rEaD mY MiND :)

Teringin nak orang faham perasaan aku, apa yang aku rasa, time aku rasa sedih dan berduka, time aku gembira dan hati berbunga, tapi kalau time tengah tension tu aku taklah harap orang tahu, kesian pulak kan. Alah, ini bahana dari cerita Satorare lah ni. Kalau korang berhadapan dengan orang yang korang tahu apa yang dia fikir tanpa dia perlu bukak mulut dan cerita, apa yang korang akan buat? Itulah ceritanya, pasal si Satomi ni, apa yang dia fikir, semua orang orang boleh dengar dengan jelas dalam lingkungan 8 meter kalau tak silap. Tapi sebenarnya taklah seronok sangat bila orang tahu semua yang kita fikir dan rasa. Boleh bayangkan tak kalau orang dengar, "wa, kacaknya dia," , "teringinlah nak bercakap dengan dia", takpun orang dengar camni, "sukalah kat dia," huuu, takpun waktu tengah marah kan, "ish, menyampah betul kat dia ni." ahaks.
Kalau rasa nak orang faham dan mengerti, luahkan, mungkin itu je cara terbaik. Nak bagi satu tips ni, memanglah kadang-kadang kita harap orang faham perasaan kita tanpa perlu kita bagitahu, "saya merajuk ni, pujuklah," , takpun , "saya sedih ni, hiburkanlah," atau, "tak mahu hadiah tu, tak cantik, nak yang besar punya." Hehe.. tapi kalau orang yang kita harap untuk faham tu lelaki, lebih baik berterus terang sahaja. Bukanlah nak cakap lelaki ni kurang memahami, tapi hakikatnyalah kan, kebanyakan dari golongan ni susah sikit nak faham apa yang kita inginkan dan fikir. So, daripada buat drama bisu, buat isyarat badan, buat muka monyok atau muka seposen kat diorang, lebih baiklah berterus terang. "Esok hari jadi saya, saya nak hadiah tedy bear besar budak 9 tahun, tak mawlah tedy bear besar bawang cam yang awak bagi tahun lepas." Huhu, boleh pulak kan.

:Lagi bagus kalau dapat memahami dan mengerti perasaan orang yang kita sayang^_^

0 komen dan kritikan:

Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/