rumah oh rumah

Aktiviti hari ini, mencari rumah untuk di sewa! 


Sungguh ku tak sangka bahawa mencari rumah sewa ni sangat - sangat seronok, haha..
Seriously, mula-mula tu agak bosanlah, klik sana sini tekan butang yang sama kat lappy ni,
tapi tiba-tiba jadi exciting bila... tuan rumah telefon balik!

"Hello, siapa bercakap ni?"
"Ehm, saya....., yang nak sewa rumah tadi."
"Ya, abang nak bagitahu pasal rumah ni.."

Apa yang seronoknya? part abang tu..hehe
suara dia macho giler kowt, muka tak tahulah cane,
pastu dia kata;

"Sekarang adik ni dekat mana?"
"Saya dekat KL."
"Saya pun tak ada dekat sana sekarang ni, ada kursus dekat KL.."

alamaks...dalam hati ingatkan dia nak ajak jumpa dekat KL ke..

"Nanti dalam 6 hb saya balik, paling awal 7 kita jumpa dekat sana ye."
"hehe..okay!"
haha

first time cari rumah, fun and exciting! ^_^

tapi rumah belum jumpa lagi...pencarian bersambung....

0 komen dan kritikan:

Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/