Kejayaan Agung

Teringinnya nak buat sesuatu dalam dunia ni...nak tinggalkan sesuatu yang bermakna pada dunia, pada orang disekeliling..macam Thomas Edison cipta mentol, Alexander Graham Bell cipta telefon..yang paling aku kagum macam Rasulullah menyampaikan Islam, mengubah manusia ke arah yang lebih bertamadun dan dihormati.

Tapi bila difikirkan balik, semua kejayaan tu, semua sejarah agung yang masih meninggalkan kesan pada dunia ni sampai ke hari ini, bukan perkara yang mudah untuk dilakukan.Semua tu bukan kejayaan yang dicapai dalam masa sehari, sebulan ataupun setahun. Ambil masa yang lama kan untuk cipta satu kejayaan, untuk cipta satu sejarah, untuk meninggalkan satu tanda dalam ingatan ramai orang. Bukan sahaja masa yang perlu dikorbankan, tapi juga usaha. Ingat senang ke nak cipta mentol, sekarang senanglah tekan on, lampu pun menyala. Ingat senang ke nak bawa manusia ke haluan yang berbeza, mengubah manusia kepada sesuatu yang mereka tak pernah percaya, semua tu perlukan usaha, perlukan semangat, dan satu yang aku rasa penting sangat-sangat ialah untuk mencipta sebuah kejayaan agung perlukan  sebuah pengorbanan.

Aku pernah terfikir, sanggupkan aku berkorban untuk mencapai apa yang aku inginkan. Pengorbanan tu satu ayat yang besar bagi aku. Kita berkorban untuk capai satu benda dan kita mungkin akan kehilangan banyak benda yang kita ada. Aku selalu bayangkan, macam saintis, nak mencipta satu benda baru, buat kajian, boleh jadi seumur hidupnya, dan belum tentu kajiannya itu berjaya. Tapi dia dah korbankan banyak masa untuk sesuatu yang belum pasti, untuk satu impian yang belum tentu tercapai, dan selalunya saintis ni komited dengan kerja, dengan kajian, sampai boleh dikatakan 24 jam dihabiskan dalam makmal setiap hari. Jadi apa jadi pada kehidupannya, pada keluarga? Dalam cerita Fullmetal alchemist pun ada cakap, untuk dapatkan sesuatu kita kena korbankan sesuatu yang sama nilainya. Tapi, bagaimana nak menilai sesuatu yang kita belum ada dengan sesuatu yang kita dah ada? Bolehkah kita korbankan keluarga demi impian? Samakah nilai hidup dengan orang yang tersayang dengan impian kita tu?

Setiap orang ada impian masing-masing, setiap insan ada keinginan, dan akupun tak terkecuali. Tapi, aku tak mampu untuk korbankan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Impian aku, masa depan yang belum pasti, sedangkan apa yang aku ada sekarang ni, keluarga, orang yang aku sayang, masa yang berharga, rakan-rakan, semua tu adalah kejayaan dan anugerah buat aku pada saat ini, untuk korbankan semua tu, siakan semua tu demi mengejar satu impian yang belum tentu aku punya cukup masa untuk sampai ke arahnya, aku rasa aku tak mampu. Hargai hari ini, hargai apa yang aku ada sekarang ni, impian itu cuma sebahagian dari kehidupan aku bukan segala-galanya. Aku akan mengorak langkah aku ke hadapan, cuba menggapai impian,  mecipta satu lagi kejayaan agung, tapi pada masa yang sama aku akan terus menghargai dan menghayati hari ini dan apa yang dianugerahkan pada aku saat ini, aku harap pemikiran aku ni takkan berubah tak kira di mana dan apa situasi yang mungkin aku hadapi pada masa hadapan. ^_^ 

0 komen dan kritikan:

Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/