2011 aku datang!

Bila nak menjengah ke tahun baru ni, macam-macam benda bermain di fikiran aku. Satu yang positifnya harapan baru mula bercambah dan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Rasanya macam segalanya mampu aku lakukan, semuanya mampu aku capai dan aku mampu hadapi segala rintangan yang mendatang ! Tapi dalam semangat-semangat tu, ada juga rasa gentarnya, maklumlah tahun baru mesti banyak dugaan yang baru dan lebih mencabar. Jadi kenalah sentiasa berwaspada, kekalkan semangat yang dah tersemat ni.

Macam dah jadi kebiasaan pulak, setiap kali nak masuk tahun baru, semua orang buat azam baru, mulalah segala keinginan yang selama ini terpendam dalam diri tu dikeluarkan, ditulis kat diari, ditampal kat dinding, dan yang terlebih bersemangat tu sedaya upaya cuba nak bagitahu semua orang, "wei tahun ni aku nak.." Huhu...apapun gelagat orang bila nak menjejakkan kaki ke lembaran yang baru ini, yang sedih nak menjadi semakin tua (ops dewasa), yang gembira dapat mulakan hidup baru yang lebih bermakna, yang tak tidur dua tiga hari sebab tak nak mensiakan tahun 2010 yang tersisa, yang dah pakat dengan member nak pergi sambuat tahun baru sama-sama, apa sekalipun perasaan dan gelagat korang, tak kisahlah asalkan semua yang korang buat tu tak membahayakan sesiapa.

Satu lagi perihal nak dikisahkan, dalam korang seronok-seronok harapkan itu dan ini berlaku dalam lebaran baru korang nanti, jangan senang-senang pulak nak tutup buku lama dan buang macam tu saja. Bagi yang ada tulis diari tu, selak-selaklah muka surat lama, kisah hidup korang, apa yang dah terjadi kat korang dulu, apa yang korang dah terbuat, takpun sengaja buat untuk suka-suka. Jadikanlah yang lalu tu sebagai pengajaran untuk korang, kalau-kalaulah dalam diari tu penuh dengan keluhan, baris-baris ayat syahdu, takpun penuh dengan rasa tak puas hati korang kat si pulan itu dan ini, cubalah usahakan supaya diari tahun 2011 nanti kurangkan semua tu. Ha, buat yang tak ada diari tu, jangan buat-buat lupa pulak apa korang dah buat tahun 2010 ni, sebelum bukak memori baru, rewind balik memori-memori lama yang aku pasti masih ada lagi ter'save dalam otak korang tu, ala imbas-imbas aja, supaya nanti tak terbuat kesilapan yang sama.

Wokeylah, sebenarnya aku pun belum terfikir apa yang aku nak cuba capai untuk tahun 2011 ni, rasa macam banyak benda yang aku nak buat, macam banyak sangat la pulak yang aku nak, tapi rasanya lebih baik aku check apa yang dah aku ada dan make sure tahun 2011 nanti aku tak sia-siakan apa-apa dan manfaatkan semua tu sebaiknya. Lagipun kalau asyik-asyik nakkan yang baru, penuhkan keinginan ni, sampai bilalah baru aku nak rasa bersyukur, 'kan keinginan tu tak terbatas,  "unlimited want and needs," bak kata lec eco ku(huuu)
Dah lama korang tunggu 'kan, kesian pula kena dengar ceramah tahun baru ni (haha). So, "setelah melihat kelender yang tergantung kat depan aku ni, aku dengan sukacitanya mengumumkan esok Tahun Baru 2011 !" Yay...Sebab aku baik, aku bagi korang cuti esok, ingat PM je ke boleh bagi cuti umum sebab harimau Malaysia menang..hahaha. 

Oh, ya sebelum terlupa, disamping tu aku nak ucapkan dan doakan jugaklah selamat buat korang yang berkenaan, selamat kembali ke sekolah, selamat kembali belajar, selamat buat homework, asignment, dan tugasan-tugasan lain..

:)Cuba untuk tidak mengharapkan kebahagian dunia semata-mata....



