C I N T A 2

Cinta...
Apa yang mereka faham? Apa yang aku faham?
Semudah itukah sang arjuna mengucapkan kata cinta?
sesenang itukah hati mereka dibolak balikkan rasa??

Ingin aku berkata, 
jangan katakan jika bukan dari hatimu
usah luahkan jika tidak bergetar dalam jiwamu
Cinta itu suci
luahkannya hanya bila kau mampu merasakan kesuciannya

Jawapan mu itu..
ya aku cinta
aku akan setia
selamanya
tiada yang lain
tiada yang utama
selainmu

Itu yang kau kata
dan haruskah aku mempercayainya?

Wahai sang arjuna
kau tahu isi hatimu
kau mampu membaca keikhlasanmu
usah yakinkan aku dengan cintamu itu
jika kau sendiri belum yakin dengan apa yang kau rasa

I M P I A N .

Apa itu impian?

Adakah ianya sebuah keinginan yang akan membawa kita ke hadapan, mencapai apa yang kita inginkan, mengabulkan apa yang kita harapkan, mewujudkan realiti dari sebuah mimpi? Itukah impian??


Siapa yang tak punya impian dalam hidup ini? Walau dalam diam, walau tidak menyatakannya, kita punya sesuatu yang kita harapkan 'kan jadi kenyataan. Dunia dicipta tidak sempurna, tiada apa yang lengkap dan tidak punya cela, kerna itu timbul keinginan, wujud harapan, lahirlah sebuah impian. Mungkin ada yang menyatakan, ada yang memaparkan, supaya semua orang tahu apa yang dia mahu, dan supaya dia jelas apa yang ingin dicapainya, dan ada juga yang mendiamkan, berharap dalam diam, bermimpi sendirian, tapi itu tak merubah apa yang dinamakan sebuah IMPIAN.


Sering kita  mengimpikan sesuatu untuk melengkapkan kita, memuaskan rasa, menenangkan jiwa, menggembirakan kita.. Tapi adakah kita pasti apa yang kita impikan itu baik untuk kita? Mengimpikan sebuah kesempurnaan, akankah kesempurnaan itu menggembirakan kita? Mengimpikan kekayaan, bolehkan kekayaan itu membeli ketenangan untuk kita?


Kita suka melihat ke masa depan, di mana semua yang kita tiada akan kita dapat. Di mana semua yang sedih kan bertukar gembira. Dalam tidak sedar, kita menyiakan hari ini, demi mencapai impian masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti masihkan kita ada pada waktu itu untuk menikmatinya.


Impian itu sebuah keinginan yang datang dalam diri kita, yang kita harapkan akan jadi nyata, yang kita ramalkan akan mengubah hidup kita. Tapi impian itu kosong tanpa usaha, impian itu tidak beerti tanpa pengorbanan, dan impian itu kan merugikan jika kita hanya melihat ke hadapan. Impian yang dikejar di depan sana, ketahuilah, belum tentu kita mampu sampai ke arahnya. Impian mendorong langkah kita untuk terus maju ke depan, tapi usah alpa, usah leka, usah melihat masa depan sebagai segalanya, kerana kita mungkin akan terlupa tujuan sebenar kita hidup dan bernyawa, kita mungkin akan mensiakan segala yang kita ada, pandangan kita mungkin akan tajam melihat segala yang akan muncul di hadapan sana, sehingga kita kabur dengan apa yang ada di sisi kita.


Impian tak datang untuk kita melupakan apa yang ada hari ini. Impian tidak muncul supaya kita dapat meninggalkan masa sekarang. Impian tidak tercipta agar kita mengharapkan kebahagiaan sepenuhnya menanti di hadapan. Impian datang untuk kita menghargai hari ini. Impian datang supaya kita tidak mensiakan apa yang kita miliki. Impian tercipta agar kita teguh berjuang, walau sukar, walau perit, kita tak perlu mengalah kerana kita masih punya impian untuk direalisasikan.


Murninya sebuah impian terletak pada hati, sucinya ia bergantung kepada naluri..Akankah tercapai segala impian, itu bergantung kepada diri, sanggupkah kita terus berjuang, atau semudah manakah langkah kan terhenti..

Banjir ! 3

Alhamdulillah, keadaan dah semakin pulih. ^_^
Bangun pagi tadi, siap-siap bawa air pergi toilet, tengok-tengok dah ada air, 
"eh, betul ke ni?!" Suara aku yg kuat kedengaran buat dua membe yg tengah basuh baju tu 
senyum dekat aku...Alhamdulillah, termakbul doa adik sedara aku kat KL tu, aku suruh dia doakan
agar air ada balik semalam, top top pagi ni air dah ada, kuasa Tuhan. ^_^
  
Apa lagi aku pown secepatnya memanfaatkan air yg ada. Mandi, basuh baju dan sebagainya di settle 'kan secepat yang mungkin. Sebelum aku mandi tu, sempat lagi call Daddy, "ayah, air dah ada!" dengan nada yang begitu girang aku bagitahu kat family aku, macam baru berjumpa balik dengan orang yang aku sayang gamaknya, perasaan gembira ni, wa, aku sendiri tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.

