ada apa pada BUSUT?

Semalam aku dengar cerita dari my best pal ni, dia kecek cerita hantu. Mula-mula tu memang kelakar, hantu tengok cerita korea kan, aku gelak-gelak jelah, sampai ending dia ada yang mati, tu tak best sikit, tapi aku still kawal, ha, kalau tak, tak tidur malamlah aku jawabnya, dahlah aku selalu jugak tidur berseorangan dalam billik ni...huuu.

Dalam cerita semalam tu ada kisah busut, busut berpenunggu ke? Buat aku teringat ada dua tiga cerita lagi yang berkait dengan busut ni, kat kampung aku pun ada busut jugak, adalah dengar orang cerita itu dan ini, tapi aku cuma dengar dan cuba lupakan je.

Sebenarnya ada apa pada busut ni? Kenapa ada banyak cerita seram berkait dengan busut? Mmm, nenek-nenek selalu tak bagi cucu cucu dia main kat busut, mak-mak pun macam tu jugak. Tapi bila ditanya kenapa, diorang selalu tak cerita. Ce cite sikit ada apa pada busut sebenarnya?

"Busut ialah longgokan tanah di atas sarang semut.  Jenis semut itu dikenali sebagai anai-anai.  Anai-anai merupakan semut yang boleh menghasilkan telur sehingga 30ribu sehari. Permaisuri anai-anai boleh memilih untuk melahirkan anai-anai askar atau anai-anai pekerja.  Tanah busut anai-anai ini dianggap unik kerana teknologi aliran udaranya cukup panas tetapi lembab.  Itulah yang menyebabkan tanahnya sentiasa gembur. "
                                                             Petikan dari journal Mis3

Macam sejarah busutlah pulak. Tapi kan apa yang membuatkan busut ni selalu dikaitkan dengan benda-benda mistik? Ish2,  asyik tanya je ni bila nak jawab ni . Dah puas aku cari dah, tapi tak jumpa jawapannya..mm..tunggu ya nanti aku tanya orang-orang yang arif tentang ni, kalau korang nak cari sendiri lepas tu cerita kat aku okay jugak..huu..

Tapi nasihat aku kan, ada banyak benda yang kita tak tahu apa, kenapa dan mengapa. Tapi sebelum dapat jawapannya, janganlah buat benda tak senonoh, mana tahu karang ada pulak yang nak try main-main or menari-nari kat busut plak. Beware, bukan takut atau melatah cuma berwaspada dan berhati-hati bak kata aku. ^_^


5 komen dan kritikan:

kutin said...

busut memang menakutkan jgn main main klu semangat x kuat,dia tu pandai membalas mcm contoh klu terbakat busutnya dia pandai kasih sakit

kutin said...

dlam busut,ada Permaisuri yang sangat besar tugasnya untuk melahirkan anai anai beribu ribu dlm satu hari yg menjadi askar dan pekerja, yg kita Nampak keluar merayau2 tu adalah pekerja dan ada jg askar sekali,Permaisuri hanya duduk diam dlm busut dan sentiasa dihantar makanan oleh pekerja pekerja,Sifatnya pemalas tu.Ada jg Raja saisnya keciltp yg berkuasa adalah Permaisuri.Queen tu banyak khasiatnya kalau dimakan sebab kandungannya bias merawat segala penyakit terutamanya penyakit ampus,kurang tenaga batin n dll,tp jaga jaga bukan sembarang menyentu busut,silap silap kena serang balik(dibalas atau busut kasih sakit kita)

Unknown said...

Hi cerita mengenai busut ...sy seorg supplier bahan2 KFC dan selaku asstant driver lori ..PD tarikh 11 July 2018 ,sprti biasa asal jer jam 12 kita org rest..Dan mencari tmpt utk MKN dan rehat .... pd ketika tu,sy dan 2 rakan nk cari tempat berehat..Dn kmi temui lokasi baru ..Di bawah jambatan Tuaran(Sabah) ,krna tak tahan nk kencing sa TRUS bgegas berlari ke tepi tiang jambatan .. krna tak tahan sdh,tanpa melihat ke bawah ..sy TRUS jer kencing ..Sekali siap ..Sekali toleh kebawah sa tkencing busut ..Alamak ..Sa mulai bimbang ..Sy bagitau kwn ..Kwn sy Kate ..Baik KO PIGI minta maaf ..Klu x minta maaf kat busut tu ..Nanti kemaluan pandai buruk ..Tanpa BYK bfikir ..TRUS aku berjalan menuju busut tu ..Sy TRUS minta maaf ..Sa bilang kat busut tu .."wahai busut ..Sy minta maaf kerna sy TDK sengaja kencing rumah mu..Mohon maafkan sy" ..
Tu la pengalaman sy ..Sekian..

chris eliazer said...

Mengikut pemahaman saya, busut selalunya dikaitkan dengan tempat tinggal semut atau anai2. Dri segi agama, sya percaya busut ini tidak mempunyai kekuasaan mistik namun perbuatan yng tidak senonoh kita kepada busut tersebut yng memulakan gangguan2 ini. Ya tidak dpt dinafikan hidupan lain pun mempunyai rasa marah..dan bila adanya perasan itu, maka iyanya menjadi kesempatan bagi iblis2 untuk menakut-nakutkan kita. kita walaupun hidup beragama apa pun.. kita jgn percaya kepada hantu atau roh2 sebab segala yng buruk itu datang daripada perbuatan kita yang salah atau perbuatan jahat orng (sihir). apa yang pnting, kita ambil pengajaran yng baik sebab semua pun mau benda yng berfaedah dan baik..

Unknown said...

busut klau x semut tingl sd bole la hncurkn..dn sllu org puti bkin tanah liat..dlm ytube..tp bhya ni busut... klu gngu dia mmbalas... ada org mnggal kna blas sma busut ni.. mama sy jg kana.. tp bukn sngaja..mama sya dia sempt ubat.. bekudis kepala sbp dia trtebas rumah busut..x nmpk.. bbrpa hr lps tu kpla bkudis..muka panas mcm kna ggit2 semut... yg mnggal tu xpyala sy creta... jn sskli gngu busut semut... klu tlngr x sgaja ckp sj,,siou sa x sngaja sa x nmpk... jn buat rumah sni.. pinda tmpt lain...ckp bgtu sja..

Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/