setiap hari

Setiap hari ada cerita,
setiap hari ada misteri yang tercipta,
tapi sayang..kita tak mampu nak fahami semuanya.

Setiap yang berlaku ada makna,
setiap yang terjadi ada hikmahnya,
tapi sejujurnya, sepeka manapun kita, sukar untuk kita mengerti setiap satu daripadanya.
yang tersembunyi mahupun yang nyata,
yang zahir mahupun rahsia..
walau kita punya mata, usah terlalu yakin yang kita mampu lihat semuanya.
kadangkala kebenaran itu menyorok, tak mampu kita tengok,
ada kala yang berbisik itu nyata, tapi tafsiran kita berbeza.

Sebelum buat apa-apa konklusi, seeloknya kita fahami dan mengerti situasi, agar tak salah tafsirannya nanti :)


blog yang mengarut


SALAM...
Hari ini keterjealousan berlaku, serious jealous membaca entri blog yang gempak-gempak.

Aku tak suka blog walking :(..tetiba plak kan..hehe..
ramai yang ada bakat menulis, ramai yang berbakat besar untuk mengarut dalam penulisan, itu elemen tambahan yang bagus, ada yang tak ada langsung bakat nak mengarut ni (macam aku) :( sedih lagi..

Tapi takpe, at least aku boleh support korang yang berbakat ni dengan membaca blog-blog korang..tinggalkanlah link bebanyak ea, bolehlah aku berblog walking dengan hati yang panas kerana kejealousan yang melanda..wakaka.

:)aku suka baca blog yang puitis dan mempunyai maksud yang mendalam..dan baru je terjebak untuk meminati blog yang mengarut sebab aku membaca sambil naik pelik, dari manalah korang dapat idea-idea yang totally out of the normal box macam tu..papepun aku support malaysian blogger!..huuu poyos
aku suka jugak katak yg comel ^_^ (yg comey je taw)

aspek terpenting


Apa yang perkara terpenting dalam hidup ni?

Tempat di mana kita bertapak? destinasi kita bermula? atau di mana kita berpijak?
Atau mungkin keluarga di mana kita dibesarkan, persekitaran dan orang di sekeliling memainksn peranan terpenting?
Mungkin juga siapa diri kita, rupa paras kita, hati kita dan juga agama kita yang teratas dalam hidup?

Semua tu penting, setiap aspek yang ada, wujud dan telah dijalani itulah yang membentuk siapa diri kita sekarang.

Tapi, ada sesuatu yang lebih penting dari semua itu; masa sekarang !

Apa yang terpenting dalam hidup adalah saat ini. 
Apa yang kita pernah ada, apa yang pernah berlaku, apa yang pernah kita buat, apa yang telah kita alami selama ini, semua tu tak sepenting saat ini.
Hargai saat ini sebaiknya. Walau di mana kita berada, kita mampu melakukan sesuatu yang bermakna kerana kita hadir di masa ini. Walau siapapun kita dulu, kita mampu untuk menjadi apa yang kita mahukan sekarang ini.
Jadi jangan jadikan semalam alasan, jangan jadikan diri penghalang, percaya satu, tak perlu ragu atau menunggu, manfaatkan apa yang kita ada saat ini juga !
                           

Menanti dilengkapi...

  • Ada sesuatu yang hilang, mengharap seseorang kan menjumpai..
  • Ada benda yang kurang pada diri, menanti seseorang untuk melengkapi..
  • Ada perkara yang tak cukup, menunggu insan yang akan datang mengisi..
  • Ada banyak keraguan yang ditemui, berdoa kan muncul si dia menunjukkan yang pasti..
  • Ada kelemahan yang terpatri, bermimpi yang datang kelak mampu melindungi..


Teruskah mengharap, menanti, menunggu, berdoa dan bermimpi semata setiap hari?
andai jasad kaku dulu sebelum pelengkap diri itu ditemui
lalu perlukah alasannya di sana nanti;
kerna aku menanti dan menanti untuk disempurnakan dan dilengkapi, kurelakan diri terus begini.. 

Fakta hari ini : Realiti

Antara realiti dan mimpi..

