Bila nak menjengah ke tahun baru ni, macam-macam benda bermain di fikiran aku. Satu yang positifnya harapan baru mula bercambah dan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Rasanya macam segalanya mampu aku lakukan, semuanya mampu aku capai dan aku mampu hadapi segala rintangan yang mendatang ! Tapi dalam semangat-semangat tu, ada juga rasa gentarnya, maklumlah tahun baru mesti banyak dugaan yang baru dan lebih mencabar. Jadi kenalah sentiasa berwaspada, kekalkan semangat yang dah tersemat ni.
Macam dah jadi kebiasaan pulak, setiap kali nak masuk tahun baru, semua orang buat azam baru, mulalah segala keinginan yang selama ini terpendam dalam diri tu dikeluarkan, ditulis kat diari, ditampal kat dinding, dan yang terlebih bersemangat tu sedaya upaya cuba nak bagitahu semua orang, "wei tahun ni aku nak.." Huhu...apapun gelagat orang bila nak menjejakkan kaki ke lembaran yang baru ini, yang sedih nak menjadi semakin tua (ops dewasa), yang gembira dapat mulakan hidup baru yang lebih bermakna, yang tak tidur dua tiga hari sebab tak nak mensiakan tahun 2010 yang tersisa, yang dah pakat dengan member nak pergi sambuat tahun baru sama-sama, apa sekalipun perasaan dan gelagat korang, tak kisahlah asalkan semua yang korang buat tu tak membahayakan sesiapa.
Satu lagi perihal nak dikisahkan, dalam korang seronok-seronok harapkan itu dan ini berlaku dalam lebaran baru korang nanti, jangan senang-senang pulak nak tutup buku lama dan buang macam tu saja. Bagi yang ada tulis diari tu, selak-selaklah muka surat lama, kisah hidup korang, apa yang dah terjadi kat korang dulu, apa yang korang dah terbuat, takpun sengaja buat untuk suka-suka. Jadikanlah yang lalu tu sebagai pengajaran untuk korang, kalau-kalaulah dalam diari tu penuh dengan keluhan, baris-baris ayat syahdu, takpun penuh dengan rasa tak puas hati korang kat si pulan itu dan ini, cubalah usahakan supaya diari tahun 2011 nanti kurangkan semua tu. Ha, buat yang tak ada diari tu, jangan buat-buat lupa pulak apa korang dah buat tahun 2010 ni, sebelum bukak memori baru, rewind balik memori-memori lama yang aku pasti masih ada lagi ter'save dalam otak korang tu, ala imbas-imbas aja, supaya nanti tak terbuat kesilapan yang sama.
Wokeylah, sebenarnya aku pun belum terfikir apa yang aku nak cuba capai untuk tahun 2011 ni, rasa macam banyak benda yang aku nak buat, macam banyak sangat la pulak yang aku nak, tapi rasanya lebih baik aku check apa yang dah aku ada dan make sure tahun 2011 nanti aku tak sia-siakan apa-apa dan manfaatkan semua tu sebaiknya. Lagipun kalau asyik-asyik nakkan yang baru, penuhkan keinginan ni, sampai bilalah baru aku nak rasa bersyukur, 'kan keinginan tu tak terbatas, "unlimited want and needs," bak kata lec eco ku(huuu)
Dah lama korang tunggu 'kan, kesian pula kena dengar ceramah tahun baru ni (haha). So, "setelah melihat kelender yang tergantung kat depan aku ni, aku dengan sukacitanya mengumumkan esok Tahun Baru 2011 !" Yay...Sebab aku baik, aku bagi korang cuti esok, ingat PM je ke boleh bagi cuti umum sebab harimau Malaysia menang..hahaha.
Oh, ya sebelum terlupa, disamping tu aku nak ucapkan dan doakan jugaklah selamat buat korang yang berkenaan, selamat kembali ke sekolah, selamat kembali belajar, selamat buat homework, asignment, dan tugasan-tugasan lain..
:)Cuba untuk tidak mengharapkan kebahagian dunia semata-mata....
:)Cuba untuk tidak mengharapkan kebahagian dunia semata-mata....
0 komen dan kritikan:
Post a Comment