Di sini aku nak bagi nasihat secara profesional taw (alamak cam berat jew), tapi nak buat macam mana kan, nak peksa ni kenalah serius, jangan main-main. Jadi dengan kebolehan, ilmu , serta kepakaran yang ada pada aku, selepas kajian demi kajian yang aku buat, aku boleh simpulkan dekat sini, untuk menghadapi peperiksaan, korang kena persiapkan diri korang dengan 3 benda ni. You allz dah ready..okay, baca dengan teliti taw.
Perkara terpenting yang korang kena pastikan ada, tak boleh tak ada kalau nak jawab peksa ialah..jeng jeng jeng..otak korang! Ini penting sesangat, sebelum korang study, sebelum korang bukak buku dan terpenting sekali sebelum korang nak masuk dewan
peperiksaan, pastikan korang dah bawak, persiapkan dan letak elok-elok otak korang. Tak kisahlah ada apa dalam tu, asalkan korang dah bawak, korang dahpun melepasi tahap selamat untuk menjawab peksa. Eleh, adala tu yang cakap macamlah aku tak tahu, tapi kan, kekadang korang ni nervous sangat, takut sangat fikirkan kertas peksa tu, bukan setakat kertas peksa, ada yang siap dah menggeletar lutut fikirkan result korang. Tak payah duk fikir semua tu, check balik otak korang dah ready belum, kalau dengan yakinnya korang kata otak korang dah siap sedia, then tak ada apa yang boleh menghalang korang dari jawab peksa.
Seterusnya, apa yang korang kena persiapkan? Teka-teka? Badan korang! Aha, eh, tak paham. Simple jea la, otak korang dah ready, badan camne? Otak cuma boleh fikir, kaki korang yang akan melangkah ke dewan peksa, tangan korang yang akan jawab peksa. Jadi kena pastikan korang dah pasang elok-elok body korang tu, mana-mana yang longgar tu kena ketatkan balik. Biasalah kan korang ni, aku pun sama gak, time dekat nak peksa pulun bukan main. Makan, takpe kejap lagi. Mata dah ngantuk, tak pe lepas peksa boleh tidur. Solat, eh kena buat, wajib tu, tapi sekejap lagi eh, nak habiskan sikit je lagi ni. Alih-alih time nak peksa, badan korang merajuk tak maw bagi commitment, ha camne tu..pikir-pikirkanlah.
Wokeh, itu jelah yang korang kena persiapkan untuk jawab peksa. Ilmu yang korang dah belajar tu, bukannya korang gunakan time nak peksa je kan, dalam hidup korang sebenarnya korang dahpun gunakan ilmu-ilmu tu. So, anggap jelah waktu peksa tu korang diminta untuk ajar orang yang tak tahu apa-apa. Apa yang korang perlu buat jawab soalan yang dia tanya ikut apa yang korang faham, itu je. Jadi, tulis jelah apa yang korang tahu dan faham!
0 komen dan kritikan:
Post a Comment