Berlatarbelakangkan kisah diri, aku tercari apakah itu realiti..
Aku bertapak di hujung negeri, mulanya secebis impian yang ingin direalisasi, berubah menjadi sebuah realiti..

Namun di sini, aku mula mengenali bahawa mimpi ialah mimpi, 
dan realiti itu tak akan jadi seindah mimpi dan fantasi..
Itulah dia fakta hari ini !



Tapi persetankan fakta itu dan ini, kerana yang penting apa yang aku percayai.
Biarlah mimpi dongeng atau kisah fantasi,
asalkan saat ku semat di hati, mampu menjadi penongkat diri, penerus motivasi dan kekuatan jasmani,
lalu biarlah fantasi ini menjadi sebati dalam diri,
kan ku buktikan bahawa yang ku impi,
yang dianggap dongeng dan fantasi,
yang digarap fakta sebagai sesuatu yang takkan jadi realiti,
mampu muncul di hadapan pancaindera ini sebagai satu realiti bertatahkan keindahan alam fantasi.

-Jadi, apa lagi, mari kita bermimpi dan berimaginasi lalu jadikannya realiti seindah fantasi :)-

Filem kini..what do you say?

Banyak ura-ura dan kata-kata yang terngiang dari jauh sampai ke telinga ni memberi pandangan tentang cerita melayu sekarang ni..antara yang tertangkap dek cuping kecilku ini;

Ada yang berbunyi seolah kagum;
"Wah, tengok cerita ni! Sekarang dah tak payah tengok cerita omputih, cerita melayu pun semua ada."

Ada yang mengalunkan bunyi tak puas hati;
"Wei, apa jenis cerita melayu ni!"

Ada yang melantunkan nada yang berbaur risau;
"Kalaulah adik aku tengok cerita ni, ish ish."

Tak kurang juga ada yang sampai tak tahu nak komen kata apa;
"Tutup, tutup!"

Apa pandangan korang sendiri?
Bagi diri ini, memang merasakan industri tanah air ni dah mengorak langkah, tak tahulah menuju ke mana, ke hadapan mengikut arus peredaran zaman, ataupun sebenarnya melompat keluar dari zon selamat dan terkawal ke zon bebas sebebas bebasnya? Apa yang diri ini tahu, ini satu transformasi, yang bakal mengubah penonton sekarang, terutamanya kanak-kanak dan remaja ke satu arah yang berbeza. Sama ada membuka mata mereka dengan lebih luas tentang kehidupan sosial zaman sekarang, ataupun menutup terus pandangan mereka daripada terus mempercayai yang industri perfileman tanah air mempunyai filem yang lebih berkualiti dari sudut sosial dan juga moral.

Bukan niat untuk mengkritik, apatah lagi mengutuk, sedangkan diri ini sendiri belum pernah menerbitkan sebarang filem mahupun drama. Tapi, sekadar meluahkan rasa dan keinginan, teringin sebenarnya melihat filem melayu yang mampu menaikkan semangat sebagaimana kebanyakan cerita rekaan negara matahari terbit. Ingin juga menonton filem melayu yang berteraskan agama sehebat cerita negara jiran.
Bukan tak pernah diterbitkan cerita sebegitu, tapi alangkah indah kalau diperbanyakkan cerita sebegini berbanding cerita yang banyak memaparkan kenegatifan untuk dijadikan pengajaran.

Mungkin sekarang ramai yang berfikir dengan  mendedahkan realiti, pengajaran lebih senang disampaikan.
Tapi bukankah indah lagi jika kebaikan dan keindahan dipaparkan buat tontonan agar dapat menjadi satu ikutan dan pedoman sehingga kita dengan nada positif dan bangga boleh bersuara mengatakan, "inilah cerita melayu!"

3 do and don't di bulan puasa :D

                                   
do : Minum banyak air selepas berbuka dan di waktu sahur.                                        
don't : Minum air di siang hari dan lepas tu cakap, "alamak, terlupalah!"
                            

do : Berjaga dan buat aktiviti berfaedah selepas bersahur.

don't : Tidur bermula tengah hari sampailah ke petang, lepas tu bangun dengan gembira dan cakap, "yea, dah nak berbuka!"

