Apa yang korang rasa time dengar 'group assignment' ni?? Macam serious je bunyinya kan..huhu. Dulu pun aku fikir benda yang sama, bila melibatkan pekerjaan secara grouping ni akan timbul masalah, kalau tak banyak pun, adalah sikit-sikit 'kan. Pernah ke korang menghadapi dan berhadapan dengan situasi macam tu?? Kerja tak siap on time, sleeping partner, dari discussion jadi gossipsion la..pernah ke? Aaa..kalau korang yang memang suka hidup bergroup group ni jangan tipulah semua problem ni tak pernah menimpa korang..tipu dosa taw..huhu.
Bekerja secara berkumpulan ni agak menyusahkan, ha..itu persepsi segelintir orang. Bila dah ramai yang terlibat dengan satu kerja, memanglah ada kalanya kerja jadi makin susah. Tapi sebenarnya dengan teknik yg betul (cheewah) dan pemilihan yang tepat, korang boleh buat group assignment ataupun pekerjaan secara berkumpulan ni jadi menyeronokkan. Teknik dan caranya? Hee..simple je, carilah kawan yang boleh dibawa bekerja, yang gila-gila macam korang pun tak apa, asalkan boleh sama-sama buat kerja. Sebolehnya elakkan orang yang terlalu confident, haha, ada pulak kan, takut nanti sebab terlalu confident boleh timbul masalah ter'over yakin pulak kan. hakhak.
Sebenarnya aku sendiri baru merasai keseronokan bekerjasama dalam satu group ni, cuba selesaikan masalah sama-sama, siapa sangka soalan yang memeningkan dan merungsingkan boleh diselesaikan dalam keadaan yang menyeronokkan. So, to you allz yang belum pernah merasai kegirangan..hehe..bekerja secara kumpulan ni, cubalah, sesekali tukar-tukarlah group member tu, boleh meluaskan lagi pandangan dan pemikiran korang.
It can be as fun as this ^_^
0 komen dan kritikan:
Post a Comment