Kisah aku & my bro

Aku anak kedua dari dua adik-beradik, anak first mestilah my bro, abeku. Huu..
Nak dijadikan cerita, kerana cuma ada kami berdua beradik sahaja, maka begitu senanglah aku terikut dan terinfluence dengan abangku. Banyak benda dan banyak perkara aku ikut dia, campai masa kecik-kecik dulu aku pakai bajupun masuk dalam, smart macam dia, hakhak, tapi rambut taklah sikat tepi cam dia..hehe.

Apa pengaruh yang abang aku bagi kat aku? Nak tahu ke?
First sekali, abangku minat tengok cerita kartun dan anime, aku pun terikut la jugak. Antara ceritanya;
 
Seterusnya, mmm..ha, budak lelaki, biasalah kan mana boleh lari dari minat terhadap game ataupun permainan video. Antara game yang kitowang selalu gaduh nak main;
 

Hee..selalu bila lawan ngan dia, akulah yang menang. Sama ada dia yang selalu bagi aku menang ataupun aku memang terrel(perasan la plak kan) itu kena tanya kat dia.

Lagi,..mm, apa ya? Tapi rasanya memang dia banyak mempengaruhi hidup aku ni..hukhuk. Tapi, tu dulu, time aku dan dia kecik-kecik, beza aku ngan dia 5 tahun taw, teringin nak pergi sekolah sekali dengan dia, tapi tak dapat, masa aku darjah 1 kitrong satu sekolah tapi dia pagi, aku pulak sesi petang.
Sekarang, banyak benda dah berubah. Dia pun dah makin matang (matang ke?huhu), banyak benda dah makin tak sama, yelah kan masing-masing dah ada kehidupan sendiri, dia kerja kat Perak, aku pulak merantau kat utara ni..huuu. Tapi still bila kitorang balik rumah, tetap gaduh cam anjing ngan kucing gak, gaduh nak pilih siaran tv, dan macam-macam lagilah..tapikan, walau apapun he is the best brother I ever had^_^

My Story

Nak cerita sikit pasal drama dan cerita yang aku minat boleh tak?? Heee..terima kasih bebanyak sebab jawab boleh (yg jawab tak tu aku tak dengar taw) Cerita yang aku layan? Cuba teka? Alah, semua cerita yang bagi aku best aku layan, baik cerita Melayu, cerita Mandarin , Hindustan ke, Korea or Jepun pun aku layan jugak, yang penting cerita tu mesti ada tarikan dan pengajaran. Kalau yang ending dia tak ada moral of the story tu memang nak kenalah dengan aku, kena apa  ha, tu korang boleh pikir sendiri.

Ada orang yang gila cerita Korea,  ada yang minat giler cerita Hindustan, aku ni taklah fanatik sangat, semua aku tengok, tapi bila dah start tengok satu episod dan minat, ha, agak susahlah nak suruh aku tinggal, memang aku meraunglah kalau tertinggal satu episod. Huhu..cam bebudak.

Okaylah sebab tak mahu cerita panjang, meh aku tunjuk antara cerita-cerita yang aku boleh tahan minat jugaklah,

                 

Sebenarnya ada banyak lagi, banyak gila lagi cerita yang aku suka, tapi agak susah nak recall semua sekali kan, so ini ajalah setakat ni.

Bagi aku cerita tanpa pengajaran, sama je macam cerita yang tergantung, takda makna dan buat aku tak puas hati. Serius aku cakap, bukan setiap babak dalam cerita ni boleh diterima dan okay, ada jugak yang tak okay, so jadi penonton ni kena pandai tutup mata bila perlu dan bukak mata besar-besar bila kena pada waktunya.

Hee..saja je nak kongsi. Juz for relaxation dan juga permainan emosi..huuu 
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/