Saat berhadapan dengan banjir, dan terperangkap dekat sini, macam-macam yang aku rasa, ada takut, sedih, exited, gembira(ada ke?), huhu, dan macam-macam lagilah yang aku rasa, ada masam ada manis. Secara totalnya, aku mengalami 4 fasa sewaktu menghadapi banjir! ini.
  • Fasa pertama, saat pertama tengok air naik depan mata aku, tengok orang kelam kabut, rasai air tak ada, apa yang aku rasa? Takut dan rasa macam nak nangis..mama...
  • Fasa kedua, time tu aku tak ada pilihan selain cuba menempuh dugaan ni. Aku pun meredah malam, mencari air dengan member, kejar trektar yg datang bawak air tu, berjuang mencari sesuap makanan (konon), dan macam-macam lagilah aku buat untuk survive. Masa ni rasa seronok pun ada, pengalaman pertama aku berhadapan dengan keadaan macam ni, rasa macam berharga dan bermakna sangat.
  • Fasa ketiga, masa ni badan dah rasa semacam, kalut mencari air minuman, air yang dihantar oleh trektar pun dah makin sikit, makin ramai yang tak dapat air, aku pun semakin tak berdaya nak rebut-rebut ambil air kat bawah tu. Aku rasa dah tak tahan! Seolah nak give up dan balik rumah..macam tulah. Sebab member pun dah ramai yang pergi rumah sedara, tumpang rumah kawan, kat bilik tinggal aku sorang... Tapi nasib baiklah ada lagi member yang sama-sama terus berjuang mencari air bersama aku. Jadi aku pun terus bertahan.
  • Fasa keempat,  apa yang aku rasa? Tak payah tanyalah, happy giler. Dekat semua orang aku nak bagitahu, Air dah ada!!! Rasa bersyukur sangat, tengok air tu macam nak cium je..huhu.. Tapi dalam masa yang sama rasa takut juga, risau kalau air tiba-tiba tak ada balik..
Melihat balik hari-hari yang aku lalui sewaktu banjir, 4 hari terasa macam 4 bulan gamaknya. Perasaan naik dan turun, masa nilah aku mula menghargai benda yang sebelum ni aku pandang sebelah mata. Betul, ada yang balik dan tak perlu berhadapan dengan pengalaman yang bagi diorang menyusahkan ni. Tapi aku bersyukur sebab aku ada dekat sini dan dapat merasai semua ni. Kegembiraan dan kesenangan membuat kita lupa tentang banyak benda yang penting, bila berhadapan dengan kesedihan dan kesusahan barulah tersedar dari mimpi dan mula melihat sekeliling. Akhir kata, aku berharap keadaan di Perlis ni akan kembali pulih seperti sediakala dan aku nak melihat mentari bersinar lagi diiringi senyuman gembira semua ^_^


Banjir ! 2

Do and Don't di waktu BANJIR !

      Do (untuk mereka yg sabar)
  1. Bila banjir, jalan dah dinaiki air, sana sini penuh air, jangan keluar dari kediaman korang yang selamat. Duduk diam-diam sampai bantuan sampai.
  2. Dengar bekalan air dah nak tak ada tu, cepat-cepat isi air, ambik baldi dan segala macam lagi benda yang boleh dijadikan tempat simpanan air; gayung, botol, dan apa-apa lagilah asalkan boleh menakung air.
  3. Alamak air dah tak ada! Tak apa, mandi tu boleh tangguh dulu yang penting simpan air untuk minum. Paling lama tak ada air pun dua minggu je, lepas tu mandi la puas-puas. Alert dengan persekitaran, mana tahu ada orang terjumpa sumber air baru, boleh tumpang sekaki.
  4. Kalau dah terdesak tak ada air, orang akan bukak paip bomba untuk dapatkan air. Jangan! Berfikirlah sebelum bertindak, macam mana kalau tiba-tiba berlaku kebakaran, tak pasal-pasal korang hangus dalam bangunan tu sebab air simpanan dah tak ada. Nak suruh bomba amik air banjir kat simpang depan tu, ha, korang tunggulah kalau korang still hidup lagi.
  5. Waktu berhadapan dengan keadaan banjir, walaupun tempat korang tak dinaiki air, tapi jadi mangsa terperangkap sebab jalan semua dah tutup. Masa ni kenalah saling bantu-membantu dan bekerjasama. Kalau kawan korang perlukan air sangat-sangat dan korang ada air lebih, bagilah sikit, nanti waktu korang susah diorang pulak tolong.

