stesen terakhir

Berjalan tanpa arah
memandu tanpa hala tuju..
meski destinasi terakhir hanya satu,
untuk tiba ke sana jalannya berliku

Berjalan perlahan
berharap kan muncul detik pertemuan
yang menemukan aku dengan pengertian
agar perjalanan ini bukan lagi satu titik penantian,
tapi sebuah cabaran dan hiburan 
sebelum tiba di stesen terakhir yang dinantikan.

Saat hati terdetik, terasa gelocak jiwa,
semangat mulai membara,
keinginan tiba-tiba sahaja merancakkan gelora..
lalu apa lagi yang dinanti?
jom terus redah perjalanan ini dengan berani
sebelum kereta api ini BERHENTI

better do nothing

Better do something than do nothing.

Lebih baik buat sesuatu daripada tak buat apa-apa..
Betul ke macam tu?

Atau lebih baik duduk diam daripada buat sesuatu yang tak bermanfaat atau mendatangkan kemudaratan.

fikirkan sejenak....hurm..

gelocak keinginan

Keinginan yang pernah muncul dalam jiwa
bergelocak dan memaksa sang manusia
kini ku bukakan minda untuk bertanya.....

Aku ingin tampil cantik dan bergaya
ingin ikut trend semasa kononnya
ingin paparkan senyuman setiap masa
....tapi sebenarnya untuk siapa?

Aku ingin menjadi juara dalam setiap acara
menjadi bijak pandai
terlihat sempurna dalam semuanya
.....namun untuk apa?


Keinginan yang pernah muncul dalam jiwa
bergelocak dan memaksa sang manusia
kini ku bukakan minda untuk bertanya
dan biar hati ini membisikkan jawapannya.

be someone

Selalu berlegar di minda keinginan untuk menjadi sesesorang...
seseorang yang akan diingati
seseorang yang akan dikenang meskipun jasadku menyepi.

Namun entah mengapa hati kerap meragui
teragak mampukah impian menjadi satu realiti
kerana kebanyakan imaginasi ini masih kekal sebagai mimpi..

Lalu ku utarakan pada diri
untuk apa meragui?
jika waktu yang ada cuma tinggal sedetik dua,
adakah keraguan itu mampu membawa aku ke destinasi yang diimpi
atau cuma satu penghalang yang bakal menghancurkan motivasi diri

Aku tak ingin berhenti..
kerana mungkin sahaja hidup ini memaparkan satu misteri, satu peluang
dan satu keajaipan untuk aku terokai.

Aku ingin mejadi seseorang
yang berani menabur benih mimpi meski sukar untuk dikecapi
kerana takdir ada di depan sana
siapa yang mampu meneka atau menduga :)
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/