suka_awak 2


saya tulis ni walaupun saya tak tahu bolehkah awak membacanya..

Dah lama saya suka pada awak
dah lama saya perhatikan awak
dari jauh..
sebab saya segan,
segan nak ajak awak buat dosa
awak faham 'kan apa maksud saya..

Bila lihat awak saya terkaku, kelu tak terkata apa,
saya tak pasti awak sedar atau tidak kewujudan saya,
tapi tak apa..

kalau nasib saya baik saya terjumpa awak
adakala saya lihat awak senyum, manis tak terkata
tapi ada ketika awak muram, saya pun ikut sama mencuka
saya memang suka pada awak
selalu lihat awak berjalan dengan member
perempuan semuanya,
saya memang suka tengok awak, sejuk hati saya
tapi saya tak pernah tatap wajah awak lama-lama
sekali sahaja setiap kali jumpa
sebab kalau cuma sekali tak dosa ^_^

saya diam tak kata apa
tapi saya sedang berusaha
saya nak berjaya, saya nak bina kerjaya
awak mungkin tak tahu saya siapa
tapi sampai masa saya nak masuk meminang awak,
nak awak jadi isteri saya

saya tahu kalau jodoh tak akan ke mana
betul, saya belum kenal awak siapa sepenuhnya
tapi awakpun tak kenal saya juga
kira samalah ya
bila dah bersama kitakan saling kenal dan bermesra
sekarang belum masanya
saya harap nanti
kita boleh terima satu sama lain seadanya
kita akan saling melengkapi
dan saling memahami

saya suka awak
dan saya harap satu masa nanti awak berpeluang baca isi hati saya ini
bila awak dan saya menjadi suami isteri

-nukilan yang tidak berkait dengan sesiapa, imaginasi semata- (kalaulah betul)heee

super_power

Bibi...bipp..!!!
Amaran kecemasan, seseorang perlukan pertolongan. Apa lagi, BERTUKAR!
eeh..yaya bertukar jugak ke ea?huuu

Kita berTUKAR ke mode serius pulaklah ya.. ehemm..

Aku rasa semua orang ada memegang cita-cita (masa kecikla) untuk menjadi seorang super hero (iya kan jelah ye). Tak mustahil juga jika baya-baya aku ni pun masih ada yang memendam hasrat yang sama. Best apa ada super power, boleh benteras kejahatan dan bantu orang yang memerlukan. Hurm..tapi kuasa macam mana yang korang idam-idamkan? (ala ce lah bayangkan dengan imaginasi korang yang kreatif tu)..

Walaupun tak ramai di antara kita ada kuasa super saiya, kuat macam Superman, boleh gayut-gayut cam Spiderman, ataupun boleh terbang macam Yaya (huuu), tapi aku percaya setiap dari kita memiliki kuasa tersendiri, yang terpendam masih belum ditemui ataupun yang dah terpapar jelas dan diketahui.

Apa kuasa yang korang ada? Aku tak boleh jawab tu, sebab kuasa tu ada dalam diri korang, cuma korang sendiri yang mampu pastikan sendiri. Eh, tapi jangan pulak ada yang lompat dari tingkap nak tengok ada kuasa terbang tak karang..hehe.

Percaya pada diri sendiri, setiap dari kita ada kelebihan dan kuasa masing-masing. Ada banyak kuasa jahat dan halangan yang sukar untuk kita tempuhi, tapi ingat satu, dalam dunia ni cuma satu yang kita perlu kuasai untuk tewaskan segalanya, apa dia? Diri kita sendiri. Seandainya kita mampu kuasai diri kita, tiada apa yang dapat menghalang kita!
 إن شاء الله

Takutnyeee


Kenapa dalam dunia ni aku takut pada banyak benda???

Kenapa, kenapa, dan kenapa, aku terus memerah otak ini untuk mencari jawapannya.

Tapi yang menjadi kemusykilannya sekarang, adakah jawapan itu berada dalam otak aku yang kecik ni? Adakah semua persoalan yang terbit bak mentari di pagi hari (woo), dan ayat yang muncul dan berakhir dengan tanda '?' (s0al) di akhirnya, adakah semua jawapannya dah terkandung dalam wikipedia yang berada di otak aku ni?

Entahlah, aku masih belum mampu nak explore kesuluruhan otak ni, mengkaji setiap inci dan pelosok serta menganalisa kesemuanya. Tapi baru sekejap tadi aku tertaip sesuatu, dan berjaya menjawab persoalan aku bersangkutan dengan ketakutan ni. Adalah ayat ni yang berbunyi (buat bunyi sikit taw);

Hanya orang takut yang bisa berani, kerana keberanian adalah melakukan sesuatu yang ditakutinya. Maka bila merasa takut, anda akan punya kesempatan untuk bersikap berani.