      Don't (untuk mereka yg rasa diri bijak)
  1. Banjir-banjir pun perut kena isi juga, redahlah je banjir janji dapat cari makanan. Tumpanglah trektar, tak pun amiklah mana-mana kayu buat sampan, kalau dah terdesak sangat, berenang je, tapi pakailah swimming suit yang siap google maklumlah air banjir tu tak bersih, jangan sampai terminum pulak!
  2. Relex dulu, takkan nak rebut-rebut ambik air dengan dorang. Buat-buatlah buzy, time membe tak nampak, ambik lah air dorang, amikle sikit-sikit, kan ada banyak baldi kat lua tu, penuhkan baldi korang. Lepastu kalau nak ke tolet tak ada air dah tu, cuba tengok dekat bawah-bawah sinki, kalau nasib baik adalah bekas yg penuh air kat bawah tu, sapa punya? tanyalah baldi tu, kalau dia tak jawab, amik jelah...
  3. Air tak ada pun kena mandi juga, kena gosok gigi 2 kali sehari. So pandai-pandailah cari air, kalau rasa tak nak membazir air tu, carilah mana-mana tasik untuk lompat kat dalam tu. Paling jimat, lompatlah kat dalam tangki yang masih ada air tu, berendam puas-puas, lepas tu keluarlah, at least orang tak membazir air sebab orang lain masih boleh guna lagi air tu 'kan.
  4. Nampak pili bomba kat setiap tingkat tu, jadilah orang pertama yang bukak. Bolehlah korang jadi penemu sumber air, mesti ramai orang kagum dan berkejar-kejaran datang kat korang, untuk amik airlah.
  5. Kawan korang datang dan minta tolong sangat-sangat sebab diorang perlukan air. Bagilah, tapi satu cawan kecik tu RM1, kalau diorang cakap murah, naikkan lagi harga. Semua orang faham kan time tu air sangat berharga, jadi bayarlah. Kalau korang tak sampai hati nak kenakan bayaran, tapi tak sampai hati jugak nak bagi air korang, cari bekas air korang yang korang takut nak guna, sebab ada kotoran ke atau karat, bagilah kat member, at least tak membazir. Elakkan pembaziran di waktu banjir!

-setakat ni itu jelah tips yang boleh aku bagi, yelah banjir pun belum settle lagi, dah ada pengalaman baru nanti aku tak kedekut punya kongsi lagi. Selamat menghadapi banjir. Jangan muram-muram ok, senyum-senyum selalu, kan senyuman itu sedekah ^_^-

Banjir !

Banjirr..
Tergempar!!
Duduk dalam u, sedap-sedap relex, siap boleh tengok movie lagi.
Tak pe, kena tenangkan diri walaupun suasana exam menegangkan..huhu.
Nak dijadikan cerita, habis sahaja menjawab paper qmt, berpakatlah untuk
keluar pergi ke KFC dekat C-mart tu untuk makan. Niat di hati nak keluar makan je, lepas tu balik study untuk next paper yg gap cuma dua hari jew.

Alamak!!
Mengejutkan bila sampai depan simpang dekat dengan traffic light depan u tu air dah naik had lutut. Wow...
Takpe-takpe, kawal diri. Biasalah air bertakung ni. Perjalanan pun diteruskan juga sehingga ke KFC, dah lepas makan tu terkejut lagi, jalan dah ditutup! Arghh, camne nak balik!! Nasib baiklah teksi still boleh datang dan hantar balik u.

Bukan apa, nak cerita, duduk dalam u tak tahu apa-apa..huhu..
Sampai kat kolej, ceritalah kat membe-member, kat luar banjir! Boleh pulak tak percaya..heee.. Malam tu pergi tengok berita (baru nak tengok isu semasa), barulah tahu banyak tempat air dah naik! Keesokan harinya, berita dah tersebar, banjir!banjir! Tapi pagi tu semua buat donno lagi, yelah dalam u air tak naik. Dekat nak tengah hari, nak dijadikan cerita lagi,huhu, bekalan air putus, semua jadi kelam kabutlah. Baru nak kecoh-kecoh pasal air dah tak ada, satu lagi kes timbul, makanan dah habis!!

Jadilah hari ini hari yang penuh bersejarah buat aku. Menyaksikan dan mengalami sendiri bagaimana berhadapan dengan banjir. Pengalaman kut, bila lagi nak dapat lalui benda-benda macam ni. kan..kan....
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/