Siapa aku..

Siapa aku di matanya?
Adakah aku masih wujud di hatinya?


Dulu semuanya aku,
menangkan aku, 
sentiasa berpihak pada aku,
sampai aku rasa tak perlu buat semua tu...


Aku benci pada perubahan,
kenapa sekelip mata semua tu berubah


Aku pulang,
aku fikir aku masih lagi di hatinya,
aku masih lagi permatanya,
aku masih lagi si kecil yang disayanginya..
tak, aku tipu, aku tahu semua tu dah berubah..
semakin lama aku semakin luput dari ingatannya,
semakin jauh dari hatinya,
semakin terhindar dari kasihnya.
Benarkah??


Aku di sini dan berharap bisa memeluk kasihnya,
mampu merasai kehangatan sayangnya,
masih lagi bertahta dalam hatinya...
Aku tak meminta banyak benda,
aku tak hajatkan banyak perkara,
Kembalikanlah dia pada ku,
kembalikanlah hatinya pada kami,
kembalikanlah sayangnya seperti dulu
Aku sanggup korbankan apa sahaja,
andai aku mampu  melihat redup matanya,
melihat senyum gembiranya..


Aku ingin dia bahagia,
aku ingin dia gembira,
walau aku bukan sesiapa lagi padanya...
Ya Allah, 
cuma sekali ini sahaja,
cuma satu ini sahaja,
kembalikanlah dia seperti dulu...

Lupuskah kisah silam......

Lupuskah kisah silam bersama masa?
'Segala yang dah berlaku, baik kita lupakan sahaja, lihat ke masa hadapan, itu yang lebih penting!'


Itu apa yang orang selalu kata, tapi maaf kalau aku kata yang aku tak berfikir benda yang sama..


Kita berada di sini, di waktu sekarang, cuba berkayuh ke masa hadapan, jadi dapatkah kita tutup lembaran masa silam selamanya, atau persoalannya sekarang, mampukah kita??


Masa silam, sekarang, dan masa hadapan adalah satu perjalanan yang sama, bukan tiga dimensi yang berbeza.


Jangan pernah fikir apa yang berlalu akan terus berlalu..
Setiap perkara yang pernah kita buat
setapak kita berpijak,
selangkah kita berganjak,
satu huruf yang kita sebut,
satu perkataan yang kita tutur..
Akan menjadi titik tolak dan tambah dalam hidup kita.

Masa silam kan menerjah kembali,
Sekalipun tidak bertentangan mata,
kan terdetik di hati,terbit di minda.

Telah nyata bumi ini bulat, 
nanti masa silam kan datang menemui kita umpama roda,
berputar bersama masa, bukan pudar bersamanya,
nantikanlah saat ia tiba...




Pilih?an

Cepatnya masa berlalu kan...betullah macam madam cakap, "time is not running, time flies."
Bulan ni bulan yang sangat buzy bagi aku, masa bukan terbang biasa-biasa dah, dah macam naik roket dengan full speed, tak terasa apapun, alih2 dah sampai ke hari ni.


Tapi bukan tu aku nak cerita sebenarnya, ada baiknya jugak masa tu terbang, kalau dia duk merangkak, bila aku nak balik beraya. Uhm, dalam pada itu nak menyampaikan rasa jelous sebab my bro dapat balik berbuka & sahur kat rumah bermula hari ni..waa..dengki, nak balik rumah jugak..takpe2 perjuangan di sini masih perlu diteruskan, wait for me taw dady and mommy.


Okay, now need to go straight to the point..uhu, dalam hidup ni aku selalu dihadapkan dengan banyak pilihan. Tapi pilihan-pilihan tu bukan macam nak pilih kiri ke kanan, A ke B, atau O ke X..pilihan yang diberi tu invisible, tak boleh nak dilihat sampai kadang-kadang aku fikir aku tak ada jalan lain selain satu tu je.. dan pada kadang yang lain, uhuk, pilihan tu macam; sama ada aku nak jalan terus dan meredah bara api kat depan tu ataupun aku nak undur ke belakang, terjun dalam jurang kat belakang tu.

Hmm..pilihan sentiasa ada, pintu-pintu keluar pun selalunya ada lebih dari satu. Tapi kenapa sukar nak buat pilihan..yang gelap tu tak bersuluh, yang tersembunyi tu pulak halimunan, apa nak buat? Hurm..


Apa aku perlu buat? Sebenarnya tak penting ada berapa banyak pilihan atau ada berapa banyak pintu dan jalan. Apa yang penting ialah, jalan yang aku dah pilih, pintu yang aku dah bukak dan masuk, pilihan yang aku dah buat, aku kena pastikan aku manfaatkan sepenuhnya, buat yang terbaik, jangan biarkan ada sedikitpun titik penyesalan muncul di akhir nanti. Apa yang aku dah pilih, itulah yang terbaik, jangan pernah fikir untuk berhenti, jangan pernah terlintas untuk berundur, saat aku masuk dan mula melangkah, aku patut tahu dari sinilah aku akan mengorak masa depan, di jalan inilah aku akan mencipta keajaipan dan merangkul semilion kejayaan.


Jadi sekarang, jalan ini telahku pilih, jadi di sinilah rekod dunia akan tercipta, di jalan inilah aku akan menakhluk dunia, wahaha..dan aku perlu pastikan di akhir jalan ini nanti, aku mampu menyimpan bekalan yang secukupnya, menimba ilmu setingginya, dan menjadi aku yang sebaiknya..إن شاء الله







Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/