Apa perasaan korang bila jumpa seseorang yang pernah korang kenal dulu? Bergantung pada orang jugaklah 'kan, kalau orang tu teman yang korang suka, mestilah korang rasa heppy tersangat dapat jumpa dia. Tapi kalau dah orang tu korang tak suka, mesti rasa benci, nak mengelak, nak lari, kalau boleh tak nak pandang langsung muka dia , agaknya ada ke orang yang buat korang rasa macam tu??
Lain pulak denga kisah yang pernah berlaku dalam hidup aku ni (banyak kali jugaklah). Semuanya berpunca daripada memori aku yang susah sikit nak ingat settern benda ni, muka dan nama orang (huh naya), dah macam cerita 'seribu kali cinta' la pulak, jumpa esok aku dah tak kenai, memang tragis. Yelah, dah elok-elok hari ni aku berborak dengan member yang baru kenal ni, dah cerita itu dan ini, alih-alih esok aku jumpa dia kat mana-mana, aku buat donno macam tak pernah kenal langsung. Sesiapa yang pernah terkena macam tu dengan aku, aku mintak maaf bebanyakla ya. Satu lagi yang menjadi halnya, setiap kali ada program tertentu, bila aku diminta duduk dalam bulatan, perkenalkan diri sorang demi sorang, lepas tu, ha..babak yang menyusahkan, sebut nama diorang satu demi satu ! Memang aku akan banyak cakap aaaaaaa... lamalah diorang nak tunggu aku habis sebut nama diorang, nasib aku dah dikira terlalu baiklah bila ada member yang tolong bisikkan or buat gerak mulut untuk bantu aku. Kalau nasib aku tak baik tu tak payah ceritalah 'kan, macam-macam pernah jadi jugak. Itulah yang buatkan aku trauma nak sertai program-program macam tu lagi..huuuuu .
Pernah jugaklah aku cuba teknik tertentu untuk mengingat nama dan rupa orang ni, tapi setakat ni belum berkesan lagi. Berapa lama agaknya masa untuk aku betul-betul kenal seseorang tu, cuba korang teka?? Aku sendiri tak pasti sebenarnya, tapi pernah berlaku pada aku sewaktu di sekolah menengah dulu, dah hampir dua tahun aku belajar sekelas dengan kawan aku ni, aku masih tak dapat bezakan rupa dia dengan kawan sorang lagi, salah panggil nama tu biasalah, nak buat macam mana.
Sebenarnya benda ni taklah menyusahkan aku sangat, cuma kadang-kadang ajalah. Tapi ada juga muka orang yang aku boleh ingat, sebab apa? Ntah, mungkin dia terlalu unik, mungkin jugak dia istimewa di mata aku..huhu..semuanya mungkin. Semua benda ada baik dan buruknya kan, macam tu jugaklah kes aku ni. Biasa kalau orang buat sesuatu dekat aku, sengaja langgar aku ke, jatuhkan barang aku ke, atau buat something yang boleh buatkan aku marah, yup aku akan marah dan sakit hati ( aku pun ada perasaan ok), tapi kalau orang tu aku baru-baru je jumpa, esok aku dah tak marah kat dia dah, jangan kata esok, kalau hari tu jugak aku jumpa dia kat tempat lain pun aku boleh senyum..hahaha.. apa kebaikannya? Yelah, tak payahlah aku nak rasa sakit hati bila jumpa dia lagi, sebab aku dah tak ingat pun dia siapa.
Oh, ya, tadi aku terjumpa seseorang, satu sekolah dengan aku dulu, walaupun taklah rapat sangat, tapi boleh jugaklah aku cam dia sebab dah lima tahun aku ada bertembuang dengan dia dekat sekolah aku. Tapi yang peliknya dia buat donno je. Di minda aku ni mulalah muncul tanda soal, tanya kenapa dan mengapa..Tapi takpelah 'kan, siapalah aku ni untuk diingati (huhu...) Jadi moralnya kat sini, jangan salahkan kawan korang kalau terjumpa tapi dia tak tegur, manalah tahu dia pun ada memori problem macam aku (dua benda tu je taw, yang lain memori aku boleh save dengan cepat lagi)
:) Sekalipun tak ingat, senyumlah, 'kan senyuman itu sedekah.
0 komen dan kritikan:
Post a Comment