Filem kini..what do you say?

Banyak ura-ura dan kata-kata yang terngiang dari jauh sampai ke telinga ni memberi pandangan tentang cerita melayu sekarang ni..antara yang tertangkap dek cuping kecilku ini;

Ada yang berbunyi seolah kagum;
"Wah, tengok cerita ni! Sekarang dah tak payah tengok cerita omputih, cerita melayu pun semua ada."

Ada yang mengalunkan bunyi tak puas hati;
"Wei, apa jenis cerita melayu ni!"

Ada yang melantunkan nada yang berbaur risau;
"Kalaulah adik aku tengok cerita ni, ish ish."

Tak kurang juga ada yang sampai tak tahu nak komen kata apa;
"Tutup, tutup!"

Apa pandangan korang sendiri?
Bagi diri ini, memang merasakan industri tanah air ni dah mengorak langkah, tak tahulah menuju ke mana, ke hadapan mengikut arus peredaran zaman, ataupun sebenarnya melompat keluar dari zon selamat dan terkawal ke zon bebas sebebas bebasnya? Apa yang diri ini tahu, ini satu transformasi, yang bakal mengubah penonton sekarang, terutamanya kanak-kanak dan remaja ke satu arah yang berbeza. Sama ada membuka mata mereka dengan lebih luas tentang kehidupan sosial zaman sekarang, ataupun menutup terus pandangan mereka daripada terus mempercayai yang industri perfileman tanah air mempunyai filem yang lebih berkualiti dari sudut sosial dan juga moral.

Bukan niat untuk mengkritik, apatah lagi mengutuk, sedangkan diri ini sendiri belum pernah menerbitkan sebarang filem mahupun drama. Tapi, sekadar meluahkan rasa dan keinginan, teringin sebenarnya melihat filem melayu yang mampu menaikkan semangat sebagaimana kebanyakan cerita rekaan negara matahari terbit. Ingin juga menonton filem melayu yang berteraskan agama sehebat cerita negara jiran.
Bukan tak pernah diterbitkan cerita sebegitu, tapi alangkah indah kalau diperbanyakkan cerita sebegini berbanding cerita yang banyak memaparkan kenegatifan untuk dijadikan pengajaran.

Mungkin sekarang ramai yang berfikir dengan  mendedahkan realiti, pengajaran lebih senang disampaikan.
Tapi bukankah indah lagi jika kebaikan dan keindahan dipaparkan buat tontonan agar dapat menjadi satu ikutan dan pedoman sehingga kita dengan nada positif dan bangga boleh bersuara mengatakan, "inilah cerita melayu!"

0 komen dan kritikan:

Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/