Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku........
Baru sekali ini aku cuba bangkit dan memperjuangkan apa yang aku mahu, tapi nampaknya jalan yang kulalu jadi sukar dan berliku..huhu..-sayu, hati ini makin sayu....hahaha..
Nak dikisahkan hari ini, aku memberanikan diri yang penakut ni..huhu..untuk mencuba sesuatu yang aku minat, dan pastinya sendirian. Pelik rasanya sebab aku tak rasa takut, tak rasa nervous, sebaliknya rasa seronok, mungkin sebab dapat memperjuangkan keinginan dan impian aku, satu langkah lagi ke hadapan untuk aku. Tapi kisah aku memang sentiasa sukar nak melalui jalan yang lurus macam highway tu, jalan yang aku terpaksa hadapi mesti bengkang bengkok, dady aku selalu cakap, macam ular kena palu..ha ha...
Nampak gayanya agak sukar untuk aku teruskan jalan ni, lecturer tu memang nampak bersemangat nak meneruskan perjuangan sebagai anak Melayu, tapi biasalah, sukar nak cari anak muda zaman sekarang yang minat dengan sastera, puisi, dam gurindam ni 'kan. Kalau waktu sekolah dulu tiba-tiba kena panggil mendeklimasikan sajak kat depan kelas, ha, itu boleh lagilah kan, baca je pun, cuma kena semangat sikit, tapi bila kena baca syair, ha, buatlah! Jadilah syair yang berliang lengguk tu lurus je..huhu..to be honest aku pun tak pandai nak mengindahkan bacaan syair ni, dah macam menyanyi dah aku baca dulu.
Al-kisahnya, berada di dunia yang aku sendiri tak pernah kenal sebelum ni, dunia sastera memang berbeza. Aku tak tahu nak menggambarkannya, tapi perasaannya macam..boleh aku katakan menyeronokkan untuk aku..haha..kalau orang yang join sekali dengan aku terbaca ni entah apa dia cakap, seronok ke korang? Buat korang yang ada keinginan untuk memartabatkan Bahasa Melayu ni, jemputlah dan rela-relakanlah diri korang menyertai kitorang di dunia Sastera ni. Memang menarik sangat-sangat buat korang yang berminat. Peluangnya cuma dalam minggu ni saja, daftar segera taw!!! Penglibatan korang begitu bermakna buat kitorang.
Sebenarnya aku agak rindu nak belajar BM ni, ada ke korang rasa benda yang sama?? Al-maklumlah, kat u ni kebanyakkan subjek in English kan, kalau adapun dalam BM, apa dia, subjek agama Islam lah. Ramai yang kata tak suka kena belajar dalam Bi ni, tapi kalau dalam BM korang suka?? Mestilah kan, sebab senang nak faham, nak hafal, itu mentaliti kebanyakan orang. Korang aku tak tahulah 'kan.
Huh, masih dalam mood memartabatkan Melayu. Bukan isu politik tahu, tapi dah kebetulan hari ni satu u ni bawa meseg yang sama, tentang Ketuanan Melayu, bagi korang yang datang koko hari ni korang tahulah kut..
Ha, bukan nak berceramah kat sini, perasaan aku ni masih...agak down lagi. Apa yang jadi tadi, walau tak sehebat mana, tetap the best experience ever !
:) Berada dalam dunia yang berbeza sekali sekala buat aku rasa hidup ni sangat....bermakna !
0 komen dan kritikan:
Post a Comment