                                  

do : Isi masa seharian dengan aktiviti berfaedah dan berguna.

dont : Buat aktiviti yang keterlaluan sampai keletihan yang amat, lepas tu balik rumah dan cakap, "mak, orang dah parah ni, kena berbuka!"


bila 1st time buat jahat

Pernah tak berlaku perkara sebegini;
Bila kita tak biasa buat jahat, atau sesuatu yang kita rasa salah..tapi terbuat,
ataupun first time buat, kita akan rasa;

  • gabra tak bertempat
  • semua orang pandang serong
  • sesuatu yang buruk akan berlaku (karma)
Itu yang berlaku pada aku, di suatu hari yang hening, bertempat di ...aku melakukan....
Haha...seriously; gabra giler, itulah orang cakap, kalau tak ada bakat nak buat jahat ni, jangan buat.
(pss...jangan fikir benda bukan-bukan ea) Moral of the story; 

Jangan lakukan sesuatu yang buat hati ini rasa tak tenang dan tak selesa. Kalau bangunan ada sistem penggera yang akan berbunyi waktu kebakaran berlaku, kita ada hati; yang akan meronta dan merasa tak selesa bila kita melampaui dan melanggar apa yang kita percaya.




Fenomena Kosong

Hari ni al kisahnya;
persaan ini terasa kosong,
jiwa kosong,
segalanya kosonglah!
Sebab munsababnya berlaku kekosongan ini, aku pun tak tahu..itulah dia; bila berlakunya fenomena kosong dalam hari-hariku.

Saat jiwa terasa kosong, detik tak berlalu, jarum jam tak bersambung..fikiran aku yang duk melambung-malambung mencari apa sebenarnya punca, sebab, alasan, dan faktor fenomena kosong menyerang, menerpa serta berdentum, memancar jiwa sabung-menyabung.
Mulalah terasa nak mencari-cari...mengisi kekosongan hati...
Mencari apa tu? hurm....

kosong...kosong..dan kosong..

oh doktor


Fakta hari ini..tentang doktor. 

Situasi pertama.
Doktor : Sakit apa?
Pesakit : Demam, batuk, selsema. (Lengkap tu. dengan yakinnya, sambil batuk-batuk)
Doktor : Tak demam pun. (setelah melihat suhu, lalu melihat pesakit dengan pandangan yang senget)
Pesakit : aaaa..yeke..rasa cam panas je tadi..

Situasi kedua.
Doktor : Sakit apa? (sambil pegang pen dan bersedia untuk tulis)
Pesakit : Saya batuk, dan selesema. (batuk-batuk sikit)
Doktor : Demam tak? (tulis..tulis..tulis..)
Pesakit : Rasanya tak berapa panas sangat.(teragak, karang cakap demam, kena cam kat atas tu pulak)
Doktor : Okay. Boleh amik ubat dekat luar. (senyum)
Pesakit : Terima kasih. (dah? camtu je? hebatlah doktor ni, tak payah touching2 pun!)

Situasi ketiga.
Doktor : Sakit apa?
Pesakit : Tadi saya tak tahu saya sakit apa doktor, sekarang baru tahu.
Doktor : Ya, sakit apa tu?
Pesakit : Sakit hati !
Doktor : Okay, boleh amik ubat dekat luar.
Pesakit : Sama-sama doktor.


?jawapan

Hari berlalu begitu pantas.
Namun sepantas manapun waktu,
setiap detik tetap istimewa bagi yang tahu menghargai.
-dipetik dari Kaoru's Cake House (edisi novel)-
                                 

best ke? tak tahu nak cakap lagi, baru sahaja melangkah ke halaman 017 :)
Otak masih berlaga-laga dengan pelbagai soalan, cerita apa? kenapa tajuk ala Japanese? setakat bab 1 watak - watak melayu yang dipersembahkan..well, time otak sibuk mencari jawapan ni aku stop dulu, sambung nanti ea...hehe.

Ketika otak sibuk berfikir,
mencari solusi, mencari jawapan yang masih belum hadir,
berhenti sejenak, cari titik rehat, capai tahap ketenangan.
Idea dan jawapan sang pemikir tidak muncul saat dia memerah otak, tapi semua itu muncul saat bersilangnya pengetahuan dan keinginan hati.

