Hidup ini

Rollercoaster Rush

Hidup ini umpama mimpi,
sesuatu yang tak pernah dibayang mungkin sahaja terjadi,

Hidup ini seperti cuaca
panas, redup, betukar tanpa dipinta

Hidup ini tak ubah seperti roller coaster
naik turun, terasa debarnya

Hidup umpama memandu sebuah kereta
kita pemandu yang menentukan arah tuju
kita pemandu yang menentukan had laju

Hidup ini punya banyak dimensi dan persepsi
Tak kisahlah seumpama apa hidup ini
satu perkara yang harus disedari;
hargai hidup ini !

Lefhanded! Sukar ke?

Pernah ke korang persoalkan benda ni? 13 peratus daripada manusia di dunia ni kidal..mm.. mungkin kerana peratusan yang kecil tu kebanyakan barang dan mesin yang dicipta mengutamakan pengguna tangan kanan. Antaranya;



Aku pun sebenarnya tergolong dalam golongan 13% manusia yang unik ni, hee.. nak kata ada masalah disisihkan oleh teknologi atau persekitaran mahupun keadaan tu taklah sangat. Tapi pernahlah jugak hadapi masalah kecil macam nak guna alat pemotong kulit buah, pembuka susu, malah nak tulis dekat papan putih tu pun agak sukar sebab aku biasanya sengetkan buku ke arah kanan.

Ramai orang cakap orang yang kidal ni lebih berjiwa seni, akupun tak pasti betul ke tak, tapi ramai je orang yang bertangan kanan kat luar sana jadi penulis dan pelukis kan.. Bagi aku tangan ke, ketinggian ke, kecomelan ke, semuanya tak membawa banyak perbezaan. Kita yang menentukan siapa diri kita kan, jadi tak kiralah apa yang kita ada, apa yang kita tak ada, ataupun perbezaan kita, jangan pernah jadikan itu alasan untuk masuk ke zon kehidupan yang salah.

Kenapa_ya_sistema

Bila aku sorang kena, aku melatah, kalut tak tentu pasal.....
Bila orang lain kena sekali, aku relaks, tengok diorang merungut sambil aku berfikir cari jalan.
Kenapa ya sistem aku berfungsi macam tu?



Mulakan dengan__

Waktu rehat dahpun tamat, bila nak menyambung kembali pengembaraan kehidupan ni macam-macamlah mula dirasa dan beraneka perisalah bermain kat pemikiran yang lurus ni..huuu


Yeap, kena semangat! Hee..tapi macam-macamlah pula dugaan yang mendatang, cuba nak menghalang perjalanan aku la tu, ingat aku cuak? (agak cuak gak sebenarnya) Tapi bilamana jalan dah dibina, siap bertar lagi, walaupun tak lurus sebaliknya berliku dan banyak corner, akan aku lalui juga, kalau kaki ni dah tak larat berjalan nanti aku cari scooter sebuah^_^


Bagi yang akan memulakan perjalanan & pengembaraan baru, ataupun yang nak meneruskan kembali perjuangan yang lama (macam aku ni), aku ucapkan selamat berjaya untuk korang semua. Apa-apapun kita mulakan dengan   بسم الله 


jom mulakan perjuangan..vrom2








Ubat Boring

Boring??
Korang pernah tak berada dalam keadaan boring? Bagaimana boring atau dalam bahasa Malaysianya bosan ni terjadi? Mehla aku cerita sikit apa yang aku tengah hadapi ni; tak tahu nak buat apa, tak ada idea, walau sekuat manapun aku usaha nak perah otak ni, tak keluar-keluar jugak idea. 

Biasanya aku ubati boring ni dengan;
1. main game atau apapun yg sewaktu dengannya
2. tengok tv atau online
paling senang dan tak memenatkan sekali;
3.tidur
tapi bagi kes boring yang tak mampu diselesaikan dengan 3 cara ni, aku ada satu lagi cara;
4.makan

mm...sebenarnya ada banyak lagi cara lain yang lebih efektif, tapi aku tak naklah cerita semuanya sekali gus, nanti korang pulak yang boring kan. 
so, jumpa lagi di next entry^_^

