be someone

Selalu berlegar di minda keinginan untuk menjadi sesesorang...
seseorang yang akan diingati
seseorang yang akan dikenang meskipun jasadku menyepi.

Namun entah mengapa hati kerap meragui
teragak mampukah impian menjadi satu realiti
kerana kebanyakan imaginasi ini masih kekal sebagai mimpi..

Lalu ku utarakan pada diri
untuk apa meragui?
jika waktu yang ada cuma tinggal sedetik dua,
adakah keraguan itu mampu membawa aku ke destinasi yang diimpi
atau cuma satu penghalang yang bakal menghancurkan motivasi diri

Aku tak ingin berhenti..
kerana mungkin sahaja hidup ini memaparkan satu misteri, satu peluang
dan satu keajaipan untuk aku terokai.

Aku ingin mejadi seseorang
yang berani menabur benih mimpi meski sukar untuk dikecapi
kerana takdir ada di depan sana
siapa yang mampu meneka atau menduga :)

0 komen dan kritikan:

Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/