-tulen dari shygirlblogger- ^_^

Fakta hari ini


Seriously, banyak sangat  benda yang aku tak faham..
Tapi ini fakta. Fakta untuk aku di hari ini;


Satu permasalahan yang timbul, dengan berfikir tentangnya selama sekali setiap sejam, ia akan jadi permasalahan yang 24 kali ganda dalam sehari. 
 Seriously, serabut jiwa dan raga, tak percaya boleh cuba sendiri.

Satu perkara yang berlaku, dan hanya disaksikan oleh 4 pasang mata, benda tu boleh jadi 8 kisah yang berbeza. Bukan dari 4 mulut , tapi cuma dari satu sahaja mulut yang berbica. Lidah memang lembut mengatur kata, lebih-lebih lagi dari orang yang terlihat teraniaya, atau yang sempurna zahirnya, 10 jenis cerita yang berbelit pun orang lain boleh percaya, bukan sekadar satu, tapi semuanya.

Dan satu lagi,

Orang kata, kita kena pandai memilih kawan.
Sebab tu ramai pilih kawan yang baik-baik.
Tapi,
Kebaikan sebenar tak dapat dilihat dari zahir yang nyata, kerana yang paling penting adalah hati.
Berkawanlah dengan dia selama mana, kita takkan tahu seikhlas mana dia menjadi teman kita. 
 Sebab itu, jangan melihat luaran, jangan menilai terlalu cepat,
yang terbaik sekali, selidik hati kita sendiri, ikhlaskah aku menjadi temannya, sebelum mempertikai apa yang dia rasa.


mood : kuchiwa

Fesyen_bertudung ^_^ 2

Kalau korang perasan, sebelum ni pernah ada entry pasal fesyen bertudung.
Hurm..dalam entry tu ada sedikit nada kekecewaan, walau mungkin sedikit tersirat..

Tapi, kali ni lain sedikit.
Yelah, orang cakap memang lumrah manusia ni suka mengkritik, mengutuk dan mengata perkara yang buruk berbanding yang baik kan..agak tak suka benda tu, so, kali ni kita cakap benda yang BAIK !

Heee..
nak dijadikan cerita, entah macam mana hari ni walau tak berniat pun untuk melihat fesyen bertudung, tapi tertekan dan terklik juga. And, I found something sweet, comel sangat, bagi akulah, korang aku tak tahu, kena tengok dan komen sendiri la ye.


and, 1 more



Cane2, comel tak???
Kali ni agak menyejukkan mata yang memandang and I like it so much.
Walau pun aku masih ingat Aiman Azlan kata, tudung labuh paling gempak, tapi ni pun cool jugak kan3 :)

Utara Attack

Orang kata, kena bijak memilih kawan.;
Berkawan dengan tukang besi kita akan terkena percikkan apinya,
berkawan dengan penjual minyak wangi, kitakan terpalit wangiannya.

Orang kata macam tu supaya kita berhati-hati memilih kawan, takut terpengaruh,
kan kawan tu pengaruh terbesar dalam hidup.

Tapi, itu orang kata, aku pulak kata;
Pengaruh ada di mana - mana, kawan dan media massa yang utamanya, bila Utara Attack dah menyerang, ni lah jadinya;

Anak : Mak tokyah duk risau la mak, orang bek bek ja kat sini,, kawan - kawan orang suma bek - bek mak.
Mak  : Baguih la lagu tu, taklah mak riso.
Anak : Awat mak cakap lagu ni jugak mak?
Mak : Ei, hang tu duk cakap utara sebab duk berkawan dengan orang sana, mak ni sebab banyak tengok cita utara kat astro, mami jarum tu dah 15 kali mak khatam.
Anak : Ya ka mak? Samalah kita, sorang pengaruh kawan, sorang pengaruh media.
Mak : Hahaha. Balik raya nanti jangan duk cakap lagu ni plak kat pak hang, karang dia kata kita buang tebiat pulak.
Anak : Nak buat lagu mana mak kalau tersasul, kui kui.

(Sorry na kalau bahasa tak berapa nak betui, al maklumlah kami ni baru ja terkena UTARA ATTACK. Baru ka, dah nak masuk 3 tahun dah? huhuu)

Status

Relationship status..
memang dah jadi hobi insan insani zaman siber ni suka papar status masing - masing dekat laman web sosial.