Back To School

Baru-baru ini hendak dijadikan cerita, macam-macam dah terjadi. Kalaulah aku ni penulis handalan, mungkin dah dapat buat satu novel 500 muka surat yang bertajuk 'Cuti Semester ku' fuh, cuma tak tahulah ada orang nak beli n baca ke tak..huhu

Al-kisahnya, di permulaan cuti, hajatku besar, banyak betul perancangan dalam kepala otakku yang kadang-kadang tak berapa betul ni (kadang2 jea taw). Bukan main lagi, siap buat senarai dan bagi kata-kata perangsang, last last..mmm...itulah aku, hangat-hangat..tut....  Tapi aku kat sini bukanlah nak mengutuk diri aku ataupun sesiapa yang terlibat, walaubagaimanapun semuanya dah terjadi, ayam goreng dahpun jadi ayam sambal, nak buat macam mana, makan ajalah erk..alhamdulillah. Apa-apapun, dalam hari-hari yang agak memboringkan aku, masa berjalan, takdir aku pun berjalan seperti yang ditrentukan. Jadi biasalah, ada cubaan, rintangan, problem method yang merungsingkan, ada jugalah hari-hari yang bersinar terang bak cahaya arora......so let's playback to where it started




   Cuti aku sebenarnya bermula di tempat kelahiran dady aku, segala macam barang yang aku angkut sampai mendap kereta dady ku diangkut turun di sana, nak tahu my dady lahir kat mana? Kejap ye, aku check..mmm..ok...menurut surat beranak dady aku yang dah kekuningan dimakan zaman ini(surat beranak taw, bukan my dady, dia maintain macho lagi), dady ku dilahirkan di Bota Kiri Perak. Di sana aku duduk lepak, perasaan begitu teruja dan gembira sebab tak sabar nak menikmat cuti musim panas ini,wohoo ceria, dan yang paling happy nak balik rumah. Rindunya dengan rumah, pasti rumah juga merinduiku(muahh), antara yang paling aku rindu sangat-sangat dekat rumah tu, katil dengan tv, memang dua benda tu tak boleh dipisahkan dari aku bila berada di rumah.  Ha...seronoknya bila kenang balik perasaan aku masa mula-mula stat bercuti. 
  Kembali semula ke masa sekarang, saat ini, apa yang aku rasa? Huish, tak mampu nak diutarakan dengan kata-kata. Kalau nak beri perumpamaan, mmmm...ha..sama macam perasaan Gunsou, dalam cite keroro tu time dia kena tamatkan misi menakhluk bumi dan terpaksaa balik ke Pokapon. Faham 'kan?angguk2(buat-buat faham)
  Akan tetapi, biarpun hati ini merasa berbelah bahagi, perjuangan tetap harus diteruskan ! Cuti musim panas dah berakhir, jom kembali ke Australia(konon).  Bila difikirkan balik, mmm.. macam banyak aja benda yang akan berlaku, nampaknya hidup ni akan kembali berirama rancak, bukan lagi muzik balada macam sekarang, tapi akan bertukar ke muzik rock, yeah2. Kembara 2011 akan bermula woo cuak tuuuu, pengembaraan dan perjuangan akan diteruskan. 


Lets fight and create our future together ^_^


:)berfikir secara positif, jadi optimistik, wah..segalanya nampak bersinar.


make ur own choice :





                                                          or


 

Biarkan ku Bermimpi

Tersedar dari lena dan harapan mula tiada,
barulah aku tahu yang dunia ini tak seindah apa yang aku percaya.

Dahulu,
ku tahu aku bukan sehebat mana,
banyak yang tak mampu aku cipta,
hampir segalanya tak mampu aku teroka..

Tapi,
aku percaya adanya cinta,
dan aku yakin kasih sayang mampu merubah segalanya,
kesabaran dan keperihatinan adalah keajaipan yang mengindahkan dunia.

Namun kini,
setelah tersedar dari lena,
terasa keliru dengan apa yang aku percaya,
adakah kasih sayang mampu merubah apa-apa?
mampukah kesabaran mencipta keajaiban di dunia?

Kedewasaan ini mengajarku tentang realiti,
apa yang kulalui sentiasa membuatkan aku lebih berhati-hati,
dan apa yang aku hajati,
apa yang aku impi,
hampir semuanya sekadar fantasi....


Lalu aku berlari,
tidak mahu menerima kedewasaan ini,
biarlah aku menjadi si kecil yang berani,
anak kecil yang tak henti mempercayai mimpi,
dan sentiasa yakin masa depan penuh warna warni.

Walau apa yang terjadi kini,
walau dunia memaksaku memandang ke arah realiti,
aku tak peduli !
Biarkan aku dalam fantasi,
biar aku terus bermimpi,
biar harapan ini terus menjadi nadi,
untuk aku terus berdiri
dan terus berlari
ke destinasi yang aku ingini.

