Fesyen_bertudung ^_^ 2

Kalau korang perasan, sebelum ni pernah ada entry pasal fesyen bertudung.
Hurm..dalam entry tu ada sedikit nada kekecewaan, walau mungkin sedikit tersirat..

Tapi, kali ni lain sedikit.
Yelah, orang cakap memang lumrah manusia ni suka mengkritik, mengutuk dan mengata perkara yang buruk berbanding yang baik kan..agak tak suka benda tu, so, kali ni kita cakap benda yang BAIK !

Heee..
nak dijadikan cerita, entah macam mana hari ni walau tak berniat pun untuk melihat fesyen bertudung, tapi tertekan dan terklik juga. And, I found something sweet, comel sangat, bagi akulah, korang aku tak tahu, kena tengok dan komen sendiri la ye.


and, 1 more



Cane2, comel tak???
Kali ni agak menyejukkan mata yang memandang and I like it so much.
Walau pun aku masih ingat Aiman Azlan kata, tudung labuh paling gempak, tapi ni pun cool jugak kan3 :)

Utara Attack

Orang kata, kena bijak memilih kawan.;
Berkawan dengan tukang besi kita akan terkena percikkan apinya,
berkawan dengan penjual minyak wangi, kitakan terpalit wangiannya.

Orang kata macam tu supaya kita berhati-hati memilih kawan, takut terpengaruh,
kan kawan tu pengaruh terbesar dalam hidup.

Tapi, itu orang kata, aku pulak kata;
Pengaruh ada di mana - mana, kawan dan media massa yang utamanya, bila Utara Attack dah menyerang, ni lah jadinya;

Anak : Mak tokyah duk risau la mak, orang bek bek ja kat sini,, kawan - kawan orang suma bek - bek mak.
Mak  : Baguih la lagu tu, taklah mak riso.
Anak : Awat mak cakap lagu ni jugak mak?
Mak : Ei, hang tu duk cakap utara sebab duk berkawan dengan orang sana, mak ni sebab banyak tengok cita utara kat astro, mami jarum tu dah 15 kali mak khatam.
Anak : Ya ka mak? Samalah kita, sorang pengaruh kawan, sorang pengaruh media.
Mak : Hahaha. Balik raya nanti jangan duk cakap lagu ni plak kat pak hang, karang dia kata kita buang tebiat pulak.
Anak : Nak buat lagu mana mak kalau tersasul, kui kui.

(Sorry na kalau bahasa tak berapa nak betui, al maklumlah kami ni baru ja terkena UTARA ATTACK. Baru ka, dah nak masuk 3 tahun dah? huhuu)

Status

Relationship status..
memang dah jadi hobi insan insani zaman siber ni suka papar status masing - masing dekat laman web sosial.

Ada yang nak bagitahu dia dah berpunya, ada yang saja-saja main-main, ada yang suka nak cipta kontroversi. 
Tapi ada page yang baru aku terjumpa tadi, seriously aku suka status ni..


Yeap, at the end bila kita dah tak ada lagi dekat dunia ni, tak boleh nak menukar status dari bawah tanah sana, kita perlu izinkan kawan kita untuk menukar status untuk kita.




and seriously, status ni buat aku seram..huuu 

Warkah buat awak

Warkah buat awak..

Saya tulis ni telus dari hati saya..
Awak baik, banyak kelebihan yang awak ada,
sampai ada masanya saya rasa jelous dengan apa yang awak ada.
Tapi saya tahu, saya dan awak manusia yang berbeza,
dah kenal awak untuk satu masa, saya dah boleh terima watak yang kita pegang di dunia..

Tapi biasalah manusia, kita ada kelemahan kan..
bila kita tak bertegur sapa, entah sebab apa, awak yang selalu mulakan bicara,
saya tak berani nak kata apa, sebab saya tak tahu apa penyebabnya,
tapi at least kita bercakap semula^_^
Bila awak mula bercerita, ada kalanya  saya terasa lalu saya mula mempersoalkan semula,
lalu awak kata saya selalu nak menang tak kira tempatnya,
mula-mula saya tak boleh terima, tapi mungkin ada betulnya.

Kita dah lama kenal, mungkin sebab kita bukan sekepala kita taklah rapat gila,
tapi saya dah mula rasa yang awak kawan saya, kawan dalam kamus hati saya..



Kawan Dalam Kamus Hati Saya

Dalam hati saya ada kamus,
macam kamus-kamus yang lain, kamus dalam hati saya juga terdapat perkataan dan keterangan tentangnya..
tapi, di situ keterangan dan maksudnya berbeza dari Kamus Dewan Bahasa atau yang sewaktu dengannya.
Kamus di hati saya juga tak boleh dipegang, tapi boleh dirasa dan dibawa ke mana sahaja saya berada :).

Hari ni saya selak ke helaian 'kawan'.
Terpahat dekat helaian tu; kawan satu perkataan yang istimewa.
Insan istimewa yang mampu buat saya tenang dan tertawa;
insan istimewa yang tak perlu beri apa-apa; asalkan dia ada dah cukup untuk mewarnai hidup saya!

Itulah dia kawan dalam kamus hati saya (n_n)

Sesi beristirahat

Tahu tak apa yang mampu merehatkan diri kita dari tekanan?
Let's try this at home; tengoklah cerita yang ringan terutamanya anime!

Hehe..siapa pernah layan cerita batu belah batu bertangkup; sedih kan cerita tu, tapi kali ni tak payah mengada masuk mood sedih, jom try layan ni;

Amacam, ada sampai terguling tak korang gelak? Hee..dapat senyum sokmo pun dah..
Terbaik! Bak kata boboiboy
Alamaks, ni Gopal lah..hihi layan jelah u ollz. ^_^

Ingat Dia

Dalam perjalanan yang panjang, lurus dan terlihat tidak bertepian.. kadang kita tercari hala tuju, tercari satu perangsang untuk terus maju ke hadapan, mengatasi semua halangan dan dugaan...

Terdengar peringatan dari seorang seorang saudara;
Whoever becomes conscious of Allah, He start making the doors open for them, making the way out for them
dan juga ingatlah, Allah tidak memerlukan apa-apa dari kita, kita yang memerlukan segalanya dari Dia, serta satu perbuatan baik akan membuka pintu , jalan yang lain untuk kita..

Sekadar satu perkongsian untuk renungan bersama.
 Dipetik dari Ustadh Nouman Ali Khan; (lihat link)

Copyright© All Rights Reserved kongsistoryaku.blogspot.com/