Ada yang nak bagitahu dia dah berpunya, ada yang saja-saja main-main, ada yang suka nak cipta kontroversi. 
Tapi ada page yang baru aku terjumpa tadi, seriously aku suka status ni..


Yeap, at the end bila kita dah tak ada lagi dekat dunia ni, tak boleh nak menukar status dari bawah tanah sana, kita perlu izinkan kawan kita untuk menukar status untuk kita.




and seriously, status ni buat aku seram..huuu 

Warkah buat awak

Warkah buat awak..

Saya tulis ni telus dari hati saya..
Awak baik, banyak kelebihan yang awak ada,
sampai ada masanya saya rasa jelous dengan apa yang awak ada.
Tapi saya tahu, saya dan awak manusia yang berbeza,
dah kenal awak untuk satu masa, saya dah boleh terima watak yang kita pegang di dunia..

Tapi biasalah manusia, kita ada kelemahan kan..
bila kita tak bertegur sapa, entah sebab apa, awak yang selalu mulakan bicara,
saya tak berani nak kata apa, sebab saya tak tahu apa penyebabnya,
tapi at least kita bercakap semula^_^
Bila awak mula bercerita, ada kalanya  saya terasa lalu saya mula mempersoalkan semula,
lalu awak kata saya selalu nak menang tak kira tempatnya,
mula-mula saya tak boleh terima, tapi mungkin ada betulnya.

Kita dah lama kenal, mungkin sebab kita bukan sekepala kita taklah rapat gila,
tapi saya dah mula rasa yang awak kawan saya, kawan dalam kamus hati saya..



Kawan Dalam Kamus Hati Saya

Dalam hati saya ada kamus,
macam kamus-kamus yang lain, kamus dalam hati saya juga terdapat perkataan dan keterangan tentangnya..
tapi, di situ keterangan dan maksudnya berbeza dari Kamus Dewan Bahasa atau yang sewaktu dengannya.
Kamus di hati saya juga tak boleh dipegang, tapi boleh dirasa dan dibawa ke mana sahaja saya berada :).

Hari ni saya selak ke helaian 'kawan'.
Terpahat dekat helaian tu; kawan satu perkataan yang istimewa.
Insan istimewa yang mampu buat saya tenang dan tertawa;
insan istimewa yang tak perlu beri apa-apa; asalkan dia ada dah cukup untuk mewarnai hidup saya!

Itulah dia kawan dalam kamus hati saya (n_n)

Sesi beristirahat

Tahu tak apa yang mampu merehatkan diri kita dari tekanan?
Let's try this at home; tengoklah cerita yang ringan terutamanya anime!

Hehe..siapa pernah layan cerita batu belah batu bertangkup; sedih kan cerita tu, tapi kali ni tak payah mengada masuk mood sedih, jom try layan ni;

Amacam, ada sampai terguling tak korang gelak? Hee..dapat senyum sokmo pun dah..
Terbaik! Bak kata boboiboy
Alamaks, ni Gopal lah..hihi layan jelah u ollz. ^_^

Ingat Dia

Dalam perjalanan yang panjang, lurus dan terlihat tidak bertepian.. kadang kita tercari hala tuju, tercari satu perangsang untuk terus maju ke hadapan, mengatasi semua halangan dan dugaan...

Terdengar peringatan dari seorang seorang saudara;
Whoever becomes conscious of Allah, He start making the doors open for them, making the way out for them
dan juga ingatlah, Allah tidak memerlukan apa-apa dari kita, kita yang memerlukan segalanya dari Dia, serta satu perbuatan baik akan membuka pintu , jalan yang lain untuk kita..

Sekadar satu perkongsian untuk renungan bersama.
 Dipetik dari Ustadh Nouman Ali Khan; (lihat link)

rumah oh rumah

Aktiviti hari ini, mencari rumah untuk di sewa! 


Sungguh ku tak sangka bahawa mencari rumah sewa ni sangat - sangat seronok, haha..
Seriously, mula-mula tu agak bosanlah, klik sana sini tekan butang yang sama kat lappy ni,
tapi tiba-tiba jadi exciting bila... tuan rumah telefon balik!