C I N T A 2

Cinta...
Apa yang mereka faham? Apa yang aku faham?
Semudah itukah sang arjuna mengucapkan kata cinta?
sesenang itukah hati mereka dibolak balikkan rasa??

Ingin aku berkata, 
jangan katakan jika bukan dari hatimu
usah luahkan jika tidak bergetar dalam jiwamu
Cinta itu suci
luahkannya hanya bila kau mampu merasakan kesuciannya

Jawapan mu itu..
ya aku cinta
aku akan setia
selamanya
tiada yang lain
tiada yang utama
selainmu

Itu yang kau kata
dan haruskah aku mempercayainya?

Wahai sang arjuna
kau tahu isi hatimu
kau mampu membaca keikhlasanmu
usah yakinkan aku dengan cintamu itu
jika kau sendiri belum yakin dengan apa yang kau rasa

I M P I A N .

Apa itu impian?

Adakah ianya sebuah keinginan yang akan membawa kita ke hadapan, mencapai apa yang kita inginkan, mengabulkan apa yang kita harapkan, mewujudkan realiti dari sebuah mimpi? Itukah impian??


Siapa yang tak punya impian dalam hidup ini? Walau dalam diam, walau tidak menyatakannya, kita punya sesuatu yang kita harapkan 'kan jadi kenyataan. Dunia dicipta tidak sempurna, tiada apa yang lengkap dan tidak punya cela, kerna itu timbul keinginan, wujud harapan, lahirlah sebuah impian. Mungkin ada yang menyatakan, ada yang memaparkan, supaya semua orang tahu apa yang dia mahu, dan supaya dia jelas apa yang ingin dicapainya, dan ada juga yang mendiamkan, berharap dalam diam, bermimpi sendirian, tapi itu tak merubah apa yang dinamakan sebuah IMPIAN.


Sering kita  mengimpikan sesuatu untuk melengkapkan kita, memuaskan rasa, menenangkan jiwa, menggembirakan kita.. Tapi adakah kita pasti apa yang kita impikan itu baik untuk kita? Mengimpikan sebuah kesempurnaan, akankah kesempurnaan itu menggembirakan kita? Mengimpikan kekayaan, bolehkan kekayaan itu membeli ketenangan untuk kita?


Kita suka melihat ke masa depan, di mana semua yang kita tiada akan kita dapat. Di mana semua yang sedih kan bertukar gembira. Dalam tidak sedar, kita menyiakan hari ini, demi mencapai impian masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti masihkan kita ada pada waktu itu untuk menikmatinya.


Impian itu sebuah keinginan yang datang dalam diri kita, yang kita harapkan akan jadi nyata, yang kita ramalkan akan mengubah hidup kita. Tapi impian itu kosong tanpa usaha, impian itu tidak beerti tanpa pengorbanan, dan impian itu kan merugikan jika kita hanya melihat ke hadapan. Impian yang dikejar di depan sana, ketahuilah, belum tentu kita mampu sampai ke arahnya. Impian mendorong langkah kita untuk terus maju ke depan, tapi usah alpa, usah leka, usah melihat masa depan sebagai segalanya, kerana kita mungkin akan terlupa tujuan sebenar kita hidup dan bernyawa, kita mungkin akan mensiakan segala yang kita ada, pandangan kita mungkin akan tajam melihat segala yang akan muncul di hadapan sana, sehingga kita kabur dengan apa yang ada di sisi kita.


Impian tak datang untuk kita melupakan apa yang ada hari ini. Impian tidak muncul supaya kita dapat meninggalkan masa sekarang. Impian tidak tercipta agar kita mengharapkan kebahagiaan sepenuhnya menanti di hadapan. Impian datang untuk kita menghargai hari ini. Impian datang supaya kita tidak mensiakan apa yang kita miliki. Impian tercipta agar kita teguh berjuang, walau sukar, walau perit, kita tak perlu mengalah kerana kita masih punya impian untuk direalisasikan.


Murninya sebuah impian terletak pada hati, sucinya ia bergantung kepada naluri..Akankah tercapai segala impian, itu bergantung kepada diri, sanggupkah kita terus berjuang, atau semudah manakah langkah kan terhenti..

