Lembaran Baru^^


Dengan ini, bahawasanya, disaksikan serangga dan unggas malam serta nyamuk yang duk tak puas berlegar di telinga dan bermain pusing-pusing di kaki, aku mengambil keputusan untuk memulakan hidup yang baru!

Jadi dengan serta mertanya, aku meletakkan tanda noktah pada penantian yang kosong dan permainan jiwa yang melampau. Titik! 
Tak ada persoalan marah ataupun tension di sini, cuma sedikit penat menjalani jalan yang lurus tapi rasa macam berlekuk, berada di jalan yang rata, tapi rasa macam berbonjol-bonjol. Malah saat cuaca cerah terasa hujan mencurah-curah. 

Jadi, di perenggan yang baru ni harapnya bolehlah melihat dunia ini penuh dengan harapan. Aku nak cuba melihat dunia yang indah ini, hayatinya, belajar lebih banyak benda, nak mencoretkan lembaran baru ni dengan lebih banyak puitis dan ayat positif serta membongkar rahsia-rahsia baru. Jom, terokai dunia bersama^^ 

My feeling

Sekali lagi perasaan ni sesuatu yang pelik dan sukar nak dirungkai..
makin lama hidup, makin rumit perasaan ni.
Kalau dulu, sedih, suka, gembira..kamus penafsiran perasaan ringkas saja.
Sekarang, sedih pun ada banyak variasi, gembira, ada bermacam tahap..boleh ke tafsiran perasaan dimuatkan dalam satu kamus..macam mustahil pulak.


Waktu ini, aku sahkan, yang aku tak tahan lagi bermain dengan perasaan!
Kalau main dengan budak-budak, at least kalau penat bolehla cakap, dahla yea, dah tak larat nak main nanti kita sambung lagi. Kalau perasaan ni, aku cakap dah ke, cukup ke, still jugak dia menerobos jiwa aku, mengelocak dan menggolak kehidupan aku. Tak senang duduk dibuatnya..

Pernah jugak terfikir, nak jadi robot, tak mahu rasa apa-apa. Tapi robot dalam cerita Absolute Boyfriend pun lama-lama ada perasaan. Tengok cerita tu tersedar pulak, untungnya ada hati dan perasaan ni. Banyak benda dalam dunia ni diberikan pada aku, tapi aku tak reti nak manfaatkan dan hargainya sebaiknya. Tak apalah, sekali sekala aku rungsing sebab perasaaan, tapi ada jugak masanya perasaan ni mampu buat aku senyum dan gembira . So, better aku hargai perasaan ni:)

Cintaku keranaMu

Cintaku keranaMu.

Dalam hidup ni aku cenderung untuk menyukai dan menyayangi banyak benda.
 Yelah, dunia ni tercipta cantik dan indah kejadiannya, susah untuk mengelak dari mencintai dunia. Keindahan saat mentari terbit dan terbenam saja sudah memukau, belum lagi megahnya gunung yang terhampar indah, tenangnya saat melihat lukisan awan biru, segarnya mata memandang kehijauan tumbuhan..itu baru lukisan alam, belum lagi panorama di dalamnya.

Antara begitu banyak benda yang aku suka dalam hidup ni, tak semuanya membawa aku ke jalan kebaikan dan menemukan aku pada apa yang aku cari, bahkan banyak yang mungkin membawa aku jauh dari ketenangan hati dan mendekatkan aku pada sesuatu yang aku cuba jauhi. Saat ini aku berteka-teki, mungkinkah aku telah terpikat pada sesuatu yang patut aku jauhi? Sedangkan banyak benda yang aku suka, padahal ia bukan yang terbaik untukku.

Dalam kebuntuan mencari jawapan pada soalan yang tiba-tiba sahaja muncul di sanubari, aku terfikir sesuatu, kenapa aku suka, kenapa aku sayang dan kenapa aku cinta? Jika selama ini aku tahu apa tujuanku di sini, kenapa perasaan ini perlu diragui? Sekarang ini cuma satu yang terdetik, cuba melengkapkan ruangan jawapan pada persoalan tadi;
Cintailah sesuatu kerana Allah, sayangilah sesuatu dan sukailah sesuatu hanya keranaNya. Semoga ini mampu memadamkan semua keraguan yang menjelma.

settle sudah

Keserabutan yang melanda sebelum ini, dah hilang bak awan kelabu yang lenyap ditiup angin lalu entah ke mana. (mm..sesuai ke ek). Tak kisahlah, yang penting nak habaq mai, otak ni dah tak serabut cam dulu lagi. But, something tell me that it will appear again..wa..menakutkan.

Selalu macam tu, time happy aku duk teringat kat benda-benda yang kurang happy, supaya tak ter'over gembira. Macam jugak waktu aku gelak, cuba ingatkan kat diri aku benda-benda yang sedih, supaya tak melampau sangat sampai gelak terguling-guling. Dan sekarang, time masalah ni dah mula belayar pergi dari pelabuhan kat otak ni, aku duk fikir yang suatu hari nanti tak mustahil untuk masalah ni kembali semula ke perlabuhan kan..