"Hello, siapa bercakap ni?"
"Ehm, saya....., yang nak sewa rumah tadi."
"Ya, abang nak bagitahu pasal rumah ni.."

Apa yang seronoknya? part abang tu..hehe
suara dia macho giler kowt, muka tak tahulah cane,
pastu dia kata;

"Sekarang adik ni dekat mana?"
"Saya dekat KL."
"Saya pun tak ada dekat sana sekarang ni, ada kursus dekat KL.."

alamaks...dalam hati ingatkan dia nak ajak jumpa dekat KL ke..

"Nanti dalam 6 hb saya balik, paling awal 7 kita jumpa dekat sana ye."
"hehe..okay!"
haha

first time cari rumah, fun and exciting! ^_^

tapi rumah belum jumpa lagi...pencarian bersambung....

cuti dan vlog

Salam 1 Malaysia ^_^

Di bawah ini ialah dialog di dalam drama terbaru yang bertajuk...'jap, belum habis lagi', ya itulah tajuknya;

"Cuti sudah habis bro,"  Aron Aziz bersuara seraya mengatur langkah gagah.
"Choki choki pun sudah habis bro," balas Aman Wan dengan penuh bergaya sambil memakan habis choki choki terakhirnya.
"Eaaa..jap, belum habis lagi lah, ada berbaki beberapa hari lagi, kira   okeylah tu kan, bro," sampuk aku dengan aksi yang lagi bergaya dari diorang! 
The End.

Itulah dia, jadi sepanjang cuti ni, cerita - cerita bosan, tidur, makan, termenung, berangan tolak tepi,
kita story satu benda ni, VLOG!

nope, aku tak buat vlog ler, giler nak bwat vlog, tangkap gambar mati tu pun aku dah gabra gila..huhu
ini cerita tentang vlog yang aku layanz sepanjang cuti, sebelum cuti dan sebelum aku start belajar lagi.
Ini dia, senarai top 5 di hatiku;

5-----------------------------------> ShahrinCool
4--------------------------> AmanWan
3------------------->Aiman Azlan
2------------> AnwarHadi
1------->Mat Luthfi

rasanya mesti ramai yang familiar dengan vlog-vlog ni,
ini top 5 di hatiku ye, top 5 kat negara ni tak kisahlah, sebab aku suka yang ni jugak, haha

(^_^)tak payah bagi link kut, sebab korang jerit je pun you tube dah bleh detect dah vlog diorang. kuikui

Entah_berapa_lama_lagi

Aku tidak pasti untuk berapa lama lagi...

Entah berapa lama lagi mampu ku bertahan di arena ini
Sering ku ungkapkan aku tidak kuat untuk terus berdiri
meski aku tidak sendiri
tapi hati ini rapuh, harapan sudah mulai roboh
saat dirinya kutatap dekat..hati dirobek sepi
entah berapa lama aku masih mampu berdiri...

aku tak tahu..jujur aku tak pasti
tapi, selagi aku masih mampu, selagi aku masih di sini,
ku harap diri ini terus tabah mengharungi ombak yang berduri..

kahwin

Pernah tak terpikir soal ni?
aku tak..haha...nampak sangat tipu..

Dulu aku ambil koko Kekeluargaan Islam, just to get knowledge.. dan mostly siswi (kelas aku ada perempuan je) yang join ko ni adalahkan terdetik hati untuk berkahwin dan menjadi isteri solehah suatu hari nanti (siapa tak)huuu..
dan soalan pertama yang ditanyakan kat kitorang ni..apa itu perkahwinan, banyaklah jawapan cliche yang keluar dari mulut kitorang..

"Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci," okay tak?? that's from me..ingat pulak lagi kan..