Banjir ! 3

Alhamdulillah, keadaan dah semakin pulih. ^_^
Bangun pagi tadi, siap-siap bawa air pergi toilet, tengok-tengok dah ada air, 
"eh, betul ke ni?!" Suara aku yg kuat kedengaran buat dua membe yg tengah basuh baju tu 
senyum dekat aku...Alhamdulillah, termakbul doa adik sedara aku kat KL tu, aku suruh dia doakan
agar air ada balik semalam, top top pagi ni air dah ada, kuasa Tuhan. ^_^
  
Apa lagi aku pown secepatnya memanfaatkan air yg ada. Mandi, basuh baju dan sebagainya di settle 'kan secepat yang mungkin. Sebelum aku mandi tu, sempat lagi call Daddy, "ayah, air dah ada!" dengan nada yang begitu girang aku bagitahu kat family aku, macam baru berjumpa balik dengan orang yang aku sayang gamaknya, perasaan gembira ni, wa, aku sendiri tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.

Saat berhadapan dengan banjir, dan terperangkap dekat sini, macam-macam yang aku rasa, ada takut, sedih, exited, gembira(ada ke?), huhu, dan macam-macam lagilah yang aku rasa, ada masam ada manis. Secara totalnya, aku mengalami 4 fasa sewaktu menghadapi banjir! ini.
  • Fasa pertama, saat pertama tengok air naik depan mata aku, tengok orang kelam kabut, rasai air tak ada, apa yang aku rasa? Takut dan rasa macam nak nangis..mama...
  • Fasa kedua, time tu aku tak ada pilihan selain cuba menempuh dugaan ni. Aku pun meredah malam, mencari air dengan member, kejar trektar yg datang bawak air tu, berjuang mencari sesuap makanan (konon), dan macam-macam lagilah aku buat untuk survive. Masa ni rasa seronok pun ada, pengalaman pertama aku berhadapan dengan keadaan macam ni, rasa macam berharga dan bermakna sangat.
  • Fasa ketiga, masa ni badan dah rasa semacam, kalut mencari air minuman, air yang dihantar oleh trektar pun dah makin sikit, makin ramai yang tak dapat air, aku pun semakin tak berdaya nak rebut-rebut ambil air kat bawah tu. Aku rasa dah tak tahan! Seolah nak give up dan balik rumah..macam tulah. Sebab member pun dah ramai yang pergi rumah sedara, tumpang rumah kawan, kat bilik tinggal aku sorang... Tapi nasib baiklah ada lagi member yang sama-sama terus berjuang mencari air bersama aku. Jadi aku pun terus bertahan.
  • Fasa keempat,  apa yang aku rasa? Tak payah tanyalah, happy giler. Dekat semua orang aku nak bagitahu, Air dah ada!!! Rasa bersyukur sangat, tengok air tu macam nak cium je..huhu.. Tapi dalam masa yang sama rasa takut juga, risau kalau air tiba-tiba tak ada balik..
Melihat balik hari-hari yang aku lalui sewaktu banjir, 4 hari terasa macam 4 bulan gamaknya. Perasaan naik dan turun, masa nilah aku mula menghargai benda yang sebelum ni aku pandang sebelah mata. Betul, ada yang balik dan tak perlu berhadapan dengan pengalaman yang bagi diorang menyusahkan ni. Tapi aku bersyukur sebab aku ada dekat sini dan dapat merasai semua ni. Kegembiraan dan kesenangan membuat kita lupa tentang banyak benda yang penting, bila berhadapan dengan kesedihan dan kesusahan barulah tersedar dari mimpi dan mula melihat sekeliling. Akhir kata, aku berharap keadaan di Perlis ni akan kembali pulih seperti sediakala dan aku nak melihat mentari bersinar lagi diiringi senyuman gembira semua ^_^


Banjir ! 2

Do and Don't di waktu BANJIR !