Result oh result

Perasaan ini berdebar, bukan baru, tapi sudah hampir sebulan lamanya jantung ini deras degupannya. Inginku perlahankan, tapi tidak terdaya. Lalu hari ini aku bertekad untuk menghentikan semuanya. Lalu aku memberanikan diri menekan kekunci komputer di hadapanku, menaip alamat laman sesawang yang sebenarnya tidak inginku lawati, namun ku gagahi juga. Akhirnya ini masa yang ditunggu-tunggu, aku menekan tetikus pada tulisan biru yang tertulis ‘examination result’. Degup jantungku makin deras menanti apa yang akan terpapar di kaca monitor.
               Error in loading”
“Eh, kenapa pula ni?” hatiku membentak keras.
“Wei, result keluar esoklah! Relaks lah bro,” kawanku bersuara walaupun aku belum lagi membuka mulut untuk bertanya.
“Eh, ye ke?” aku berfikir dalam hati.
“Betullah!” dia bersuara lagi, kali ni betul aku tak tanyapun dekat dia.
“Esok jangan buka Student Portal, lambat bro. Kau check kat e-mail jelah. Apa-apa esok kau chill je taw, ingat aku ni sentiasa ada untuk bagi semangat kat kau."
"Thanks," balas aku. Tak lama lepas dia keluar aku terpikir, kenapa pulak dia cakap macam tu? hmm..
- Cerita ini rekaan semata-mata, maknanya tak ada kena mengena dengan sesiapa-

Ehm..sekarang aku nak tanya pulak, apa perasaan korang sekarang ni? Bedebar? Takut? Kalau tak rasa apa-apa tu mungkin korang dah tertinggal deria rasa korang tu kat mana-mana.

Adakah otak korang sedang berputaran memikirkan apa yang akan terjadi esok?


Tapi, walau apapun rasanya lebih baik kalau tanda ? ni terjawab kan, jadi kita semua boleh mulakan langkah baru.
Esok akan timbullah riak dari wajah-wajah korang yang pelbagai rupa. 
gembira
sedih
marah / tak puas hati
Ahaks..
Walau apapun aku doakan yang terbaik untuk korang semua, dan jugak diri aku..hee..cuak pulak tetiba.
Okeylah, good luck you guys.

Jom Jerit

ARGHHHHH !!!!!
Hari ni aku nak menjerit sekuat hati !

Ingat tak aku pernah cakap, bila aku marah atau tension aku rasa macam nak menjerit. Itu terapi tension aku agaknya, memang tak bagus kan, aku pun tahu tu.
Tapi, aku nak jerit jugak !!

Tengok, kan dah jadi super saiya... arghh...jom jerit lagi, mana tahu boleh jadi super super super saiya.

Apa dia? Cerita? hmm, kali ni tak ada ceritalah, sekadar sesi menjerit.
Oh, dan satu lagi, kalau ada insan lain yang perlukan terapi macam aku jugak, aku nasihatkan carilah tempat, cara dan teknik yang betul untuk melakukan terapi sebegini.
Hmm..antara cara yang tak berapa nak betul, ni dia;
 






tak berapa nak cantik kan..
hmm.. kesimpulannya kat sini, nak tension, geram ataupun naik marah pun kena ada cara dan teknik yang betul jugak. Jom, kita sama-sama ambil cermin dan berlatih teknik menjerit sekarang . Jom !

.....

Mengungkap sesuatu yang tak tersungkap
Mencari sesuatu yang tak pernah hilang
Melihat sesuatu yang tersembunyi
Memandang sesuatu yang jauh beribu batu
Menjawab sesuatu yang tak ketahuan persoalannya
Adakah semua itu perkara yang sia-sia?


Kadang-kadang apa yang aku buat dalam hidup ni terasa sia-sia, tak bermakna, mungkin kerana aku tak mampu melihat hasilnya.Tapi bagaimana aku nak pastikan setiap perlakuan, setiap pemikiran, segalanya beerti? Sedangkan hari esok tak menjanjikan apa-apa, setiap kebaikan tak tentu dibalas setimpal dengannya,dalam hidup ini tiada apa yang pasti ‘kan.

Kemana kepastian akan bawa aku? Setiap yang hidup akan mati, itu pasti. Setiap yang aku perbuat akan dihitung, itu juga pasti. Setiap yang aku miliki sekarang ini, aku akan rasai kehilangannya, itu juga pasti. Duniaku ini bukan selamanya, itu juga pasti. Begitu banyak yang pasti kan, apa lagi yang aku cari?

Segala yang pasti sudah tertulis, mungkin aku cuma belum tahu bila akan terjadi. Tapi apa yang aku tak pasti, selama ianya tidak pasti, selagi itu hidup ini penuh dengan harapan.

Carilah apa yang aku mahu, meski aku tak tahu bilakan ketemu, selagi terdaya, teruskan mencari. Biarkan ketidakpastian ini membawaku terus kehadapan, mencapai apa yang aku tak pasti, menemui apa yang tersembunyi, menjadi sesuatu yang terjangka.

Aku tak pasti esok akan bawa aku ke mana? Kenapa bertanya, jom lihat sendiri, cipta kepastianku sendiri, kerana ini kisah aku, aku yang seharusnya mencorakkan kepastiannya. ^_^
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/