Let's Move On !

Dah lama tak berada di sini, berkongsi rasa hati, menuju ke arah kehidupan yang lebih sejati, chewah..huhu.
Kebelakangan ni biasalah, bukannya sibuk dengan urusan dunia yang tak sudah-sudah, itu alasan lama, tapi hati ni sibuk mencari tapak baru. Biasalah, hati yang terluka (bukan sebab putus cinta taw) , jadi aku cubalah mengubat hati, benci tak bawa aku ke mana, hakikatnya kalau hati aku ni dilukai dan disakiti, cuma aku yang boleh rasa. Apa kata kalau lupakan sahaja, simpan semuanya dalam hati ni takkan bawa aku kemana-mana juga, malah nanti aku sendiri yang sengsara (ayat sedih plak ni). So, the conclusion is, aku decide nak lupakan je semua tu, tapi sebelum tu maaflah ye kalau ada mata yang tak mampu aku lihat ketulusannya, ada suara yang tak mampu aku dengar kelembutannya macam dulu lagi, sebab setulusnya aku ni cuma manusia biasa. Paham-pahamlah okay..huhu.


Sebenarnya aku di sini dengan satu misi yang baru! 
Aku nak mengembalikan kepercayaan kepada dunia..huhu. Baru-baru ni aku terbaca satu buku tulisan Paulo Coelho. Buku ni ringan sangat-sangat, bukan novel yang panjang berjela, bukan cerita yang bepusing-pusing jalan ceritanya. Buku ini seolah satu diari, diari pengembaraan seorang manusia. Wa, hebat jugaklah. Jauh perjalanan luaslah pengalaman kan, inilah yang buku ni bagitahu. Cubalah bayangkan setiap langkah yang dilalui memberi erti, makna, maksud yangn tersurat. Tapi yang nyata kita takkan mampu membaca dan memahami semua erti dan hikmah di sebalik setiap perkara dan peristiwa kalau kita hanya melihat dengan mata kasar. 


Aku kat sini bukanlah nak suggest kat korang, bacalah buku ni...huhu.. Cuma nak korang try buat something, mana-mana yang tak pernah buat tu cubalah, mana tahu kehidupan korang berubah lepas ni, hehe. Senang je, lepas ni setiap langkah yang korang atur, setiap perkara yang berlaku, cuba korang tengok di luar perspektif pemikiran korang yang biasa. Lihat segala benda yang korang nampak hari ni dengan perasaan yang luar biasa, wa terangnya matahari! Damainya angin ni! Cantiknya awan biru tu! Dan tak ada salahnya kalau hari ni korang nak bina impian baru!



Hidup sebagaimana yang korang mahukan. Kadangkala hidup ni tak berlaku macam yang korang harap-harapkan. Habis tu, nak menangis? nak give up? Ada ketika belajarlah melepaskan dan take it easy. Dan selalulah ada plan B. Kalau apa yang korang nakkan tiba-tiba tak mampu dilakukan, janganlah senang-senang putus asa, guna cara lain, cari alternatif lain. Lagipun yang bermakna dalam hidup ni bukan keputusan yang korang dapat, tapi apa yang korang lakukan sepanjang perjalanan ini. So, let's move on okay !

Benarkah hidup ini indah?

Hari ni hari yang pelik, perasaan bercampur baur. Aku didedahkan dengan kebenaran dunia sekali lagi. Aku suka mencari erti sebuah kehidupan, tapi makin aku dekat dengan realiti, makin aku dikejutkan dengan hakikat sebuah kehidupan. 
 " Hidup ini indah, " itu kata-kata murni dari kawanku yang memang berfikiran telus. Aku cuba mempertahankan kepercayaan itu dalam perjalanan kehidupan, tapi tak mudah kan. Aku rasa korang pun tahu kenapa. Hidup ni sukar nak dijangka, walaupun kita dan cuba yang terbaik, tetap ada kepincangan di mana-mana, lebih-lebih lagi di mata manusia. Mata manusia ni unik sangat, bukan semua, tapi kebanyakannya, dapat melihat dengan jelas kekurangan dan kesilapan orang lain, tapi walaupun duduk mengadap cermin 24jam, dia tak dapat lihat kesilapan sendiri, memang unik.
  Satu lagi, dunia yang aku impikan dan bayangkan cukup indah, seindah dunia ini pada kewujudannya . Tapi selalu sahaja aku diberitahu dan disedarkan bahawa dunia ini kejam, dunia ini penuh dengan tipu daya, perlu berwaspada pada sesiapa sahaja. Begitulah, bila dah melangkah ke alam yang sebenar, alam di mana kita akan tahu hati budi manusia, alam di mana kita akan sedar yang disekeliling kita ada mata-mata yang sedang mencari kesilapan kita untuk menjadi juara, untuk menjadi lebih hebat dan untuk menjadi yang lebih mulia...bila tiba saat ini aku terfikir, alangkah indahnya kehidupan dulu, sewaktu aku tak tahu apa itu kekejaman, belum tahu apa itu kebencian, yang aku tahu nak cuba capai impian , nak kehidupan yang tenang dan aman. 


     Dunia ini indah, aku harap aku mampu tuturkan kata-kata itu sekali lagi ikhlas dari hati. Ya, benar, tak semua benda dalam dunia ini baik, ada juga yang buruk. Tapi, ingatlah, yang aku hidup bukan untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah, siapa di atas ataupun siapa di bawah. Biarlah kehidupan ini  berjalan mengikut arusnya. Apa yang perlu aku buat, buang pemikiran yang negatif, lihat keindahan dunia ini sementara aku masih lagi diberi kesempatan. Banyak benda yang tak mampu aku halang, tapi masih ada benda yang mampu aku lakukan untuk menjadikan hidup ini lebih indah dan bermakna. Lakukan apa yang aku mampu, dan biarkan selebihnya berjalan mengikut takdir dan ketentuanNya. 


   Hidup ini indah,
   Bukalah mata hati, pandanglah.
   Jangan biar kegelapan menghalang cahaya cerah,
   usah beri kesempatan bayang-banyang mengaburi arah
   Teruskan kehidupan teruskan melangkah
   Kerna kejayaan dan kedamaian tak akan datang menyembah
   tapi semua itu adalah hak milik orang yang tabah.
   Biar dunia ini menyebarkan api amarah,
   Biar manusia di bumi ini memaparkan kehalobaan nafsu serakah,
   Teruskan melihat apa yang indah,
   Lembutkan hati dengan rasa tawakal dan pasrah
   Cukuplah aku percaya pada satu, tiada yang lebih indah 
  dari syurga Allah bagi mereka yang terus tabah dan sentiasa berserah.


:) Lihat dunia, lihatlah dengan hati. Dengar dunia, dengarlah dengan jiwa. Jangan lihat hanya dengan mata, kerana mata mudah dikaburi tipu daya. Jangan dengar hanya dengan telinga, kerana telinga semata tak mampu membezakan antara yang nyata dengan dusta. Jadilah insan yang adil menilai dunia dan isinya.
Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/