Seriously, banyak sangat benda yang aku tak faham..
Tapi ini fakta. Fakta untuk aku di hari ini;
Satu permasalahan yang timbul, dengan berfikir tentangnya selama sekali setiap sejam, ia akan jadi permasalahan yang 24 kali ganda dalam sehari.Seriously, serabut jiwa dan raga, tak percaya boleh cuba sendiri.
Satu perkara yang berlaku, dan hanya disaksikan oleh 4 pasang mata, benda tu boleh jadi 8 kisah yang berbeza. Bukan dari 4 mulut , tapi cuma dari satu sahaja mulut yang berbica. Lidah memang lembut mengatur kata, lebih-lebih lagi dari orang yang terlihat teraniaya, atau yang sempurna zahirnya, 10 jenis cerita yang berbelit pun orang lain boleh percaya, bukan sekadar satu, tapi semuanya.
Dan satu lagi,
Orang kata, kita kena pandai memilih kawan.
Sebab tu ramai pilih kawan yang baik-baik.
Tapi,
Kebaikan sebenar tak dapat dilihat dari zahir yang nyata, kerana yang paling penting adalah hati.Sebab itu, jangan melihat luaran, jangan menilai terlalu cepat,
Berkawanlah dengan dia selama mana, kita takkan tahu seikhlas mana dia menjadi teman kita.
yang terbaik sekali, selidik hati kita sendiri, ikhlaskah aku menjadi temannya, sebelum mempertikai apa yang dia rasa.
mood : kuchiwa
0 komen dan kritikan:
Post a Comment