Interpretasi atau dalam bahasa mudahnya tafsiran ataupun makna ni mempunyai maksud yang luas kan, sebab pemikiran kita dan idea yang kita ada, berbeza secara individu. Mungkin kadangkala apa yang kita fikir sama dengan orang lain, tapi pada kebanyakan masanya, kita ada cara kita sendiri untuk mentafsir sesuatu, untuk menilai sesuatu. Persoalan yang bermain di fikiran aku sekarang, wajarkah seseorang cuba mempengaruhi ataupun bertindak mengubah apa yang kita fikirkan? Salahkan jika apa yang kita terjemahkan berbeza dengab orang lain?
Bagi aku setiap benda boleh diterjemah dengan berjuta cara, sebaris ayat boleh mempunyai beribu maksud, sepatah perkataan boleh dinilai dengan pelbagai erti, dan satu lirikan mampu mengandungi berpuluh ribu maksud yang tersirat. Jadi tidak salah jika apa yang kita terjemahkan berbeza dari yang lain. Tapi alangkah bagus kalau kita mampu menterjemah sesuatu yang biasa menjadi luar biasa, sesuatu yang buruk menjadi indah, sesuatu yang negatif menjadi positif dan bukan pula menginterpritasi secara sebaliknya.
0 komen dan kritikan:
Post a Comment