Tapi, walau apapun, hari ni dah berlalu, kapal yang singgah sekejap dah berlayar pun, aku duk fikir pasal kapal tu lagi pun tak bagi apa-apa kebaikan kan. Jadi, lebih baik aku tengok ke hadapan, fikir apa yang perlu aku buat seterusnya, tapi kena jaga perlabuhan elok-elok jugak, jangan bagi kapal sebarangan senang-senang masuk dan buat kecoh kat perlabuhan aku ni. mm..seriously, bukan senang nak settlekan problem, don't create another one okay (kalau bolehlah) ^_^

Keserabutan melanda


Haish, kebelakangan ni dilanda keserabutan yang dasyat.
Nak tahu dasyat macam mana? Ni bukan dasyat tahap mandi tak basah, tidur tak lena dah ni.
Ni tahap...macam mana nak terang ya..
Ha, tahap nak terang pun dah tak tahu macam mana. Duduk diam pun serabut, kalau bercerita lagilah serabut.
Bila dah berhadapan dengan benda macam ni baru faham apa maksud jiwa kacau ni.

Dalam jiwa yang kacau ni, tak sedarlah terbuat benda yang tak pernah aku buat, tercakap benda yang pelik-pelik, ter'acting yang terlebih-lebih, nasib baik belum sampai tahap ter'over touching dan menangis teresak-esak lagi. Member aku cakap tadi, untunglah jadi aku, tak menangis pasal balak, menangis pun depan laptop sebab tengok movie je. Untung ke?hehe

Tapi betullah kan, hati dan perasaan ni memang sesuatu yang perlu dilindungi. Memanglah kadang-kadang teringin nak buat apa yang orang lain buat, teringin nak ikut hati..tapi sekali dah biarkan hati ni merayau sendiri, sekali dah kurang berwaspada terhadap pergerakan hati dan perasaan ni, susah nak pastikannya berada dalam kawalan balik. Untunglah orang yang masih mampu menjaga hatinya dengan baik tu 'kan.

Owh, kisah keserabutan yang dasyat ni dah nak berakhir dah kowt. Ada masanya aku perlu ubah sikit diri aku (yang suka sangat berfikir ni), lupakan apa yang mampu aku lupakan, tak payah fikir benda yang rumit dalam-dalam sangat. Hee.. mungkin boleh apply masa aku belajar add math dulu, dapat soalan yang aku tak faham, memanglah aku macam fokus je tengok soalan tu. tapi otak ni tak fikir apa dah, dia berehat sendiri sebab tak mahu pemikiran jadi complicated.

So, bila berhadapan dengan benda yang menyerabutkan otak ni, anggap je macam soalan add math ya. ^_^

perjuangan ini...belum selesai!

Bagaimana aku nak terus berjuang kalau aku terlupa apa tujuan aku bertarung?
Dalam terangpun ada bebayang gelap, di kala mentari memancar terik juga ada sudut gelita,
jadi tak mustahil dalam terang yang bersuluh, dalam hidup yang berpetunjuk, sesekali aku terjatuh,
sesekali aku terlena, sesekali aku terhanyut dalam bayangan kelam.


Maaf andai aku tak bisa melihat cahaya yang memancar,
sungguh aku mencuba memandang dan mencari cahaya kebenaran.
Tapi kekadang mataku kabur, terpejam walau aku cuba sedaya upaya memandang.
Aku tak pernah jadikan ini alasan untuk berhenti, mungkin pernah aku katakan alangkah baik jika semuanya cukup sampai di sini, kerna kadang aku diselaputi lelah, aku digenangi resah, pasrah yang tak berpenyudah, menahan aku untuk bangkit di kala rebah.


Tapi tika ini, dalam kelam, dalam samar, aku terpanah kerlipan cahaya yang tak kutahu terbit dari mana.
Hati ini terdetik, jiwa ini bergetar, naluri ini bersuara, "perjuangan ini masih belum selesai!" Aku tersedar dari lena, dan aku tak mahu bermimpi lebih lama. Jagakan aku, biarku berdepan realiti ngeri, biar aku rasa kepahitan ini, ku perlu tempuh segala onak dan duri jika aku mahu melindungi segala yang aku sayangi.


Hidup ini mungkin payah, aku mungkin pernah terhenti kerna lelah, tapi ini bukan penyudah. Selagi diberi peluang, sekalipun cahaya yang menerangi ini hilang sekali lagi, meninggalkan aku dalam sepi. Aku tak akan berhenti kerna ini perjuanganku, biar selemah mana aku sebagai manusia, biar betapa banyak kekurangan yang ada, perjuangan ini tak akan terhenti selagi belum datang panggilan dari Ilahi untuk aku meninggalkan dunia yang fana ini.

Mungkin...

Sekali lagi aku berada di sini,
di posisi terendah, di titik terbawah,
keinginan untuk mengalah merajai lagi,
aku sekali lagi rebah dalam gundah...

Entah kenapa aku biarkan,
mengizinkan diri ini untuk disakiti,
membiarkan fikiran ini meracau tanpa haluan,
senang benar membiarkan hati ini melilau tanpa pantauan..

Apa yang selama ini aku cari, apa yang aku ingini, sekelip mata menyepi
aku berhenti berharap, aku berhenti menaruh mimpi
diri ini tak mampu lagi untuk terus membohongi
yang semuanya kan jadi realiti..

Sampai bilakah aku akan terus dilitupi bayangan kegelapan ini?
Mungkinkan datang cahaya menerangi diri ini,
mungkinkan menjelma harapan sekali lagi..
mungkin...
mungkin aku kan mampu bermimpi kembali
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/