setiap hari

Setiap hari ada cerita,
setiap hari ada misteri yang tercipta,
tapi sayang..kita tak mampu nak fahami semuanya.

Setiap yang berlaku ada makna,
setiap yang terjadi ada hikmahnya,
tapi sejujurnya, sepeka manapun kita, sukar untuk kita mengerti setiap satu daripadanya.
yang tersembunyi mahupun yang nyata,
yang zahir mahupun rahsia..
walau kita punya mata, usah terlalu yakin yang kita mampu lihat semuanya.
kadangkala kebenaran itu menyorok, tak mampu kita tengok,
ada kala yang berbisik itu nyata, tapi tafsiran kita berbeza.

Sebelum buat apa-apa konklusi, seeloknya kita fahami dan mengerti situasi, agar tak salah tafsirannya nanti :)


blog yang mengarut


SALAM...
Hari ini keterjealousan berlaku, serious jealous membaca entri blog yang gempak-gempak.

Aku tak suka blog walking :(..tetiba plak kan..hehe..
ramai yang ada bakat menulis, ramai yang berbakat besar untuk mengarut dalam penulisan, itu elemen tambahan yang bagus, ada yang tak ada langsung bakat nak mengarut ni (macam aku) :( sedih lagi..

Tapi takpe, at least aku boleh support korang yang berbakat ni dengan membaca blog-blog korang..tinggalkanlah link bebanyak ea, bolehlah aku berblog walking dengan hati yang panas kerana kejealousan yang melanda..wakaka.

:)aku suka baca blog yang puitis dan mempunyai maksud yang mendalam..dan baru je terjebak untuk meminati blog yang mengarut sebab aku membaca sambil naik pelik, dari manalah korang dapat idea-idea yang totally out of the normal box macam tu..papepun aku support malaysian blogger!..huuu poyos
aku suka jugak katak yg comel ^_^ (yg comey je taw)

aspek terpenting


Apa yang perkara terpenting dalam hidup ni?

Tempat di mana kita bertapak? destinasi kita bermula? atau di mana kita berpijak?
Atau mungkin keluarga di mana kita dibesarkan, persekitaran dan orang di sekeliling memainksn peranan terpenting?
Mungkin juga siapa diri kita, rupa paras kita, hati kita dan juga agama kita yang teratas dalam hidup?

Semua tu penting, setiap aspek yang ada, wujud dan telah dijalani itulah yang membentuk siapa diri kita sekarang.

Tapi, ada sesuatu yang lebih penting dari semua itu; masa sekarang !

Apa yang terpenting dalam hidup adalah saat ini. 
Apa yang kita pernah ada, apa yang pernah berlaku, apa yang pernah kita buat, apa yang telah kita alami selama ini, semua tu tak sepenting saat ini.
Hargai saat ini sebaiknya. Walau di mana kita berada, kita mampu melakukan sesuatu yang bermakna kerana kita hadir di masa ini. Walau siapapun kita dulu, kita mampu untuk menjadi apa yang kita mahukan sekarang ini.
Jadi jangan jadikan semalam alasan, jangan jadikan diri penghalang, percaya satu, tak perlu ragu atau menunggu, manfaatkan apa yang kita ada saat ini juga !
                           

Menanti dilengkapi...

  • Ada sesuatu yang hilang, mengharap seseorang kan menjumpai..
  • Ada benda yang kurang pada diri, menanti seseorang untuk melengkapi..
  • Ada perkara yang tak cukup, menunggu insan yang akan datang mengisi..
  • Ada banyak keraguan yang ditemui, berdoa kan muncul si dia menunjukkan yang pasti..
  • Ada kelemahan yang terpatri, bermimpi yang datang kelak mampu melindungi..


Teruskah mengharap, menanti, menunggu, berdoa dan bermimpi semata setiap hari?
andai jasad kaku dulu sebelum pelengkap diri itu ditemui
lalu perlukah alasannya di sana nanti;
kerna aku menanti dan menanti untuk disempurnakan dan dilengkapi, kurelakan diri terus begini.. 

Fakta hari ini : Realiti

Antara realiti dan mimpi..

Berlatarbelakangkan kisah diri, aku tercari apakah itu realiti..
Aku bertapak di hujung negeri, mulanya secebis impian yang ingin direalisasi, berubah menjadi sebuah realiti..

