Kehidupan ini penuh dengan kisah MISTERI.. Huhu..bukan cerita hantu, bukan kisah psikik..:) Tapi apa yang dilalui setiap hari, semenjak kita bukakan mata, sampailah kita tutup mata balik, penuh dengan kisah misteri, yang tak mampu dirungkai. Boleh ke kita jawab setiap soalan yang pernah bermain di minda ni? Boleh ke setiap tanda soal itu kita terjemahkan? Cuba hitung dan difikir balik, mungkin dah beribu tanda soal yang dah penah kita cipta.. Ingat apa tanda soal (?) pertama kita?? huhu..cubalah ingatkan balik.. dah jauh kita melangkah kan, mungkin sekarang ni kita dah mampu nak jawab semua pertanyaan yang pernah timbul dulu.. ^_^
Misteri dan keajaipan dunia masih berlegar di sekitar kita, sama ada kita sedar ataupun tidak, itu perbedaannya. Bagi menikmati keajaipan yang terdapat di sekeliling kita, perlahankan irama hidup ini. Hidup yang dijalani dengan perlahan memberikan kita waktu, untuk berhenti, berfikir, merenung, dan memutuskan sesutu dengan sedar. Kesedaran inilah yang menjadi pintu.. pintu untuk melihat keajaipan dan menyelesaikan misteri kehidupan. Sewaktu kita kecil dahulu, melihat dunia apa yang kita rasakan? Rasanya kita tak mampu lagi nak lihat dunia pada masa tu, yang kita nampak ialah apa yang ada di depan kita.. pokok, bunga, awan, matahari dan rama-rama. Kita perhatikan semua itu.. dan cuba menyentuh mana yang tergapai dek tangan kecil kita. Kita merasa kagum, terpesona dengan kejaipan ciptaan Tuhan.
Bagaimana pula diri kita sekarang ini? Melihat sang mentari, adakah masih merasa kagum dengan kehangatannya? Memandang bulan di langit, masihkah terpesona dengan kecantikannya? Terlihat si ulat bulu bertukar menjadi rerama, adakah lagi perasaan takjub bersinar di hati kita? Merasai keajaipan, dan misteri di dunia ini dapat memelihara hati dan keyakinan kita, kerna sesungguhnya kita tahu semua yang dipandang ajaib itu milik Tuhan. Saat terlihat mentari yang bersinar, jangan hanya merungut kerana bahangnya, Terpandang ulat kecil yang mengesot di jalanan, jangan pula memijaknya tanpa sebarang rasa. Carilah diri kita yang dulu, yang merasa kagum dengan hanya melihat sang burung terbang, yang merasa girang, saat angin menyapa mesra.
C I N T A
Apa itu cinta?
Adakah cinta itu penentu bahagia?
adakah cinta itu segala-galanya?
Cinta mampu menghidupkan.. cinta juga mampu membunuh! Jadi sucikah cinta itu?
Cinta yang suci adalah cinta yang memberi..
memberi kebahagian, memberi pengorbanan, memberi ketenangan, memberi segalanya tanpa mengharapkan sebarang balasan kerna segalanya sudah terbayar saat mampu melihat senyuman insan yang disayang.
Cinta yang menyakitkan ialah cinta yang meminta. Meminta kebahagian, meminta pengorbanan, meminta segalanya diberikan dan mengharapkan balasan. Cinta itu akan menyakitkan selagi pengorbanan itu tidak dianggap sebagai satu keikhlasan, dan selagi cinta itu terwujud atas dasar untuk mendapatkan kebahagian dan bukannya memberi...
Cinta adalah pemberian.
Cinta adalah kurniaan. Apakah ada kurniaan yang lebih besar dari cinta? Sesungguhnya yang mampu menenangkan, mampu membahagiakan, dan mampu menyempurnakan adalah cinta,
cinta hakiki yang kekal dan abadi
Di mana tahap aku??
Bila sekali lagi aku rasa rendah....arghhhhh!!
Kenapa perlu mempertikaikan tahap aku? Aku sendiri tak pasti kenapa.. Tapi diri ini rasa sebak, rasa serba tiada dan kekurangan bila aku rasa aku tak mampu...
Aku sendiri pelik kenapa,
aku tak mahukan lebih,
aku tak mahu segalanya,
aku cuma nak menjadi diri aku,
dan harap orang boleh terima aku seadanya, sebagai aku.
Tapi,
tak mudah untuk rasa diterima,
setiap jelingan dan pandangan,
ucapan dan perkatan yang dilontarkan,
gerak tubuh yang ditonjolkan,
adakalanya membuatkan aku rasa..
ramai yang tidak dapat menerima aku seadanya..
Kenapa?
salahkah aku menjadi aku?
walaupun lemah,
walaupun ada kekurangan,
tapi aku cuba untuk menjadi diriku yang terbaik !
Kenapa perlu mempertikaikan tahap aku? Aku sendiri tak pasti kenapa.. Tapi diri ini rasa sebak, rasa serba tiada dan kekurangan bila aku rasa aku tak mampu...
Aku sendiri pelik kenapa,
aku tak mahukan lebih,
aku tak mahu segalanya,
aku cuma nak menjadi diri aku,
dan harap orang boleh terima aku seadanya, sebagai aku.
Tapi,
tak mudah untuk rasa diterima,
setiap jelingan dan pandangan,
ucapan dan perkatan yang dilontarkan,
gerak tubuh yang ditonjolkan,
adakalanya membuatkan aku rasa..
ramai yang tidak dapat menerima aku seadanya..
Kenapa?
salahkah aku menjadi aku?
walaupun lemah,
walaupun ada kekurangan,
tapi aku cuba untuk menjadi diriku yang terbaik !
Subscribe to:
Posts (Atom)