Menjawab persoalan aku bahawa ketakutan itu datang untuk memberi aku peluang untuk jadi berani. Dan biasanyalah kan, bila takut kita akan lebih berwaspada dan buat lebih banyak persediaan. Mungkin itulah sebabnya ramai orang takutkan kematian (ooo..)

Oh, dan satu lagi yang terjawab, jawapan itu berada di mana-mana. Kalau aku boleh terjumpa ayat kat atas tu di hujung jari, mesti banyak lagi yang boleh aku temui dan bongkarkan di luar sana, dunia yang luas terbentang dengan ilmu 'kan.

Hee..renung-renungkanlah seandainya ada apa-apa yang mampu direnung tu^_^

suka_awak

Saya ingatkan....
Suka itu rasa manis macam gula
suka buat saya rasa bahagia
suka buat saya senyum sampai ke telinga

tapi lain dengan suka kat awak
suka pada awak buat saya jadi gila
suka pada awak buat tidur saya tak lena
mimpi indah saya jadi tak berwarna, hitam putih je
saya pun tak pasti kenapa...
saya dah terjangkit kat awak kowt,
awak kan buta warna..

tapi saya tetap suka kat awak,
sebab awak bergaya,
awak nak jadi hero macam dalam cerita
saya tanyalah kenapa,
awak tak jawab tapi nak sangat jadi macam dia
duduk kat hospital bahagia
sebab awak nak jadi macam keluangman, hero malaya awak kata
awak memang pelik, tapi saya suka
See full size image

huu..cerita ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah koma, ini cerita rekaan semata-mata..^_^

puitis_kata hati

Ini kata yang terlahir dari hati...

Rasa suka terbit bak kelahiran mentari pagi...
kan muncul setiap hari
cinta pula umpama arora yang sungguh memikat hati...
tapi sukar untuk dicari
nak melupa seperti meniti hari yang panjang tak bertepi...
lelah menunggu kelamnya hati
sesukar melupa cinta sejati seperti sakitnya membenci orang yang disanjungi

Namun, andai tautan cinta terlerai sudah
biar benci meneman sepi, biar luput ditelan hari
dari dibelenggu cinta yang tiada beerti

Angka usia

Dulu aku selalu fikir yang usia membawa banyak perbezaan, mengubah segalanya sehingga aku katakan aku nak cepat dewasa, sebab aku nak buat apa yang aku tak mampu buat sekarang, sebab aku nak jadi apa yang tak mampu aku jadi sekarang, sebab aku nak tinggalkan diri yang sekarang dan menjadi aku yang baru.

Tapi sebenarnya usia cuma angka.
Sampai di tahap aku sekarang, aku tersedar usia tak membawa perubahan, usia tak mampu mengubah siapa aku. Aku dapat melihat mereka yang lebih muda daripada aku berfikiran matang dan mampu melakukan banyak benda. Aku jugak dapat lihat mereka yang lebih tua daripada aku berfikir seperti anak kecil...usia cuma angka, dan angka tak mampu merubah perangai dan sikap seseorang.

Mungkin aku sering terlupa tentang resepi hidup ini. Rencah kehidupan bukan dengan melihat hari esok dan menantikan masa depan datang pada aku. Tapi kehidupan hari ini, siapa aku hari ini, itulah yang akan menentukan di mana aku pada masa hadapan.

Jadi berhenti habiskan masa dengan berfikir apa akan jadi esok atau masa hadapan.
Buat yang sebaik mungkin untuk jalani hari ini !




Bayangkan..
Apa yang lahir dari mata pena, disebut menjadi bait kata, terhasil, tumbuh, bercambah, dan berbunga menjadi nyata. Seolah satu ilusi yang menjadi reliti, satu mimpi yang direalisasi.

Al-kisahnya, di suatu malam yang gelita bernama semalam, aku tak dapat melelapkan mata lalu tercarilah movie dan cerita untuk menjadi peneman mata. Lalu, berjumpalah aku dengan cerita yang diberi tajuk, InkHeart. Berkisar tentang orang yang memiliki 'silver tongue', bilamana apa yang dibacanya menjadi nyata. Hebat kan..




Berbalik kepada kehidupan sebenar, rasanya itu idaman semua penulis (kalau betullah) dan pembaca jugak^^, untuk melihat watak yang dicipta betul-betul wujud depan mata. Watak superhero, gadis jelita, putera idaman...hehe. Tiba-tiba putera idaman muncul dengan menaiki kuda putih, eh kejap macam outdated pulak. Hmm..muncul putera idaman (walaupun bukan putera sebenar), seromantik dan sebaik Seth Tan dalam cerita Nora Elena, ahh..lebih dari cukuplah tu kan^^

^^nak bayangkan dunia ni macam kisah dongeng, apa sahaja boleh berlaku, keajaipan mungkin muncul bila-bila sahaja^_^. So, let's explore the world!
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/