Namun di sini, aku mula mengenali bahawa mimpi ialah mimpi, 
dan realiti itu tak akan jadi seindah mimpi dan fantasi..
Itulah dia fakta hari ini !



Tapi persetankan fakta itu dan ini, kerana yang penting apa yang aku percayai.
Biarlah mimpi dongeng atau kisah fantasi,
asalkan saat ku semat di hati, mampu menjadi penongkat diri, penerus motivasi dan kekuatan jasmani,
lalu biarlah fantasi ini menjadi sebati dalam diri,
kan ku buktikan bahawa yang ku impi,
yang dianggap dongeng dan fantasi,
yang digarap fakta sebagai sesuatu yang takkan jadi realiti,
mampu muncul di hadapan pancaindera ini sebagai satu realiti bertatahkan keindahan alam fantasi.

-Jadi, apa lagi, mari kita bermimpi dan berimaginasi lalu jadikannya realiti seindah fantasi :)-

Filem kini..what do you say?

Banyak ura-ura dan kata-kata yang terngiang dari jauh sampai ke telinga ni memberi pandangan tentang cerita melayu sekarang ni..antara yang tertangkap dek cuping kecilku ini;

Ada yang berbunyi seolah kagum;
"Wah, tengok cerita ni! Sekarang dah tak payah tengok cerita omputih, cerita melayu pun semua ada."

Ada yang mengalunkan bunyi tak puas hati;
"Wei, apa jenis cerita melayu ni!"

Ada yang melantunkan nada yang berbaur risau;
"Kalaulah adik aku tengok cerita ni, ish ish."

Tak kurang juga ada yang sampai tak tahu nak komen kata apa;
"Tutup, tutup!"

Apa pandangan korang sendiri?
Bagi diri ini, memang merasakan industri tanah air ni dah mengorak langkah, tak tahulah menuju ke mana, ke hadapan mengikut arus peredaran zaman, ataupun sebenarnya melompat keluar dari zon selamat dan terkawal ke zon bebas sebebas bebasnya? Apa yang diri ini tahu, ini satu transformasi, yang bakal mengubah penonton sekarang, terutamanya kanak-kanak dan remaja ke satu arah yang berbeza. Sama ada membuka mata mereka dengan lebih luas tentang kehidupan sosial zaman sekarang, ataupun menutup terus pandangan mereka daripada terus mempercayai yang industri perfileman tanah air mempunyai filem yang lebih berkualiti dari sudut sosial dan juga moral.

Bukan niat untuk mengkritik, apatah lagi mengutuk, sedangkan diri ini sendiri belum pernah menerbitkan sebarang filem mahupun drama. Tapi, sekadar meluahkan rasa dan keinginan, teringin sebenarnya melihat filem melayu yang mampu menaikkan semangat sebagaimana kebanyakan cerita rekaan negara matahari terbit. Ingin juga menonton filem melayu yang berteraskan agama sehebat cerita negara jiran.
Bukan tak pernah diterbitkan cerita sebegitu, tapi alangkah indah kalau diperbanyakkan cerita sebegini berbanding cerita yang banyak memaparkan kenegatifan untuk dijadikan pengajaran.

Mungkin sekarang ramai yang berfikir dengan  mendedahkan realiti, pengajaran lebih senang disampaikan.
Tapi bukankah indah lagi jika kebaikan dan keindahan dipaparkan buat tontonan agar dapat menjadi satu ikutan dan pedoman sehingga kita dengan nada positif dan bangga boleh bersuara mengatakan, "inilah cerita melayu!"

3 do and don't di bulan puasa :D

                                   
do : Minum banyak air selepas berbuka dan di waktu sahur.                                        
don't : Minum air di siang hari dan lepas tu cakap, "alamak, terlupalah!"
                            

do : Berjaga dan buat aktiviti berfaedah selepas bersahur.

don't : Tidur bermula tengah hari sampailah ke petang, lepas tu bangun dengan gembira dan cakap, "yea, dah nak berbuka!"

                                  

do : Isi masa seharian dengan aktiviti berfaedah dan berguna.

dont : Buat aktiviti yang keterlaluan sampai keletihan yang amat, lepas tu balik rumah dan cakap, "mak, orang dah parah ni, kena berbuka!"


Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/