      Do (untuk mereka yg sabar)
  1. Bila banjir, jalan dah dinaiki air, sana sini penuh air, jangan keluar dari kediaman korang yang selamat. Duduk diam-diam sampai bantuan sampai.
  2. Dengar bekalan air dah nak tak ada tu, cepat-cepat isi air, ambik baldi dan segala macam lagi benda yang boleh dijadikan tempat simpanan air; gayung, botol, dan apa-apa lagilah asalkan boleh menakung air.
  3. Alamak air dah tak ada! Tak apa, mandi tu boleh tangguh dulu yang penting simpan air untuk minum. Paling lama tak ada air pun dua minggu je, lepas tu mandi la puas-puas. Alert dengan persekitaran, mana tahu ada orang terjumpa sumber air baru, boleh tumpang sekaki.
  4. Kalau dah terdesak tak ada air, orang akan bukak paip bomba untuk dapatkan air. Jangan! Berfikirlah sebelum bertindak, macam mana kalau tiba-tiba berlaku kebakaran, tak pasal-pasal korang hangus dalam bangunan tu sebab air simpanan dah tak ada. Nak suruh bomba amik air banjir kat simpang depan tu, ha, korang tunggulah kalau korang still hidup lagi.
  5. Waktu berhadapan dengan keadaan banjir, walaupun tempat korang tak dinaiki air, tapi jadi mangsa terperangkap sebab jalan semua dah tutup. Masa ni kenalah saling bantu-membantu dan bekerjasama. Kalau kawan korang perlukan air sangat-sangat dan korang ada air lebih, bagilah sikit, nanti waktu korang susah diorang pulak tolong.

      Don't (untuk mereka yg rasa diri bijak)
  1. Banjir-banjir pun perut kena isi juga, redahlah je banjir janji dapat cari makanan. Tumpanglah trektar, tak pun amiklah mana-mana kayu buat sampan, kalau dah terdesak sangat, berenang je, tapi pakailah swimming suit yang siap google maklumlah air banjir tu tak bersih, jangan sampai terminum pulak!
  2. Relex dulu, takkan nak rebut-rebut ambik air dengan dorang. Buat-buatlah buzy, time membe tak nampak, ambik lah air dorang, amikle sikit-sikit, kan ada banyak baldi kat lua tu, penuhkan baldi korang. Lepastu kalau nak ke tolet tak ada air dah tu, cuba tengok dekat bawah-bawah sinki, kalau nasib baik adalah bekas yg penuh air kat bawah tu, sapa punya? tanyalah baldi tu, kalau dia tak jawab, amik jelah...
  3. Air tak ada pun kena mandi juga, kena gosok gigi 2 kali sehari. So pandai-pandailah cari air, kalau rasa tak nak membazir air tu, carilah mana-mana tasik untuk lompat kat dalam tu. Paling jimat, lompatlah kat dalam tangki yang masih ada air tu, berendam puas-puas, lepas tu keluarlah, at least orang tak membazir air sebab orang lain masih boleh guna lagi air tu 'kan.
  4. Nampak pili bomba kat setiap tingkat tu, jadilah orang pertama yang bukak. Bolehlah korang jadi penemu sumber air, mesti ramai orang kagum dan berkejar-kejaran datang kat korang, untuk amik airlah.
  5. Kawan korang datang dan minta tolong sangat-sangat sebab diorang perlukan air. Bagilah, tapi satu cawan kecik tu RM1, kalau diorang cakap murah, naikkan lagi harga. Semua orang faham kan time tu air sangat berharga, jadi bayarlah. Kalau korang tak sampai hati nak kenakan bayaran, tapi tak sampai hati jugak nak bagi air korang, cari bekas air korang yang korang takut nak guna, sebab ada kotoran ke atau karat, bagilah kat member, at least tak membazir. Elakkan pembaziran di waktu banjir!

-setakat ni itu jelah tips yang boleh aku bagi, yelah banjir pun belum settle lagi, dah ada pengalaman baru nanti aku tak kedekut punya kongsi lagi. Selamat menghadapi banjir. Jangan muram-muram ok, senyum-senyum selalu, kan senyuman itu sedekah ^_^-

Banjir !

Banjirr..
Tergempar!!
Duduk dalam u, sedap-sedap relex, siap boleh tengok movie lagi.
Tak pe, kena tenangkan diri walaupun suasana exam menegangkan..huhu.
Nak dijadikan cerita, habis sahaja menjawab paper qmt, berpakatlah untuk
keluar pergi ke KFC dekat C-mart tu untuk makan. Niat di hati nak keluar makan je, lepas tu balik study untuk next paper yg gap cuma dua hari jew.

Alamak!!
Mengejutkan bila sampai depan simpang dekat dengan traffic light depan u tu air dah naik had lutut. Wow...
Takpe-takpe, kawal diri. Biasalah air bertakung ni. Perjalanan pun diteruskan juga sehingga ke KFC, dah lepas makan tu terkejut lagi, jalan dah ditutup! Arghh, camne nak balik!! Nasib baiklah teksi still boleh datang dan hantar balik u.

