Selalu dengar tentang cara-cara untuk mengatasi stress ataupun tekanan? Pernah amalkan tapi tak berkesan? Ingin mencuba alternatif lain? Apa salahnya mencuba kan, jom lihat top 3 cara-cara untuk mengalahkan stress
1. Benafas.
Tarik nafas sedalam-dalamnya, sedut udara dan segala yang ada di persekitaran anda, bukan menggunakan mulut tetapi gunakan kedua lubang hidung anda, sedut segala yang muat kedalamnya, anda akan mendapat bekalan yang secukupnya malah mungkin lebih untuk menyalurkan oksigen dan beberapa lagi benda ke otak anda yang sedang tension lalu meneutralisekannya dengan pantas.
2. Muzik.
Ini merupakan teknik yang paling disarankan. Pakai pendengar telinga ataupun headphone anda, pasang muzik ke volume yang paling maksimum. Seterusnya menyanyilah sekuat hati anda, jangan risau tentang pitching, kesalahan lirik ataupun suara anda yang sumbang mambang. Selepas beberapa jam bernyanyi anda akan dapati ketensionan anda berkurangan, ini secara saintifiknya adalah disebabkan ketensionan anda telah berpindah. Tapi syarat utama untuk melakukan teknik ini ialah anda mestilah berada di dalam bilik yang tertutup bersama teman sebilik yang memang tidak berapa menyukai anda kerana pemindahan tahap ketensionan dapat di 'transfer 'kan dengan mudahnya.
3. Pengurusan Masa.
Tertekan kerana banyak sangat kerja perlu dibuat? Usah risau, senang sahaja untuk mengatasinya. Lupakan semua kerja, tanggujawab dan segalanya, buat-buat hilang ingatan sekejap. Pasang laptop anda dan layan anime ataupun cerita Korea, mengikut citarasa anda, yang terbaik cerita yang membolehkan anda gelak terbahak-bahak sampai tergolek dan berguling-guling tanpa henti. Lakukan teknik ini selama setengah ke satu jam sebelum ingatan anda kembali lagi. Ulanginya jika kepala anda terasa berat melebihi 10kg disebabkan ketensionan yang terkumpul.
Itu sahaja tips untuk kali ini, selamat mencuba^^
0 komen dan kritikan:
Post a Comment