Mmm..faham tak soalan aku? Kebelakangan ni kan, aku sendiri keliru, mana yang betul, mana yang lakonan? Siapa yang betul-betul jujur, siapa yang talam dua muka? Ada yang depan-depan okay je, senyum sampai ke telinga, layanan okay sangat-sangat, sampai aku rasa macam dihargai pun ada, rasa macam bff pun ada jugak, tapi belakang lain cerita...kenapa ya manusia suka berlakon? Kenapa tak nyatakan je kalau tak suka, kenapa tak tunjukkan je kalau benci. At least kan, buat donno. Bila depan-depan baik sangat , tapi kat belakang cakap kat semua orang tak suka, benci, menyampah, dia jahat, dia teruk, kalau aku terdengar, kan nanti aku sedih, betul tak? Agak-agaknya diorang ada terfikir tak pasal perasaan orang lain??
Okaylah, tak apa. Setiap orang ada hak kan untuk meluahkan perasaan, untuk jadi apa yang diorang nak jadi, untuk bertindak ikut rasa hati diorang. Aku bukan siapa nak cuba ubah persona hidup ni... Aku pernah tanya soalan ni kat member aku, "apa ya nak buat kalau kita tahu ada member macam tu?" Memanglah mulanya kecewa, kita anggap kawan kan, kawan tu satu istilah yang sangat-sangat istimewa bagi aku. Habis kalau dah tahu kebenaran, macam mana? Aku bukan orang yang pandai berlakon, aku tak reti nak amik watak sesiapa. Jadi aku pun tanya, apa patut aku buat?
Setakat ni aku belum dapat jawapan lagi. Walaupun ramai yang pernah berhadapan dengan situasi macam ni, tapi ramai yang buat donno je kan, buat macam tak tahu apa-apa, buat selamba papa, selamba yaya je. Tapi kan..mm..itu ke jalan terbaik??
0 komen dan kritikan:
Post a Comment