Bukan apa, nak cerita, duduk dalam u tak tahu apa-apa..huhu..
Sampai kat kolej, ceritalah kat membe-member, kat luar banjir! Boleh pulak tak percaya..heee.. Malam tu pergi tengok berita (baru nak tengok isu semasa), barulah tahu banyak tempat air dah naik! Keesokan harinya, berita dah tersebar, banjir!banjir! Tapi pagi tu semua buat donno lagi, yelah dalam u air tak naik. Dekat nak tengah hari, nak dijadikan cerita lagi,huhu, bekalan air putus, semua jadi kelam kabutlah. Baru nak kecoh-kecoh pasal air dah tak ada, satu lagi kes timbul, makanan dah habis!!

Jadilah hari ini hari yang penuh bersejarah buat aku. Menyaksikan dan mengalami sendiri bagaimana berhadapan dengan banjir. Pengalaman kut, bila lagi nak dapat lalui benda-benda macam ni. kan..kan....

Misteri Kehidupan

Kehidupan ini penuh dengan kisah MISTERI.. Huhu..bukan cerita hantu, bukan kisah psikik..:) Tapi apa yang dilalui setiap hari, semenjak kita bukakan mata, sampailah kita tutup mata balik, penuh dengan kisah misteri, yang tak mampu dirungkai. Boleh ke kita jawab setiap soalan yang pernah bermain di minda ni? Boleh ke setiap tanda soal itu kita terjemahkan? Cuba hitung dan difikir balik, mungkin dah beribu tanda soal yang dah penah kita cipta.. Ingat apa tanda soal (?) pertama kita?? huhu..cubalah ingatkan balik.. dah jauh kita melangkah kan, mungkin sekarang ni kita dah mampu nak jawab semua pertanyaan yang pernah timbul dulu.. ^_^

Misteri dan keajaipan dunia masih berlegar di sekitar kita,
sama ada kita sedar ataupun tidak, itu perbedaannya. Bagi menikmati keajaipan yang terdapat di sekeliling kita, perlahankan irama hidup ini. Hidup yang dijalani dengan perlahan memberikan kita waktu, untuk berhenti, berfikir, merenung, dan memutuskan sesutu dengan sedar. Kesedaran inilah yang menjadi pintu.. pintu untuk melihat keajaipan dan menyelesaikan misteri kehidupan. Sewaktu kita kecil dahulu, melihat dunia apa yang kita rasakan? Rasanya kita tak mampu lagi nak lihat dunia pada masa tu, yang kita nampak ialah apa yang ada di depan kita.. pokok, bunga, awan, matahari dan rama-rama. Kita perhatikan semua itu.. dan cuba menyentuh mana yang tergapai dek tangan kecil kita. Kita merasa kagum, terpesona dengan kejaipan ciptaan Tuhan.

Bagaimana pula diri kita sekarang ini?
Melihat sang mentari, adakah masih merasa kagum dengan kehangatannya? Memandang bulan di langit, masihkah terpesona dengan kecantikannya? Terlihat si ulat bulu bertukar menjadi rerama, adakah lagi perasaan takjub bersinar di hati kita? Merasai keajaipan, dan misteri di dunia ini dapat memelihara hati dan keyakinan kita, kerna sesungguhnya kita tahu semua yang dipandang ajaib itu milik Tuhan. Saat terlihat mentari yang bersinar, jangan hanya merungut kerana bahangnya, Terpandang ulat kecil yang mengesot di jalanan, jangan pula memijaknya tanpa sebarang rasa. Carilah diri kita yang dulu, yang merasa kagum dengan hanya melihat sang burung terbang, yang merasa girang, saat angin menyapa mesra.

C I N T A


Apa itu cinta?
Adakah cinta itu penentu bahagia?
adakah cinta itu segala-galanya?

Cinta mampu menghidupkan.. cinta juga mampu membunuh! Jadi sucikah cinta itu?

Cinta yang suci adalah cinta yang memberi..
memberi kebahagian, memberi pengorbanan, memberi ketenangan, memberi segalanya tanpa mengharapkan sebarang balasan kerna segalanya sudah terbayar saat mampu melihat senyuman insan yang disayang.

Cinta yang menyakitkan ialah cinta yang meminta. Meminta kebahagian, meminta pengorbanan, meminta segalanya diberikan dan mengharapkan balasan. Cinta itu akan menyakitkan selagi pengorbanan itu tidak dianggap sebagai satu keikhlasan, dan selagi cinta itu terwujud atas dasar untuk mendapatkan kebahagian dan bukannya memberi...