Oh, the real thing is, ustazah ada cakap masa tu, jangan risaukan benda yang tak sepatutnya, yelah ada yang risau tentang bila diorang akan kahwin, dengan siapa, suami tu baik ke tak, mak mentua macam mana..bla bla bla..macam-macamlah...and that's what on my mind right now.

dan tadi sewaktu melawat laman sesawang, terjumpa ni;

You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Pharoah, but it didn't change her goodness or her 'aqeedah.
You might be married to the best man on earth, like Prophet Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him.
You might not be married at all, like our beloved Maryam (raa) yet Allah swt places your status above all other women on earth.
Have faith in Allah always & place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives.
(Heba El-Haddad)
It's true right...just have faith in Allah. ^_^

Fesyen_bertudung

Ehem..asalamualaikum..nak stat cite ni..huu

Hari tu nak dijadikan cerita, tiba-tiba je teringin nak melayari internet untuk melihat fesyen bertudung..
tekan sana, klik sini, masuk sana, minimize sini..

dah berejam dekat laman sesawang tu, tapi hati ni tak puas-puas jugak.. kenapa?

satupun fesyen yang dipakai dan menjadi tatapan ramai tu tak menyejukkan mata aku yang memandang ni pun..hurm..

nak tengok ke apa yang tak memuaskan hati tu? ada satu blong ni ley tahan jugak cerita pasal tudung, tengok la kalau berminat;  http://www.soutulmujahid.com/2011/07/jenis-jenis-dan-fesyen-tudung.html
last last tersangkut pulak dekat vlog yang satu ni -->Parodi..haha macam mana boleh terklik ntah;    http://www.youtube.com/watch?v=begRE5IQcS8&feature=relmfu

sebagai penutupnya..teringat status Aiman Azlan , 'dalam banyak-banyak fesyen tudung, tudung labuh bulat jugak yang paling gempak'. -cool kan-

yang ini cute kan? kan3x..hee

stesen terakhir

Berjalan tanpa arah
memandu tanpa hala tuju..
meski destinasi terakhir hanya satu,
untuk tiba ke sana jalannya berliku

Berjalan perlahan
berharap kan muncul detik pertemuan
yang menemukan aku dengan pengertian
agar perjalanan ini bukan lagi satu titik penantian,
tapi sebuah cabaran dan hiburan 
sebelum tiba di stesen terakhir yang dinantikan.

Saat hati terdetik, terasa gelocak jiwa,
semangat mulai membara,
keinginan tiba-tiba sahaja merancakkan gelora..
lalu apa lagi yang dinanti?
jom terus redah perjalanan ini dengan berani
sebelum kereta api ini BERHENTI

better do nothing

Better do something than do nothing.

Lebih baik buat sesuatu daripada tak buat apa-apa..
Betul ke macam tu?

Atau lebih baik duduk diam daripada buat sesuatu yang tak bermanfaat atau mendatangkan kemudaratan.

fikirkan sejenak....hurm..

gelocak keinginan

Keinginan yang pernah muncul dalam jiwa
bergelocak dan memaksa sang manusia
kini ku bukakan minda untuk bertanya.....

Aku ingin tampil cantik dan bergaya
ingin ikut trend semasa kononnya
ingin paparkan senyuman setiap masa
....tapi sebenarnya untuk siapa?

Aku ingin menjadi juara dalam setiap acara
menjadi bijak pandai
terlihat sempurna dalam semuanya
.....namun untuk apa?


Keinginan yang pernah muncul dalam jiwa
bergelocak dan memaksa sang manusia
kini ku bukakan minda untuk bertanya
dan biar hati ini membisikkan jawapannya.

be someone

Selalu berlegar di minda keinginan untuk menjadi sesesorang...
seseorang yang akan diingati
seseorang yang akan dikenang meskipun jasadku menyepi.

Namun entah mengapa hati kerap meragui
teragak mampukah impian menjadi satu realiti
kerana kebanyakan imaginasi ini masih kekal sebagai mimpi..

Lalu ku utarakan pada diri
untuk apa meragui?
jika waktu yang ada cuma tinggal sedetik dua,
adakah keraguan itu mampu membawa aku ke destinasi yang diimpi
atau cuma satu penghalang yang bakal menghancurkan motivasi diri

Aku tak ingin berhenti..
kerana mungkin sahaja hidup ini memaparkan satu misteri, satu peluang
dan satu keajaipan untuk aku terokai.

Aku ingin mejadi seseorang
yang berani menabur benih mimpi meski sukar untuk dikecapi
kerana takdir ada di depan sana
siapa yang mampu meneka atau menduga :)
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/