Cinta adalah pemberian.
Cinta adalah kurniaan. Apakah ada kurniaan yang lebih besar dari cinta? Sesungguhnya yang mampu menenangkan, mampu membahagiakan, dan mampu menyempurnakan adalah cinta,
cinta hakiki yang kekal dan abadi

Di mana tahap aku??

Bila sekali lagi aku rasa rendah....arghhhhh!!
Kenapa perlu mempertikaikan tahap aku? Aku sendiri tak pasti kenapa.. Tapi diri ini rasa sebak, rasa serba tiada dan kekurangan bila aku rasa aku tak mampu...
Aku sendiri pelik kenapa,
aku tak mahukan lebih,
aku tak mahu segalanya,
aku cuma nak menjadi diri aku,
dan harap orang boleh terima aku seadanya, sebagai aku.

Tapi,
tak mudah untuk rasa diterima,
setiap jelingan dan pandangan,
ucapan dan perkatan yang dilontarkan,
gerak tubuh yang ditonjolkan,
adakalanya membuatkan aku rasa..
ramai yang tidak dapat menerima aku seadanya..

Kenapa?
salahkah aku menjadi aku?
walaupun lemah,
walaupun ada kekurangan,
tapi aku cuba untuk menjadi diriku yang terbaik !

Mimpi & harapan akankah jadi kenyataan..


Saat ini aku masih mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti, entah di mana aku mampu menemuinya?? Ku terus berjalan dan melangkah cuba untuk memenuhkan ruangan kekosongan di dalam diri ini, terus berharap satu hari nanti aku mampu menemukannya...

Selalu aku berdoa agar akan ada seorang insan datang membawa keajaipan dalam diri ini. Tidak perlulah seorang putera raja ataupun anak bangsawan dari mana-mana. Cukuplah seorang yang mampu datang membawa cahaya untuk menerangi kegelapan dalam hidupku ini.

Ternyata semakin lama aku menunggu dan menanti semakin aku sedari bahawa semua yang kuharapkan cuma mimpi yang ku harap kan jadi realiti.. Tapi rasanya tak salah untuk aku terus bermimpi dan berharap, ada kalanya itulah penguat buat aku, itulah yang membantu aku untuk terus berdiri lagi.

Selangkah perjalanan ini membawa aku kepada kisah yang baru. Baru semalam aku tertanya tentang kenyataan kehidupan, adakah benar manusia itu cuma datang saat mereka memerlukan sesuatu, selepas itu semudah itu mereka meninggalkan aku?

Sedari dahulu lagi aku belajar menerima keadaan dengan sebaik mungkin, aku cuba juga, walaupun ternyata tak semudah itu untuk melaksanakannya. Aku cuba katakan boleh, aku katakan ya, walhal hati menjerit. Nak lari tapi ke mana? Di hadapan sanalah haluan yang perlu aku lalui, di hadapan sana jugalah takdir aku menanti, jadi tak guna nak mengelakkan diri.

Kesunyian menggamit perasaan aku bila aku sendiri, rasa sepi bila tiada yang menemani. Tapi itu semua bukan masalah besar untuk aku, aku dah lalui saat-saat ini, dan ia lebih sukar untuk aku lalui dulu, ketika aku masih perlukan dokongan, ketika aku masih tidak mampu berdiri sendiri. Tapi sekarang aku mampu menghadapinya ! Itu yang aku fikirkan, tapi kenyataannya tidak. Rupanya walau dah berkali - kali, hati ini tetap merasai kesakitannya, entah kenapa ia makin terasa, kenapa? Bukankah sebelum ini aku dah lalui semua ini? Sepatutnya aku dah biasa kan?

Entahlah, mungkin kerana hakikat aku seorang manusia, aku perlukan seseorang yang boleh memahami dan mengerti aku. Walau berkali aku menolak dan mendesak untuk tidak mengharapkan apa-apa dari sesiapa, tapi hati ini tetap juga berdetik sendiri, masih menyimpan harapan yang aku sendiri tak mengerti, simpan keinginan untuk dihargai, untuk disayangi, untuk dimengerti. Akankah keinginan yang tersimpan ini membawa lebih kesakitan dan derita? Atau mungkin satu hari harapan ini kan menjadi nyata?
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/